Saturday, July 20, 2013

Juadah Buka Puasa Yang Simple : Kuih Sagu Kukus

kuih yang wajib dibuat pada bulan Ramadhan untuk buka puasa~~~~


Resepi Ulangan --- Kuih Sagu Kukus

kuih sagu kukus versi sawsawlady


Bila buat sendiri,
boleh makan macam dinosour...

bila buat sendiri,
boleh makan berulang-ulang kali...

bila buat sendiri,
tak payah risau cirit birit...

rupa sebelum dikukus




Resepi Kuih Sagu (kukus)
Resepi asal: hanamemories.blogspot.com
olahan : sawsawlady
loyang size : 6 1/2" x 6 1/2"


 Bahan-bahan
·         1 cup sagu biji kecil
·         2 1/2 cup air 
·         1/2 cup gula pasir
·         Sedikit pewarna merah
·         1/2 biji kelapa parut putih sahaja
·         1 sudu kecil garam
·         1 sudu teh esen rose(saya tak bubuh)
Cara-cara
1.      Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
2.      Masukan sagu, kemudian kacau rata.
3.      Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang 6 1/2 " x 6 1/2 " x 1 "
4.      Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
5.      Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.


kuih sagu kukus versi sawsawlady


No comments:

Post a Comment