Thursday, July 11, 2013

krabi,here we come~ Day 1(Part 1)

Ini adalah kisah bulan April,
memandangkan saya sudah hampir hilang ingatan,
maka segera saya catatkan apa yang masih boleh ingat sebelum kesemuannya hilang begitu saja!!



Part 1~ Tiket (飞机篇) 

Balik dari CNY,
AA buat promosi 'RM 0'
Mula-mula ingat nak pi Hatyai bulan March,
tapi harga tiket boleh tahan mahal,
so cincai cincai klik dan dapat harga yang mampu ditanggung ke KRABI!



18 February 2013
AirAsia 又有'0'促销,本来打算3月份的学校假期去Hatyai,哪里知道机票贵到要死!我就乱乱按,结果就决定了2大2小甲米(krabi)亲子游。讲是讲亲子游,其实是我的生日之旅,顺便庆祝苏菲5月份的Pre-Birthday。嘻嘻


4天3夜
机票价钱: RM605.20 for 3pax+infant
(没保险,red carpet, 座位)
29/4/2013> LCCT 07:15am - Krabi airport 7:30am
02/5/2013> Krabi airport 8:25am - LCCT 10:55am
机票真的是 RM0!
机票买了,马上开了这个'甲米Fun'来收集资料!



2 bulan google maklumat,
plan itu plan ini!

Plan saya adalah seperti berikut:


Day 1
Krabi Private Day Trips on Land - Emerald Pool, Hot Spring Waterfall dan Elephant Ride
(memandangkan bawa anak kecil dan bertolak ke LCCT malam-malam buta 4 pagi, so kami ambil driver + kereta)

Day 2
Island Hopping
( Beli package di Aonang)

Day 3
Free & Easy
(pergi ke Krabi Town beli ole-ole)

Day 4
Pulang ke Malaysia 
(pagi-pagi buta dah kena check out)


ingat,
kita hanya mampu merancang,
tuhan yang menentukan!

Okay,
Let's begin this journey!!!
tengok siapa yang kena!!!!!!!!

dalam sky bus ke LCCT
DO's and DON'T's : kalau ada anak kecil, jangan beli tiket pagi-pagi buta punya, sebab kena bertolak malam-malam buta ke terminal lapangan terbang. anaks tak cukup tidur akan menjejaskan aktiviti sepanjang hari...














Actually,
seminggu sebelum datang Krabi,
kami sudah deal dengan Elizebeth dari Andaman Camp and Day Cruise melalui email dan kami telah setuju nak ambil private day trips on land dengan dia.
Sewa kereta dan driver  RM250

kenapa pilih dia?
sebab kat Tripadvisor, review tentang dia and the geng adalah baik dan memuaskan!!!


Tapi,
sebaik saja sampai di airport Krabi,
Tak nampak pun orang dia tunggu kami di air port.
So bergegas kami telefon dia melalui public phone


DO's and DON'T's : Sediakan syiling mata wang mereka untuk kes kecemasan macam ni bila airport tak bagi sim telefon.

Rupa-rupanya,
kami confirm dengan dia,
tapi dia tak confirm dengan kami!!
Email yang last kami reply dia tak buka baca pun!!!
izinkan saya mencarut di sini!!!

so,
dia aturkan orangnya datang ambil kami di airport dalam masa setengah jam!!!
saya masih terus mencarut!!!
maka kami pun tunggu di airport selama setengah jam dengan melihat Ilyas berlari-lari kejar sawbebe dan sawbebe berlari kejar Ilyas kemudian Ilyas tak puas hati dan hantam sawbebe dan sawbebe menangis lepas habis menangis hilang ingatan dan main lagi kemudian Ilyas nak lari ke tempat jauh lalu sawbebe tarik Ilyas tak mau bagi dia pergi Ilyas enggan ditarik sawbebe dan ilyas menangis berguling-guling di lantai dan kemudian orang Elizebeth pun sampai...

saya sudah lupa nama orang Elizebeth! sebab saya tak ingin nak ingat langsung insiden malang ini...Namakan dia Encik A...kami minta Encik A bawa kami pi makan dulu...dan dia bawa kami ke kedai makan ni OTW nak ke Emerald Pool...




makan dim sum, okay!!




bini taukey dia pandai speaking...maka total kesemuannya RM19!!! hurmmmmmmmmm

dah kenyang, maka kami pun mulakan perjalanan...

(sambung)

No comments:

Post a Comment