Saturday, July 13, 2013

krabi, here we come~ Day 1-3 (Part 4)

Part 4 ~ Demam + Cirit Birit (生病记)


Sebaik saja sampai hotel,
cepat-cepat bagi Ilyas makan ubat demam sebab badannya sudah start panas...
Mungkin dia terkejut tengok gajah kot!!!

huhuhuhuhu

selepas itu,
setiap 5-6 jam kena makan ubat!!



DO's and DON'T's : Sila sediakan segala tok nenek ubat-ubatan yang diperlukan untuk kes kecemasan!

so kerja dia ialah nak didukung saja, menangis, muntah, sambung menangis dan menangis sampai penat lalu tertidur...





menangis

tak larat cangkuk, nangis versi duduk pula...

dah nak muntah

dah muntah...kena tukar baju...sambung menangis sampai tertidur...

dah bangun...sambung menangis lagi!

berehat sekejap...nanti sambung menangis

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI : lain kali budak ini tak boleh bawa lagi, kena tinggal!! Ini yang dinamakan seksa dan dera anak!!



Day 3 terpaksa bergegas ke klinik sebab selain demam panas, Ilyas cirit birit pula...haizzzzzzz...saya tak bawa ubat cirit birit...dan dia cirit birit sampai diapers yang dibawa dah nak habis digunakan!!

Tiba-tiba saya rasa bersalah sangat...seksa anak dengan bawa anak pi bercuti...kesian kat Ilyas...terpaksa menderita!!
rasa macam kalau boleh nak terbang balik rumah saja...dari day 1 Ilyas start demam, day 2 terpaksa cancel island hopping, day 3 terpaksa ke klinik...cepat-cepatlah 4 hari berlalu dan boleh balik Malaysia!!!




klinik tak ada ubat cirit birit? kena beli kat farmasi?
bagus! sangat bagus!!
kena caj RM70

(bersambung~~~ jalan-jalan di persisiran pantai di Ao-Nang)



No comments:

Post a Comment