Monday, October 28, 2013

kemaskini blog

hari-hari yang biasa-biasa saja...
pergi kerja balik kerja.
hantar anak ambil anak.
routine lari sedikit kalau sawsomi off day.
rajin masak tak rajin makan luar.

pasal diet,
dah ke laut china selatan...

@ restoran Gemilang Pandan Indah. dah habis makan baru ternampak meja sebelah makan, next day pi order apa yang meja sebelah makan.


kong bao chicken



ayam masak pickled dalam tin


Chai boey chicken rice shop




tengok ahkak garang buat kerabu mangga, saya pun nak makan kerabu mangga.


ikan bilis goreng sawsomi


malas masak, so makan luar.



tidak berapa menepati selera tapi licin juga.



nasi goreng bodoh-bodoh, tapi tambah 2 pinggan...



asam pedas nasi campur yang tersedap in the town


sup cina dan tauhu goreng dan cili kicap. 2 hari berturut-turut masak menu yang sama.


pasal anakS.
sawbebe dah habis exam,
so saya agak senang-lenang,
dia seperti biasa,
tak hirau apa-apa,
dunia dia hanyalah channel 613, 615 dan 616...

1st time. hanya mampu pegang grill tingkap

sampai hari ni masih tak pandai-pandai lagi


Ilyas Saw pula,
kadang-kadang buat saya geram macam nak makan dia,
kadang-kadang buat saya sayang macam nak telan dia masuk ke dalam perut saya semula...
makan 'oti anai'

sangat murah dengan ciuman. tak cukup cium bibir, habis lengan dan paha dia pun cium.




pasal sawsomi,
tak pernah habis 'sibuk' dengan kerja.


pasal kerja,
tahun ni tak ada kenaikan gaji.
Puncanya tidak dapat diketahui.

1 comment: