Tuesday, January 7, 2014

[6y7m] Tumbuh Gigi Kekal, Cabut Gigi Susu

8 malam,
sawbebe tunjuk gigi dia kat saya...
OMG!!!
Dah tumbuh gigi kekal di belakang gigi susu sawbebe!!

saya google klinik gigi,
tapi call tak ada orang angkat...

saya ni memang perangai busuk,
apa yang saya nak buat,
saya tetap akan buat juga.

so 8:30pm
angkut sawbebe dan Ilyas masuk kereta,
pi cari klinik gigi yang masih buka!!!
(time ni kalau u suruh saya drive balik Alor Star, rasanya saya pun boleh lakukan)

Jumpa satu klinik gigi doktor india kat pandan indah yang tutup 9 malam,
(klinik yang saya call semuanya tutup pukul 6pm)
terus register nama...





lepas doktor check, doktor cakap kena cabut 2 batang gigi susu yang halang pertumbuhan gigi kekal.
Cabut pun cabut laaa...sebab dah agak dah memang kena cabut...


doktor sedang bubuh ubat bius. seorang kakak tutup mata, seorang kakak lagi pegang tangan dan kaki sawbebe...sawbebe ada sakit sikit-sikit tapi dia tahan...


ni doktor sedang cabut gigi...sekejap saja dah melayang RM110 (sebatang gigi RM40 x 2 + ubat RM30)


tak menangis walaupun saya jangkakan dia akan menangis. dia cakap tak sakit cuma rasa macam ada orang tarik gigi dia...heheheheh

ni gigi sawbebe...kecil saja...

saya sudah cakap dengan nurse, saya nak gigi sawbebe...tapi mereka bergegas nak balik kerja, mereka buang gigi sawbebe...saya suruh mereka keluarkan, mereka tak nak!!! saya carut dalam hati saja laaaa...

Tak apa...saya tunggu di luar klinik (seolah-olah sedang tunggu suami datang ambik)...saya tunggu pembantu keluar dan buang sampah di luar klinik, saya tunggu mereka dah jalan jauh, saya kutip ini sampah balik rumah....

saya nak selongkar gigi sawbebe...Actually tak payah selongkar pun, gigi sawbebe berada di atas sekali...tapi cilakak punya pembantu klinik tak nak tolong saya keluarkan...kali ni saya carut kuat-kuat!!!

[before jadi 'boh geh sai']

[selepas]
sawbebe cakap, Mr.Bean pergi cabut gigi, Mr Bean buat sampai doktor gigi mati!! apa motif dia cakap macam tu? adakah next time sawbebe nak kenakan doktor gigi?

sawbebe teruja sebab 'gigi' dia bertukar menjadi syiling emas...


今天,
发现苏菲两颗新牙长出来了,可是外面的牙还没松。。。
乳牙还没掉下来,里面就长出了小牙(恒牙),
所以我就带苏菲去正拔掉乳牙 ,以免占据恒牙的位置,影响正常的牙齿排列。。。

1 comment:

  1. Sama la dgn Aisyah. Dah 5 kali cabut gigi susu kat klinik sbb gigi kekal dah tumbuh berlapis...

    ReplyDelete