Thursday, January 30, 2014

2014 馬年新年快樂 Happy Chinese New Year!



祝大家,
新的一年里快快乐乐开开心心度过吉祥的马年!
最重要的是 马上有钱!!

Saturday, January 25, 2014

[6y8m] Bento Waktu Rehat Week 3-4


Lunch bag handmade yang comel ini saya order di Jolly Cotton by Makcik Rehan. Now saya tengah paksa sawbebe kumpul duit belanja dia untuk beli lunch bag yang bercorak cupcake pula...harap-harap stok masih ada!!!



13 January
Cari gambar dalam HP tak jumpa...dan saya pun sudah lupa apa yang saya masak bagi sawbebe bawa ke sekolah...


14 January
Cuti Hari keputeraan Nabi Muhammad


15 January
sawbebe request nasi goreng.


16 January
sawbebe ada kelas sampai pukul 3 petang. maka terpaksa sediakan 2 bekal bagi dia. Maggi goreng untuk waktu rehat 10 pagi. Roti sausage dan air kotak untuk waktu rehat pukul 1  tengahari.


17 January
Cuti Thaipusam

Bekal untuk ke kelas agama,
saya bagi pau dan roti aje


20 January

sawbebe request spaggeti fish ball.



21 January
kelas sampai petang. kena sediakan 2 bekal. Roti sausage mini bersalut telur + nestum dan maggi goreng kegemaran sawbebe...



22 January

buat nasi goreng dan goreng nugget...


23 January
Nasi goreng untuk pagi dan donut coklat untuk tengahari...




24 January

saya kekeringan idea nak masakk untuk sawbebe...menu tu pi mai pi mai tang tu aje...baut yang advance, bukannya sawbebe mau makan...so, semalam saya adalah sangat kejam bekalkan dia chiffon cake saja. sebenarnya dia tak makan chiffon cake...



25 January
sawbebe ada sekolah ganti. dan saya terlajak tidur...hanya sempat sediakan pasta kosong tak ada aksesori tambahan...

Friday, January 24, 2014

[6y8m] sawbebe belajar mengaji Al-Quran di Azraq Centre

sawbebe tak pergi sekolah agama,
maka kami terpaksa cari alternatif lain...

mula-mula,
ingat nak hantar ke rumah guru KAFA untuk belajar mengaji,
tapi rumah ustaz pula agak jauh.
dan saya ada masalah keluar rumah pada sebelah malam...

nak ustaz datang rumah,
takut pula difitnah sebab sawsomi tak ada rumah...

google dan google,
tiba-tiba terjumpa Azraq Centre ni yang terletak di Ampang Point.
yang penting masa adalah fleksibel...
so,
kami pilih sabtu dan ahad pagi...



seminggu 2 hari,
setiap kali 1 1/2 jam.
Yuran RM120 sebulan.

ini kawan sawbebe kat Azraq Centre


baru pergi 4 kelas,
dah boleh hafal Al-Fatihah!
hebat ustazah sawbebe!!!




AZRAQ CENTRE
Blok D-D3-3, Jalan Selaman 1,
Dataran Palma,
68000 Ampang,
Selangor

Tel/ Fax : 03-4265 6081
H/P : 016- 6718966




Wednesday, January 22, 2014

[6y] Color Code Buku Teks Darjah Satu Ikut Timetable


color code buku according to timetable...
Dah 3 hari sawbebe kemas beg sekolah sendiri. 
Credit to kawan FB Aziah Ali

Monday, January 20, 2014

[2y7m] Ilyas suka tumbuk orang


kebelakangan ni,
Sikap Ilyas 'menumbuk' orang semakin menjadi-jadi...
Tengah dia syiok bermain,
tiba-tiba dia datang ke belakang kita,
kemudian menumbuk belakang kita 2-3 kali!!
mangsa kejadian di rumah selalunya sawbebe dan sawsomi...

Cikgu pun dah mula complaint,
Ilyas asyik menumbuk budak perempuan di taska!!!
T_T


 


dah banyak kali saya naik hantu,
tapi dia buat-buat tak faham saja...
amat jelas sekali,
naik hantu memang tak berguna untuk menangani masalah ini...
nampaknya kena cari penyelesaian lain!!!!

google punya google
terjumpa link ini
http://labyrinthandherworld.blogspot.com/2013/05/apa-itu-tantrums-dan-bagaimana-ibu-bapa.html

boleh try cara-cara yang dia ajar ni...

[copy paste]

Manual untuk membuat "time-out" kepada anak:
 
1. Pilih tempat yang sesuai (bukan Bilik tido, sebab tu tempat anak tido). Pilih satu kerusi, karpet/rug kecil yang spesifik untuk anak time out. Kalo ada tiga anak, buat 3 kerusi/rug kecil untuk anak. Kalo ada rumah dua tingkat, tangga boleh jadi tempat time out anak.
2. Terangkan kepada anak fungsi kerusi/rug yang dipilih:
"kalau Ani nakal, Ani akan duduk disini (tunjuk kerusi/rug yang dipilih), sampai ibu datang amik Ani"

3. Bila anak melakukan sesuatu (Ani mula pukul adik ketika bermain bersama), ibu bapa mulakan dengan warning dulu. Ingatkan anak, kalau dia buat lagi, dia kena duduk pada kerusi/rug time out. Warning hanya sekali sahaja.
4. Apabila anak buat jugak tindakan itu (Ani pukul adik lagi).  Pimpin anak dan dudukkannya pada kerusi/rug tersebut. Kalau mula menangis dan berguling2, dukung anak dan dudukkan atas kerusi/rug tersebut. Jangan bercakap apa2 dengan anak semasa proses ini. Selepas dudukkan dia, pastikan posisi badan anda (rendahkan badan anda) supaya sama level dengan anak anda. Terangkan kepada anak, mengapa anak kena duduk pada kerusi/rug/tangga ini.
"Ani kena duduk sini sebab ani pukul adik masa main tadi. Ani tak dengar cakap ibu jangan pukul adik, tapi ani pukul jugak. Ani kena duduk sini sampai ibu datang amik ani"

5.  Time kan masa anda. Sekiranya anak anda berusia setahun, selama seminit anak anda akan duduk di kerusi tersebut. Setiap minit dikira mengikut usia anak. Contohnya:
1 tahun = 1 minit
2 tahun = 2 minit
3 tahun = 3 minit dan sebagainya...

6. Cukup masa, datang amik anak dan terangkan kembali kenapa anak berada pada kerusi time out ini. Minta anak minta maaf dengan ibu/bapa dan kembali pimpin anak bermain/melakukan aktiviti rumah seperti biasa. 
"Ani kena duduk sini sebab ani pukul adik masa main tadi. Ani tak dengar cakap ibu jangan pukul adik, tapi ani pukul jugak. Ani tak dengar kata ibu. Minta maaf dengan ibu.."
7. Bagi anak bermain hanya selepas anak mengucapkan maaf. Kalau anak masih menangis dan berdegil, bagi lagi timeout mengikut usia anak anda. Jangan menyahut, ber "negotiate", bercakap dengan anak anda sepanjang proses ini. Ulangi langkah ini sehingga anak mengucapkan maaf.
8. Sekiranya anak berlari dapatkan anda sepanjang beliau diberi time out, dukung dan letakkan semula anak tanpa memandang wajah anak dan bercakap sehingga anak duduk pada kerusi/rug/ cukup pada waktunya.
9. Banyakkan bersabar dan jangan lepas marah kepada anak. Kawal perasaan anda dan lakukan teknik ini setiap kali anak misbehaving secara konsisten supaya anak dapat memahami ada perbuatan yang dia lakukan itu adalah salah :) 


tarik nafas dalam-dalam
sawhuifoon,
bersabar! bersabar!
jangan naik hantu!!!
rilek mummy...mummy rilek...rilek...[sawbebe dan Ilyas ubah lirik lagu Rilek Brader]




Tuesday, January 14, 2014

Keluarga Susuan

Dah lama tak jumpa,
apa boleh buat,
masing-masing ada kesibukan yang tidak dapat dielakkan...
so,
kebetulan Maulidur Rasul cuti,
maka tanpa fikir panjang terus buat perjumpaan di Taman Titiwangsa!!
kalau tak buat perjumpaan mengejut,
entah berapa hari bulan baru ada peluang nak jumpa lagi!!!












Kali ni ahkak garang masak yang heavy...nasi tumis, ayam masak merah dan kerabu timun nenas...kami bawa menu sampingan sandwich egg mayo dan apple saja...heheheheh...Turn lain kami pula masak yang berat-berat pula, okay?!





kaum bapa dah kelaparan








sempena Maulidur Rasul ada orang bagi free cupcake...










































pinjam ayat dari Nurul Hanis : Our little family. Special in our own little ways. hugs2 kiss2


Monday, January 13, 2014

[6y7m] BENTO Waktu Rehat Week 1 & Week 2

tak habis-habis dengan cerita sawbebe sekolah (maklumlah teruja anak darjah satu, tambahan pula 1st anak...lagi teruja dibuatnya)


sejak bulan 8 tahun lepas,
saya sudah buat persediaan mental dan dan fizikal,
saya perlu sediakan bekal untuk sawbebe ke sekolah,
memandangkan pelajar Islam dan juga kerani sekolah ( Islam)
beri nasihat agak tidak makan makanan di kantin sekolah,
walaupun tak ada pok pok,
tapi dari mana ayam tu datang tak berapa menyakinkan...

ok,
balik kat bento...
bento tu bekal laaaa...

so bila letak BENTO,
terus nampak lebih glamour!!
hahahaha

kalau bandingkan BENTO orang lain dengan BENTO saya,
memang macam langit dan bumi....
tapi,
tak apa laaa...
yang penting,
saya syiok sendiri!!

hahahahahaha



2 January 2014 - Roti telur. Favorite sawbebe.


3 January 2014 : Maggi goreng + sausage


6 January 2014 : Roti Tampal (sawsomi yang masak) + mini sausage 


7 January 2014 : Pasta + Fried fish ball



8 January 2014 : Nasi goreng + mini sausage




9 January 2014 : Roti hotdog (mini sausage) bersalut telur

10 January 2014 : Nasi goreng pattaya + fried fish ball


pi mai pi mai menu tu saja...
sawbebe ni pilih makanan,
dan memang cerewet... 
so agak sukar sedikit nak buat bekal dia,
daripada buat bekal yang dia tak makan,
lebih baik buat bekal yang dia makan dan niar dia makan sampai jemu...
hahahahahaha

Sunday, January 12, 2014

100 Doraemon Secret Gadgets Expo 100哆啦A梦秘密道具博览会



Anak-anak adalah sangat excited,
tapi mak anaks langsung tak enjoy sebab tak larat dok jerit kat anak-anak yang excited nak pegang patung doraemon...


Tempat : Level 2, Viva Home Expo Hall


Tiket :
Dewasa  : RM25
Kanak-kanak : RM15
Ilyas : Free
























Kami pergi dah 9 malam...so dah tak ramai orang...tu yang tukang jaga patung Doraemon 'lihat' kami ketat-ketat...dan kalau tak silap dalam masa 20 minit kami dah habis tengok 100 ekor doraemon...tak sempat nak nikmati makanan dan minuman kat cafe doraemon sebab dah tutup...