Tuesday, August 6, 2013

[2y1m]Rambut Raya

Memandangkan kakak iparS saya dah lama bising dengan rambut Ilyas yang sudah panjang;
Memandangkan rambut Ilyas ada kutu;
Memandangkan saya sudah taubat dan tak berani nak potong rambut Ilyas lagi;
Memandangkan raya sudah dekat;
Memandangkan sawsomi pun nak pergi potong rambut dan cukur misai dan janggutnya...


Maka pengembaraan potong rambut pun bermula....

ooooo

ummmmmmm

belok

dah sampai


baru pakai kain alas sudah menangis memberontak

badan sudah diLOCK, kepala pun sudah diLOCK

redha

pujuk hati diri sendiri : sebenarnya tidaklah begitu menakutkan

kembali menangis apabila melihat rambutnya gugur dari kepala

hingus hijau pun keluar

syukur alhamdulillah sudah siap! Pengembaraan yang menakutkan!

taraaaaa~~~ daddy dan anak sudah kelihatan 'kacak'
* Petang esok habis bekerja, kami akan balik ke rumah bapa mertuaku Akib di Perak! Selama 8 tahun beraya bersama-sama dengan sawsomi, ini pertama kali balik rumah mertuaku on malam raya. Rasa teruja macam pengantin baru pula...hehehehehe...
Selalunya beraya kat mana?
Setiap tahun (kecuali tahun 2010), malam raya kami akan balik ke kampung arwah mak sawsomi di Sepang. Petang raya sawsomi akan balik bekerja. selepas seminggu baru balik Perak. Tapi this year, kampung Sepang tutup pintu. Makcik kesayangan sawsomi, angelina sarah tak ingin terima tetamu raya, dia nak pergi jadi tetamu raya pula...so sawsomi merajuk dan bawa diri jauh-jauh ke Perak!!! 

No comments:

Post a Comment