Friday, February 28, 2014

Weekday yang kelam kabut

Isnin 24/2


Dah masuk hari kedua Ilyas demam...Hari ni macam semakin teruk tak boleh nak minum susu...banyak kali dia try minum, tapi hisap sekejap saja then dia keluarkan puting botol...nampaknya mulut dia memang sakit.

Disebabkan sawsomi akan outstation hari Rabu ni, so kena cepat-cepat cari ikthiar merawat Ilyas bagi sembuh!!!!

saya ambil cuti bawa Ilyas jumpa Dr Khoo kat Pantai Hospital Ampang. Ilyas demam panas tak boleh nak kebah-kebah sebab tonsil. Dr sunggest tinggal wad...tinggal pun tinggallah...Janji anak boleh sihat!!!

Sebelum pergi Pantai Hospital, memang dah siap pack barang dan baju (memang dah agak dr akan suruh tinggal wad punya). so sawsomi kerja, saya jaga Ilyas.

Tengahari sawsomi ambil sawbebe dari sekolah dan hantar kepada saya, sebab dia ada meeting...takut balik lewat dan kesian kat sawbebe kena tunggu kat child care lama-lama....

Tiba-tiba saya sangat rindu sawsomi kerja shift...kalau dia kerja shift, mesti tak kelam kabut macam ni...Dia boleh jaga Ilyas siang, then malam dia kerja...saya pula boleh kerja siang dan jaga Ilyas dan sawbebe sebelah malam...

Sawsomi habis kerja, datang semula ke hospital dah 8:30pm, saya pula kena drive sorang-sorang ke klinik kesihatan ambil tekanan darah...Benda yang selalunya tak boleh buat, tiba-tiba boleh buat sendiri....Tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri!!!

Pengalaman yang tak boleh dilupakan ialah katil sebelah si bapa yang jaga anak perempuan dia yang sakit (wife dia tengah berpantang)...cuba untuk memahami masalah orang lain dengan tidak membuat aduan kat pihak hospital, tapi dia pula tak cuba untuk memahami situasi kita dengan minta bilik single ke minta orang pompuan untuk datang jaga anaknya...haizzzz...semalamam rasa sangat tak selesa...



Selasa 25/2
sawsomi pula ambil AL jaga Ilyas dan saya pula pi kerja. Terpaksa kerja sebab dateline 28/2...Kolum tak siap, komik tak translate lagi...anak pula sakit...Then dok terbayang baju kotor kat washing machine yang tak dibasuh...aduh! banyak-banyak perkara, baju kotor yang difikir...agaknya terlampau stress kot!! ataupun sengaja nak cari pasal  dengan sawsomi!!!


Ilyas masih lagi demam panas...hari kedua tak minum susu...


Rabu 26/2
Giliran saya pula jaga Ilyas sebab sawsomi ada meeting sebelum bertolak ke Penang. Asalnya saya nak ambil AL, tapi bos memahami, dia cakap pergi saja jaga anak, tak payah ambil leave...Dr datang check 10 pagi dan Ilyas dibenarkan pulang!! Yehaaaaaaaa....

Settle semua bil...2 petang macam tu baru balik rumah! Then sawsomi pula siap-siap nak pi Penang!!

Kereta pula kat bengkel...Pukul 6 ambil sawbebe, Ilyas pula time tu baru nak tidur...dukung Ilyas berjalan pergi bengkel ambil kereta...then baru pi ambil sawbebe...then kena pi klinik kesihatan ambil tekanan darah lagi....

sampai rumah, baru perasan sawbebe demam panas!!
Wooaaaaaaa!!!




Khamis 27/2
Sawbebe tak pergi sekolah! Terpaksa hantar dia ke child care sebab sebelah petang ada outing ke Bukit Damansara.

Ilyas pula banyak hari tak pergi taska, sampai saja pintu taska dia buat baik punya drama...hampir-hampir pecah hati saya melihat dia menangis kaw kaw punya tak mau masuk ke dalam taska!!

10 pagi pula bergegas bawa sawbebe pergi klinik jumpa doktor...then hantar balik ke child care!!



MC yang PERTAMA dalam hidup sawbebe

Pukul 2 keluar dengan bos dan mimi ke bukit damansara!!!
dalam hati dah risau balik lewat...nasib baik tak jumpa destinasi dan patah balik ke office dalam 4 lebih!! Yehaaaaaa.....dapat ambik anak-anak awal!!
Sawbebe masih lagi demam panas!! lembik tak bermaya dan tak lalu makan sebab tekak sakit!!


Jumaat 28/2
Pagi ni raba badan dan dahi sawbebe, dah tak panas...tapi tekak dia masih sakit tak boleh nak makan...Ingatkan nak suruh bagi dia cuti lagi, tapi dia nak ke sekolah juga, sebab dia kata hari ni boleh ke library pinjam buku cerita!!!

Masak spaghetti bagi dia bawa ke sekolah...



Kalau sawsomi guna motor hantar ke sekolah, 7 pagi baru keluar rumah. Tapi ni guna kereta dan saya pula 1st time hantar dia ke sekolah, maka 6.45 dah keluar rumah...Nasib baik Ilyas bagi kerjasama tak menangis!!

pukul 8 pagi hantar pula Ilyas ke taska, dah sampai taska baru perasan beg ilyas tertinggal kat rumah...
Aduh!! kena patah balik rumah ambil beg ilyas, hantar ke taska then baru pi kerja!!

Sampai office 9:27 am(jam office cepat setengah jam)...Melampau! Melampau!!!

No comments:

Post a Comment