Friday, August 2, 2013

[6y2m] Pengesahan Pendaftaran dan Penempatan ke Tahun 1 (2014)

Kecohlah sekejap selepas membuat semakan status permohonan penempatan tahun 1 2014. tapi selepas kumpul maklumat ringkas : pendapat dari encik bos, officemate, seorang jiran dan facebook ke2-2 sekolah berkenaan, kami (saya dan sawsomi) membuat keputusan untuk terima saja sekolah yang telah ditempatkan iaitu  SRK(C) KG.BARU AMPANG ( 安新华小) .

Terdapat 2 faktor yang membuatkan kami tidak membuat rayuan dan terima sekolah yang telah ditempatkan:
1.  Jarak
Rumah ke sekolah dipohon - 2.7km
Rumah ke sekolah ditempatkan - 0.7km

2.  Sesi Persekolahan
Sekolah dipohon - 2 sesi
Sekolah ditempatkan - 1 sesi SAHAJA

Setelah keputusan mutakmad telah dibuat,
maka call sekolah apa yang perlu dibuat, maklumlah tak dapat masuk ke sekolah yang telah dipohon!!!

Maka semalam dalam 12pm pun berlengah-lengah ke sekolah dipohon...

#rasa macam nak tukar jadi singa betina. Tapi disebabkan terlalu geram, saya pilih untuk mendiamkan diri!







nama sawbebe dalam senarai ini...kerugian besar! hurmmmm

nyaris-nyaris tak sempat sebab pegawai yang bertugas dah nak pi lunch...



kalau tak ada jaminan boleh dapat, sila jangan cop sesuka hati...hurmmm...




Nak pi sekolah yang ditempatkan dah tak sempat sebab kerani berehat...padan muka, siapa suruh berlengah-lengah lagi...Nak pi pukul 2 malas pula keluar balik...

so plan dengan sawsomi pagi ni lepas hantar sawbebe ke sekolah terus pi buat pengesahan pendaftaran kat sekolah yang ditempatkan...
manatau ....hurmmmmm...hurmmm...

 #mengawal kemarahan

disebabkan KIASU saya pergi seorang diri


kacang saja...ikut anak panah saja...

sampai 2 cop...comel meh? argggghhhhhhh
Hati sudah lega sebab sudah dapat pengesahan!
kelas sawbebe tahun 1 2014 ialah 1E.


Waktu kelas tahun 1
Isnin, Rabu, Jumaat - 7:30am-12:50pm
Selasa, Khamis       - 7:30am - 3:10pm

Waktu berehat : 10:00am - 10:20am     12:50pm-1:10pm



berjaya juga confirmkan 2 perkara dengan kerani melayu sekolah dan sempat interview 3 orang pelajar melayu tahun 5...
1.  Kantin - Kena bekal makanan untuk sawbebe
2.  Kelas Agama - ada kelas agama


#teringat kata-kata Aliyah J. Ng, lepas ni kena tambah lagi satu kepeningan sediakan bekalan...

saya bukan saja geram dengan surat beranak dicop-cop, malah turut emosi seorang diri pasal peraturan rambut pelajar perempuan di sekolah itu...

'kemas', 'bersemangat', 'tanggapan yang baik' dan 'bersih' sampai tak ada mata nak tengok

okay!
Itu saja!!


1 comment: