Wednesday, December 11, 2013

Ada apa dengan 11.12.13?

[perhatian : ini bukan pasal majlis nikah Rozita Che Wan ataupun Jovian Mandagie] 


hari ni,
cuti Sultan Selangor punya birthday,
so,
saya pun seharian dok di rumah tak keluar rumah....

lepas isyak,
keluar makan satay kat satay station naik kereta Saga sawsomi,
[satay ayam secucuk RM1.20, satay daging secucuk RM1.40]
balik dari dinner,
cari kereta Wira saya kat parking nak pi isi minyak,
tapi tak jumpa-jumpa...

payment tak ada tunggakan, so tak mungkin bank tarik kereta.
tak pernah parking sesuka hati blok kereta orang , so sudah pasti bukan MPAJ yang tarik.
hanya ada satu kemungkin,
KERETA DICURI!!


lepas tunggu sawsomi habis urusan dengan 'indah water', barulah pi balai polis buat report...
polis yang ambil report tu handsome nak mampus...
nama Olysen,
member dia panggil dia Oly,
saya pun macam nak bagitau dia, nama glamour i pun 'OLI'!


perasaan?
nak kata sedih, tak laaa sedih sangat (mungkin tau boleh cover insuran kot)
nak kata tak sedih, tak juga...kesedihan tu macam tersekat-sekat!
mungkin perasaan geram lebih banyak kot...
itu satu-satunya 'kaki' nak hantar anak, ambik anak, nak pi kerja...
habis kelam kabut...

tak apa!
tak apa!
kalau ada rezeki, jumpalah kereta itu!
kalau tak ada rezeki, saya beli kereta Alphard!
hahahahahaha!
[puihhhh...len kamera mampu dimiliki pun tak mampu dimiliki, ni pasang angan-angan nak beli kereta tak mampu dimiliki]

No comments:

Post a Comment