Wednesday, June 19, 2013

[resepi] Kuih Sagu (kukus)

ini kali ke-3 saya buat kuih sagu
2 kali yang lepas gagal linkang pukang,
tu yang dok diam diam tak heboh kat blog...

kali ni,
saya sudah lupa ingatan
cuba google resepi kuih sagu lagi...

google siapa yang ambil gambar kuih sagu paling cantik,
maka saya pun tiru resepi dia...

dapat 2 resepi...
resepi  1 : masak saja dan kena bubuh tepung jagung, then tuang ke loyang. siap
resepi  2 : masak, tak payah bubuh tepung jagung tapi kena kukus

nampak resepi 1 amat mudah,
tapi sebenarnya resepi 2 lebih mencabar
saya suka cabaran!!!
maka saya pilih resepi 2!!!!!!!

tak sabar-sabar ingin mempersembahkan kuih sagu versi sawsawlady!!!

kuih sagu versi sawsawlady

menakjudkan!!
tak sangka kali ke-3 ini boleh potong dan ada rupa bentuk..
(2 kali yang lepas kuih sagu macam ambuyat...terpaksa gunakan cara makan ambuyat untuk makan kuih sagu!!)

apa-apa pun,
kena bubuh resepi terlebih dulu untuk rujukan di masa depan!!!

Resepi Kuih Sagu (kukus)
sumber : hanamemories.blogspot.com
loyang size : 6 1/2" x 6 1/2"


 Bahan-bahan
  • 1 gelas sagu biji kecil (1 cup)
  • 3 gelas air - (saya guna 2 1/2 cup)
  • 3/4 gelas gula pasir- (saya bubuh 1/2 cup)
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose(saya tak bubuh)
Cara-cara
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 " (saya guna loyang 6 1/2 x 6 1/2 )
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

Anggaran Kos :
Sagu RM1
Kelapa parut RM1
Gula RM0.50



kuih sagu versi sawsawlady
burp!

No comments:

Post a Comment