Sunday, August 11, 2013

Sambutan Raya 2013

Lokasi : Kg. Gajah, Perak
Tarikh  : 7 Aug - 11 Aug 2013
Acara  : Sambutan Hari Raya 2013


Secara keseluruhannya adalah memuaskan walaupun ada berlaku perkara remeh temeh yang boleh membangkitkan hantu dalam badan...Tapi memandangkan keharmonian hari raya, maka berusaha mengawal ke-hantu-an.

selain itu, kami laki bini start cirit birit dari 1st raya sampai ke raya ke-4...apa boleh buat, perut tak sekolah. makan sama-sama dengan orang lain, orang lain okay. kami laki bini yang bergilir-gilir cangkung dalam jamban!

Ilyas tidak suka dengan kasutnya tapi berkenan dengan kasut sawbebe. sawsomi sedang masuk duit raya dalam angpau

beraya di rumah kakak bapa mertuaku

homemade lemang

ketibaan kakak iparS

Mak tiri mereka menghidangkan makanan untuk mereka

orang dewasa main bunga api

kanak-kanak pula 'bakar' batu

menu dinner 1st raya

makan-ing

laju buaianku laju

ilyas saw kejar ayam

tukang tidur

bapa mertua pun tidur

tukang masak

kerja kanak-kanak ialah rebut gadget

siapa dapat siapa main

baby Amara
saya ke rumah sebelah (@rumah opah tiri sawsomi) tengok Ilyas dan sawbebe yang bermain di sana, ternampak baby tengah mood baik...so saya pun gedik nak ambil gambar baby...manatau ada seorang cousin baby ini yang bernama anwar (9-10 tahun) asyik dok sibuk melarang saya angkat baby, melarang saya cabut puting baby, dok melarang saya cabut cold fever yang lekat kat dahi baby...sibuk betul...saya dah tau hantu dalam badan saya sudah bangun, so saya pun ambil ilyas saw nak balik, tiba-tiba mak budak si penyibuk Makcik Bibi tu bercakap dengan saya : 'Nanti datang ambil gambar baby. tapi kena pakai baju kurung tau!' (time tu saya pakai seluar panjang dan T shirt)...Saya beredar dengan hati yang panas.


cukur jambul

so masa upacara cukur jambul baru nak start, tiba-tiba mak tiri sawsomi ajak pergi ke rumah sebelah... so saya dan ilyas pun ke rumah sebelah dengan mak tiri sawsomi. time tu, baby sedang tidur nyenyak dalam buai. ilyas saw seperti biasa, sibuk kacau baby...lepas saya ambil 1-2 gambar, saya tengok ilyas saw semakin hilang kawalan nak kacau baby, saya pun segera dukung dia nak balik...so lalu depan Makcik Bibi (again) tiba-tiba dia tegur saya : 'Oli, jangan bagi baby bangun'

Hey, u buta ke? 
u tak nampak i sedang bawa anak i balik?
memang !@#$%^&* betul!!!

saya rasa Makcik Bibi ni memang ada masalah dengan saya.
1st raya, Ilyas tolak dia,
dia dari rumah sebelah sengaja datang ke rumah semata-mata nak bagitau Ilyas tolak dia!
awak seorang yang sudah berusia dok berkira dengan seorang budak 2 tahun...apa yang awak nak budak tu buat? peluk mesra kat u yang setahun jumpa sekali?
hey! fikir dengan otak jangan fikir dengan lutut!


# sawbebe ke rumah sebelah, kakinya tersangkut tikar lalu terjatuh terkena dagu, then menangis lor...then SIL cakap ' Tu lah tak jaga anak' (dia bercakap depan mak tiri). hurmmmmmmm


Updated:
16 Aug 2013

untuk kenang-kenangan diri sendiri.
Unofficially berhijab - 1 Syawal 1434 ( 8 Aug 2013)











No comments:

Post a Comment