Monday, July 15, 2013

[resepi] Juadah Buka Puasa Yang Simple : Puding Karamel Tanpa Telur Tanpa Kukus



Puding Karamel Tanpa Telur Tanpa Kukus versi sawsawlady

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR TANPA KUKUS
Sumber : sawsawlady

Bahan A
2 senduk gula
1/2 cwn air

Bahan B1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
1 sdt vanilla
(Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara
1.hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan...
nota ingatan untuk saya : jangan biar gula hangus beku tau...

2.Dalam periuk didihkan bahan B. kecilkan api kemudian masukkan bahan C. kacau rata selama lebih kurang 3 minit @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.

3.Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).



Puding Karamel Tanpa Telur Tanpa Kukus versi sawsawlady

3 comments:

  1. aku tak minat custard
    tkut terlebih msk..
    or cair sgt

    ReplyDelete
  2. senang skit resepi yg oli kasi nie
    sbb kty takde pengukus pun..tq

    ReplyDelete
  3. cantik nya ah foon.. dah nampak sedap juga.. confirm rasa pun enak!!!! nk sikit..

    ReplyDelete