Friday, February 28, 2014

Weekday yang kelam kabut

Isnin 24/2


Dah masuk hari kedua Ilyas demam...Hari ni macam semakin teruk tak boleh nak minum susu...banyak kali dia try minum, tapi hisap sekejap saja then dia keluarkan puting botol...nampaknya mulut dia memang sakit.

Disebabkan sawsomi akan outstation hari Rabu ni, so kena cepat-cepat cari ikthiar merawat Ilyas bagi sembuh!!!!

saya ambil cuti bawa Ilyas jumpa Dr Khoo kat Pantai Hospital Ampang. Ilyas demam panas tak boleh nak kebah-kebah sebab tonsil. Dr sunggest tinggal wad...tinggal pun tinggallah...Janji anak boleh sihat!!!

Sebelum pergi Pantai Hospital, memang dah siap pack barang dan baju (memang dah agak dr akan suruh tinggal wad punya). so sawsomi kerja, saya jaga Ilyas.

Tengahari sawsomi ambil sawbebe dari sekolah dan hantar kepada saya, sebab dia ada meeting...takut balik lewat dan kesian kat sawbebe kena tunggu kat child care lama-lama....

Tiba-tiba saya sangat rindu sawsomi kerja shift...kalau dia kerja shift, mesti tak kelam kabut macam ni...Dia boleh jaga Ilyas siang, then malam dia kerja...saya pula boleh kerja siang dan jaga Ilyas dan sawbebe sebelah malam...

Sawsomi habis kerja, datang semula ke hospital dah 8:30pm, saya pula kena drive sorang-sorang ke klinik kesihatan ambil tekanan darah...Benda yang selalunya tak boleh buat, tiba-tiba boleh buat sendiri....Tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri!!!

Pengalaman yang tak boleh dilupakan ialah katil sebelah si bapa yang jaga anak perempuan dia yang sakit (wife dia tengah berpantang)...cuba untuk memahami masalah orang lain dengan tidak membuat aduan kat pihak hospital, tapi dia pula tak cuba untuk memahami situasi kita dengan minta bilik single ke minta orang pompuan untuk datang jaga anaknya...haizzzz...semalamam rasa sangat tak selesa...



Selasa 25/2
sawsomi pula ambil AL jaga Ilyas dan saya pula pi kerja. Terpaksa kerja sebab dateline 28/2...Kolum tak siap, komik tak translate lagi...anak pula sakit...Then dok terbayang baju kotor kat washing machine yang tak dibasuh...aduh! banyak-banyak perkara, baju kotor yang difikir...agaknya terlampau stress kot!! ataupun sengaja nak cari pasal  dengan sawsomi!!!


Ilyas masih lagi demam panas...hari kedua tak minum susu...


Rabu 26/2
Giliran saya pula jaga Ilyas sebab sawsomi ada meeting sebelum bertolak ke Penang. Asalnya saya nak ambil AL, tapi bos memahami, dia cakap pergi saja jaga anak, tak payah ambil leave...Dr datang check 10 pagi dan Ilyas dibenarkan pulang!! Yehaaaaaaaa....

Settle semua bil...2 petang macam tu baru balik rumah! Then sawsomi pula siap-siap nak pi Penang!!

Kereta pula kat bengkel...Pukul 6 ambil sawbebe, Ilyas pula time tu baru nak tidur...dukung Ilyas berjalan pergi bengkel ambil kereta...then baru pi ambil sawbebe...then kena pi klinik kesihatan ambil tekanan darah lagi....

sampai rumah, baru perasan sawbebe demam panas!!
Wooaaaaaaa!!!




Khamis 27/2
Sawbebe tak pergi sekolah! Terpaksa hantar dia ke child care sebab sebelah petang ada outing ke Bukit Damansara.

Ilyas pula banyak hari tak pergi taska, sampai saja pintu taska dia buat baik punya drama...hampir-hampir pecah hati saya melihat dia menangis kaw kaw punya tak mau masuk ke dalam taska!!

10 pagi pula bergegas bawa sawbebe pergi klinik jumpa doktor...then hantar balik ke child care!!



MC yang PERTAMA dalam hidup sawbebe

Pukul 2 keluar dengan bos dan mimi ke bukit damansara!!!
dalam hati dah risau balik lewat...nasib baik tak jumpa destinasi dan patah balik ke office dalam 4 lebih!! Yehaaaaaa.....dapat ambik anak-anak awal!!
Sawbebe masih lagi demam panas!! lembik tak bermaya dan tak lalu makan sebab tekak sakit!!


Jumaat 28/2
Pagi ni raba badan dan dahi sawbebe, dah tak panas...tapi tekak dia masih sakit tak boleh nak makan...Ingatkan nak suruh bagi dia cuti lagi, tapi dia nak ke sekolah juga, sebab dia kata hari ni boleh ke library pinjam buku cerita!!!

Masak spaghetti bagi dia bawa ke sekolah...



Kalau sawsomi guna motor hantar ke sekolah, 7 pagi baru keluar rumah. Tapi ni guna kereta dan saya pula 1st time hantar dia ke sekolah, maka 6.45 dah keluar rumah...Nasib baik Ilyas bagi kerjasama tak menangis!!

pukul 8 pagi hantar pula Ilyas ke taska, dah sampai taska baru perasan beg ilyas tertinggal kat rumah...
Aduh!! kena patah balik rumah ambil beg ilyas, hantar ke taska then baru pi kerja!!

Sampai office 9:27 am(jam office cepat setengah jam)...Melampau! Melampau!!!

Tuesday, February 18, 2014

[week7] Busy Bee Bento dan Simple Skewes Bento


Waktu Rehat 10 Pagi

Busy Bee

telur dadar yang agak masin dan nasi putih yang tawar...rasanya kalau saya tambahkan sedikit bahan seperti hotdog ke, crab stick ke untuk gulung...aksesorinya pula bubuh mayonis...pasti rasanya menjadi lebih sedap...


Waktu Rehat 1 Petang

Telur puyuh + Chicken Ball + Mini Sausage + Nasi putih + sedikit telur dadar



~Ini pula bento saya untuk lunch~




Balance seaweed dan telur dadar digunakan untuk buat sushi roll...tak sedap!! tapi sawsomi telah habiskan!!!



Monday, February 17, 2014

[Week 7] fishy sandwich bento





Bento yang simple.
Roti gardenia, bak kwa/ daging salai dan telur rebus.
tapi sawbebe tak berjaya habiskan telur rebus sebab terlalu kenyang dengan 4 set sandwich mini itu!!!


 Pembaziran?!


mestilah tidak!! 
semuanya selamat berada dalam perut saya!!!

Saturday, February 15, 2014

2014 新年杂记

元宵節也过了,
可以记录新年杂记了!


除夕
年30晚的凌晨4点就爬起来,
要准备回鄉過年~
小孩子很兴奋,
七早八早被吵醒也没哭闹,
摸啊摸一下,
4:43am才出發!



一路上不停的祈祷,
(其实是abang在祈祷)
老爷车要乖乖,
不要发脾气,
果然,到了AS才去修車廠!
(其实在Tapah就开始水滚了,只是我不知道而已。到了Gurun我才提心吊胆。)

忘了几点到北海,
先和大弟吃早餐,
然后才继续往北出發,
大该中午就抵達妈妈的家!


晚上吃团圆饭!






人家过年,
苏毅就生病咯!
每次出了Selangor,
他就会生病!


初一
本来年初一要和家人去庙的,
但是老爷车死火在半路,
还好附近的proton service新年初一也有营业,就把老爷车拉去那儿。
好心人到处都有,
附近的cake店老板叫他的员工送来了5盒的CHOCOMELT CAKE!
非常的感动。。。






@ Proton Service Centre


又来一次团圆饭


初二
年初二去Penang。



@ Made In Penang Interactive Museum 美因槟廊









初三
年初三,
before回AS,
去看贺年片--西游记!
这个时候,
苏毅又开始发烧了!
由于已经很多天一直用退烧药控制他的體溫,
当下就决定带他到附近的私人医院检察,
这样会比较安心。
看完医生拿了药就直接回AS拿修好的老爷车。
修理费 RM400!!




@KPJ Penang Specialist Hospital


初四
年初四,
本来要去家公家住一晚,
可是怕老爷车又闹脾气,
就取消行程,
在AS多住一晚。

苏毅在AS的klinik kesihatan月检,
等到要ki xiao!!

at Klinik Kesihatan Daerah Kota Star



@ Klinik 1 Malaysia Alor Star



初五
年初五,
大清早5点出发回KL。
(先载妹妹回北海)
老爷车很争气,
到了ampang才完全失控!
晚上去二叔家拜年。。。


总结就是老爷车不适合出远门!

abang对他的老爷车感到bangga!




~The End~

Friday, February 14, 2014

[6y8m] BENTO Waktu Rehat Week 7

lepas balik dari cuti CNY,
mood memBENTO tergendala!!



11 February 2014
Waktu rehat 10 am : Pasta dan chicken ball [balik dari sekolah, sawbebe tanya saya kenapa chicken ball tu keras, dia tak boleh nak gigit...hehehehe]
Waktu rehat 1 pm : Roti Bak Kua + Nugget






12 February 2014
Waktu Rehat 10 am : Maggi goreng + telur rebus
saya masak mee maggi terlalu lama dan mee tu kembang-mengembang, saya khuatir sawbebe tak lalu maggi goreng lembik, bolehlah dia makan telur rebus tu...sampai rumah sawbebe cakap maggi goreng mummy sangat sedap[turn mak dia pula kembang-mengembang dengan 'pujian' anaknya]...habis licin dia makan...maybe lapar kot...tak ada pilihan, so terpaksa makan!!!



mak dan bapa sawbebe pun tumpang sekali maggi goreng

13 February 2014
Waktu Rehat 10 am : Nasi goreng + broccoli + Nugget
Waktu Rehat 1 pm : Roti bun mini sausage + kitkat



sawbebe tak nak broccoli, dia request daun salad...so tukar vege...[tapi dia tak makan daun salad pun]


mak sawbebe berbento juga ke office dengan bekal hello kitty

14 February 2014
Mak bapak dengan anak-anak sekali terbabas tidur...tiba-tiba pelik kenapa burung berkicauan di luar...tengok hp dah 6:57...dungu punya alarm tak bunyi...
Jadi hari ni sawbebe terpaksa berbento NASI LEMAK restoran Abdul Hassan...nasi lemak abdul hassan tulah penyelamat saya setiap kali mood bento saya tergendala dan terbabas tidur!!!


Wednesday, February 12, 2014

Kereta Mampu Dimiliki

nak beli kereta baru tak mampu,
so beli saja used car!

Alhamdulilah semua urusan dipermudahkan sehingga loan dah diluluskan saya pun tak tahu!



Wira Sedan, harga RM12,800
Akhirnya dapat juga Wira Sedan walaupun lewat 1 tahun...
Tuhan memang telah aturkan segala-galanya...



18 February pi collect kereta...

alhamdulilah condition kereta pun masih elok,
benda kecil-kecil tu biasa laaa kena repair sikit-sikit...
tapi secara keseluruhannya OK laaaa...


@ ferry @ Penang

[2y8m] mummy saya naik hantu








2 hari yang lepas,
ini budak nyaris-nyaris dimakan saya!!
Dia delete app dalam iPad!!
App kegemaran dia!!!
bila app tu dah tak ada,
dia nak saya berlakon jadi raksasa bertarung dengan dia,
of course dia membawa perwatakan WIRA --- Otomen!!

sudah pasti saya enggan jadi raksasa,
kemudian sebagai tanda memberontak,
dia buka marker pen sawbebe dan tuang semua ink keluar,
habis baju dia, seluar dia, tangan dia, kaki dia, muka dia dan lantai saya berwarna biru...
saya hanya berjaya naik hantu separuh jalan saja,
sebab rasa comel pula dia sambil meleleh hingus minta tolong saya lap tangan dan kaki dia yang berwarna biru!!
saya tak ambil gambar sebab dia tau kalau saya ambil gambar maka saya dah tak marah,
so, saya buat-buat saya marah,
saya nak bagi dia pengajaran...
Pengajaran betapa dasyhatnya bila saya NAIK HANTU!!
 



semalam saya berjaya install balik app tersebut dan download otomen...so, mak ceria anak pun riang...



Tuesday, February 11, 2014

[6y8m] I ♡ U


Seriously?!
Betul ke boy ni kat sawbebe?!