Wednesday, December 25, 2013

Impian menjadi kenyataan

Impian kecil-kecilan saya ialah bakar ayam turkey dan makan ayam turkey dengan tangan pada hari Christmas...

akhirnya tahun ni,
impian ni berjaya direalisasikan dengan adanya resepi Iceboxrivet...

walaupun bukan ayam belanda,
[ayam biasa saja]
walaupun bukan saya yang buat kerja-kerja peram ayam,
[saya hanya kopek kulit potato saja]
tapi sayalah orang yang paling teruja!!



inilah impian saya!!!



sawsomi sedang peram ayam pada 2 pagi

keesokan hari sebelum dimasukkan ke dalam oven



ini yang terhasil!!
Taraaaaaa....SIAP!!!


kepuasan dan kesedapan adalah sama banyak


Resepi Ayam Bakar

Resepi asal : Iceboxrivet
Diubahsuai  : sawsomi


Bahan Utama:
Ayam 1 ekor (bersihkan dalaman)

Bahan Yang Penting:
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar dry mixed herbs
2 biji lemon (1 biji potong nipis-nipis. 1 biji lagi perah jus)
2 sudu besar lada sulah ( resepi asal guna 1 sudu besar lada hitam kasar)
10 - 12 ulas bawang putih (dititik sahaja.tak payah mayang)
4 sudu besar gula
2 kiub stok ayam (Resepi asal : 2 sudu besar serbuk stok ayam)

aksesori :
Ubi kentang (Potong kiub)
carrot (potong kiub)


Cara-cara :
1.  masukkan kiub stok ayam dan sapukan pada luar dan dalam ayam (Kalau guna serbuk stok ayam lebih senang nak sapu)
2.  kemudian masukkan mixed herbs.
3.  Diikuti ialah lada sulah / lada hitam kasar
4.  Masukkan sos tiram dan gula dan gaul sehingga sebati luar dan dalam ayam.
5.  Taburkan bawang putih di luar permukaan dan sumbatkan sedikit ke dalam ayam.
6.  perah jus lemon dan sapu di luar dan dalam ayam. 1 biji lemon lagi potong nipis-nipis dan susun atas permukaan ayam.
7.  saya peram semalamam. Then bakar dengan suhu 190 degree celsius selama 1 jam. Terbalikkan bila warna permukaan dah golden. kalau tak masak boleh tambah masa.

* Letak paling bawah sekali dan guna api atas








No comments:

Post a Comment