Monday, January 20, 2014

[2y7m] Ilyas suka tumbuk orang


kebelakangan ni,
Sikap Ilyas 'menumbuk' orang semakin menjadi-jadi...
Tengah dia syiok bermain,
tiba-tiba dia datang ke belakang kita,
kemudian menumbuk belakang kita 2-3 kali!!
mangsa kejadian di rumah selalunya sawbebe dan sawsomi...

Cikgu pun dah mula complaint,
Ilyas asyik menumbuk budak perempuan di taska!!!
T_T


 


dah banyak kali saya naik hantu,
tapi dia buat-buat tak faham saja...
amat jelas sekali,
naik hantu memang tak berguna untuk menangani masalah ini...
nampaknya kena cari penyelesaian lain!!!!

google punya google
terjumpa link ini
http://labyrinthandherworld.blogspot.com/2013/05/apa-itu-tantrums-dan-bagaimana-ibu-bapa.html

boleh try cara-cara yang dia ajar ni...

[copy paste]

Manual untuk membuat "time-out" kepada anak:
 
1. Pilih tempat yang sesuai (bukan Bilik tido, sebab tu tempat anak tido). Pilih satu kerusi, karpet/rug kecil yang spesifik untuk anak time out. Kalo ada tiga anak, buat 3 kerusi/rug kecil untuk anak. Kalo ada rumah dua tingkat, tangga boleh jadi tempat time out anak.
2. Terangkan kepada anak fungsi kerusi/rug yang dipilih:
"kalau Ani nakal, Ani akan duduk disini (tunjuk kerusi/rug yang dipilih), sampai ibu datang amik Ani"

3. Bila anak melakukan sesuatu (Ani mula pukul adik ketika bermain bersama), ibu bapa mulakan dengan warning dulu. Ingatkan anak, kalau dia buat lagi, dia kena duduk pada kerusi/rug time out. Warning hanya sekali sahaja.
4. Apabila anak buat jugak tindakan itu (Ani pukul adik lagi).  Pimpin anak dan dudukkannya pada kerusi/rug tersebut. Kalau mula menangis dan berguling2, dukung anak dan dudukkan atas kerusi/rug tersebut. Jangan bercakap apa2 dengan anak semasa proses ini. Selepas dudukkan dia, pastikan posisi badan anda (rendahkan badan anda) supaya sama level dengan anak anda. Terangkan kepada anak, mengapa anak kena duduk pada kerusi/rug/tangga ini.
"Ani kena duduk sini sebab ani pukul adik masa main tadi. Ani tak dengar cakap ibu jangan pukul adik, tapi ani pukul jugak. Ani kena duduk sini sampai ibu datang amik ani"

5.  Time kan masa anda. Sekiranya anak anda berusia setahun, selama seminit anak anda akan duduk di kerusi tersebut. Setiap minit dikira mengikut usia anak. Contohnya:
1 tahun = 1 minit
2 tahun = 2 minit
3 tahun = 3 minit dan sebagainya...

6. Cukup masa, datang amik anak dan terangkan kembali kenapa anak berada pada kerusi time out ini. Minta anak minta maaf dengan ibu/bapa dan kembali pimpin anak bermain/melakukan aktiviti rumah seperti biasa. 
"Ani kena duduk sini sebab ani pukul adik masa main tadi. Ani tak dengar cakap ibu jangan pukul adik, tapi ani pukul jugak. Ani tak dengar kata ibu. Minta maaf dengan ibu.."
7. Bagi anak bermain hanya selepas anak mengucapkan maaf. Kalau anak masih menangis dan berdegil, bagi lagi timeout mengikut usia anak anda. Jangan menyahut, ber "negotiate", bercakap dengan anak anda sepanjang proses ini. Ulangi langkah ini sehingga anak mengucapkan maaf.
8. Sekiranya anak berlari dapatkan anda sepanjang beliau diberi time out, dukung dan letakkan semula anak tanpa memandang wajah anak dan bercakap sehingga anak duduk pada kerusi/rug/ cukup pada waktunya.
9. Banyakkan bersabar dan jangan lepas marah kepada anak. Kawal perasaan anda dan lakukan teknik ini setiap kali anak misbehaving secara konsisten supaya anak dapat memahami ada perbuatan yang dia lakukan itu adalah salah :) 


tarik nafas dalam-dalam
sawhuifoon,
bersabar! bersabar!
jangan naik hantu!!!
rilek mummy...mummy rilek...rilek...[sawbebe dan Ilyas ubah lirik lagu Rilek Brader]




No comments:

Post a Comment