Wednesday, March 26, 2014

[6y10m] yeah yeah cuti sekolah

Sudah pasti,
saya yang lagi seronok daripada sawbebe!
tak payah masak bekal,
tak payah risau dia tertinggal bas sekolah,
tak payah ajar kerja sekolah,
tak payah hirau dia nak tengok karton channel sampai tunggang terbalik,
tak payah berbuih mulut suruh dia tidur awal...
waaaah...
heaven sungguh!!!


Isnin dan Selasa,
sawbebe kena pergi ke kelas agama dari 9-5.


Rabu-Jumaat
Short Vacation ke Penang.
atau lebih tepat ialah ikut sawsomi outstation,
dan kami anak-beranak stay kat hotel saja!!!


Sabtu-Ahad
Berehat-rehat di rumah saja kot sebelum buka sekolah :(

Wednesday, March 19, 2014

[第三胎怀孕日记] P.M.S

原来女人在怀孕期也会PMS的。。。
这几天我变的得有点不可思议的,
一点小事情,
[又好像没事]
然后和LG闹别扭,
我不理他,
他也不理我,
他不主动哄我。。。
没念在我在怀孕而来安慰我,
心里就觉得很委屈。。。

[week10-11] Bento yang tak serupa bento

pasal bento ni juga laaa,
saya privatekan blog ini...
hahahahahaha

walaupun tak sehebat bento orang lain,
tapi semua ni adalah kasih sayang me to sawbebe
[chewah]
[nak sedapkan hati diri sendiri]


 bento syiok sendiri untuk kenang-kenangan :


3/3/14 Monday


4/3/14 Tuesday


5/3/14 Wednesday


6/3/14 Thursday



7/3/14 Friday



10/3/14 Monday


11/3/14 Tuesday







12/3/14 Wednesday




13/3/14 Thursday



14/3/14 Friday



Tuesday, March 18, 2014

[6y9m] 钢琴的苦水

苏菲5岁开始学钢琴,在各方面进步很大。

我的确希望她长大后,钢琴能给她一条出路。后来一位朋友点醒了我。我在也没“为达目的,不择手段”。我放轻松了,对她的要求是要每天练习的就可以了。我希望她能“喜欢”钢琴,希望她将来长大后,每当想要安静、放松的时候,能弹弹钢琴。用琴声抚慰自己。

可是到她上了小学,她每次练琴成了家庭灾难。她开始无理取闹,我的怒火就往上飙。。。 然后,就爆发了。冲突很频繁,我心情恶劣,但我还是很坚持的要她练。。。

可是昨天的一场'讨价还价',让我非常的愤怒。基本上,一练完琴她就忘了刚才自己的'哇哇大哭'和我的怒骂,但是我厌恶自己泼妇的行为。。。。

当下我就决定放弃让苏菲练钢琴。虽然我会觉的很遗憾,可是我明白了要放开手,才是真真的‘为你好’!

当妈好难哦!

Friday, March 14, 2014

[6y9m] Lebam Di Dagu




sawbebe cakap,
kawan dia tolak dia dan dia terjatuh.



#PRAYFORMH370


 Dah seminggu (8 March 2014, Sabtu) MH370 hilang...
masih lagi berharap ada keajaiban yang berlaku supaya kesemua mereka yang berada di dalam pesawat dapat ditemui dan pulang dengan selamat...



Ada juga ikut sikit-sikit perkembangan pencarian MH370 di internet dan TV,
yang selebihnya ialah perbincangan dengan MiMi di office,
Rasanya kerajaan kita dan MAS dah lakukan yang terbaik dalam misi pencarian dan membantu ahli keluarga mangsa...
rasa simpati melihat abang MAS, abang Tommy Page, abang Hishamuddin dan lain-lain ditujukan soalan dungu oleh media...

semua agama under one roof




dalam ke-serius-an kerajaan kita dan kerajaan negara lain yang turut menghulurkan bantuan mencari MH370,
terdapat juga bomoh yang membuat aksi yang sungguh-sungguh dungu dan memalukan Islam di kalangan non muslim dan sekaligus di antarabangsa...haizzzzzz




saya juga kagum melihat anak-anak orang lain yang mengambil berat dengan kehilangan MH370,
melukis pesawat MH370...
mengarang karangan MH370...
tanya mak bapak tentang perkembangan MH370...
sawbebe?
cuma hari pertama kehilangan MH370,
dia tanya apa tu PESAWAT?
lepas tu,
dah tak ambil tau dah...
semalam saya sambil menonton astro AWANI, saya pun beritahu kat sawbebe,
kapal terbang tak jumpa lagi...
dalam hati saya,
saya berharap dia akan cakap something doa ke, simpati ke, menangis akibat sedih dengan kehilangan MH370...
mana tau dia cakap 'Kapal terbang dah hancur, jumpa orang saja'
Kejam betul!!!
saya tak berani nak tanya lebih-lebih lagi....
memang kita semua dah ada persediaan berdepan dengan situasi yang paling buruk,
tapi kita masih berharap ada keajaiban...



Hari ni mama dan sis akan bertolak ke Beijing dengan AA,
PoPi...PoPi mereka selamat pergi dan selamat pulang!!


Tuesday, March 11, 2014

[2y9m] Dibuli oleh Ilyas


Dia tidur petang tak puas,
then cari pasal tak menentu pasal,
nak milo panas,
dah buat milo panas,
dia melompat-lompat cakap milo panas,
dia nak milo sejuk,
dah bubuh ais batu dalam milo sejuk,
dia nak milo panas cicah biskut pula...
[nyaris-nyaris milo tu dituang atas kepala dia]

arghhhhhhh!!!
sekali mak dia jelma jadi singa betina,
barulah dia puas hati!!!

ingatkan dah dapat pengajaran,
mana tau,
lepas mandi mengadu sejuk tak nak pakai baju,
nak berkemban dengan tuala saja...

ADUH!!!
saya nyaris-nyaris hentam kepala sendiri ke dinding!!!

so,
akhirnya,
terpaksa keluarkan jaket ini yang hanya sesuai dipakai di negara 4 musim,
barulah mood dia betul-betul kembali betul!!

arghhhhhh!!!

sedang 'minum petang'




Monday, March 10, 2014

[6y9m] Pelajar Yang Bernama Mohd Shah

Ada seorang boy melayu kat kelas sawbebe,
Nama Mohd. Shah
memang nama ni selalu terkeluar dari mulut sawbebe...
Mohd. Shah macam ni,
Mohd. Shah macam tu...

Jumaat lepas,
sawbebe bagitau,
Mohd. Shah tendang perut sawbebe masa sawbebe sedang menyapu sapu...

Bagi kami,
sawbebe ni memang kuat main...
dan mungkin  Mohd. Shah ni terkasar...

Tapi,
sawbebe dengan tegasnya cakap,
dia tak main dengan Mohd. Shah ni...
Mohd. Shah ni tiba-tiba datang tendang perut dia,
dan dia menangis sebab terlalu sakit!

So,
pagi ni,
saya wakilkan sawsomi pi sekolah berjumpa dengan guru kelas sawbebe...
dan rupa-rupanya Mohd. Shah ni memang pelajar bermasalah yang memeningkan kepala para cikgu di sekolah!
Dah banyak kali cikgu call parent dia,
tapi parent buat dunno saja!

sawsomi bagi warning kat Mohd. Shah,
kalau dia buat lagi sawbebe,
sawsomi nak 'AJAR' dia!!
Nasib baik bukan saya yang pergi,
kalau tak, hari ni saya dah 'AJAR' dia sebab dia bukan saja 'belasah' sawbebe,
budak-budak lain dalam kelas,
tak kira lelaki ataupun perempuan,
semuannya dia 'belasah'!!



Saturday, March 8, 2014

[6y9m] bila sawsomi outstation...

Mulai March,
sawsomi dah start outstation ke Penang,
setiap minggu,
2 hari ada di sana...
so far ialah Khamis dan Jumaat...

so,
so,
saya kena ambil alih tugas hantar sawbebe ke sekolah lor!!







Friday, March 7, 2014

[第三胎怀孕日记] Berat Badan Naik & Minum Air Gula

last check up 23/1/2014 @ 21 week
Berat : 60KG


20/2/2014 @ 25 week [kot] pi check up
naik atas penimbang
64.5kg


macam mana tak naik...
CNY makan tak ingat dunia
plus selera makan sudah pulang
dah tak rasa nak muntah-muntah
so tunggu apa lagi...
makan balas dendam laaaa


masalahnya
misi tak boleh terima hakikat ini...
maka sebagai prihatin kepada ibu mengandung yang alami kes macam ni...
saya dikehendaki datang ke klinik kesihatan selang 2 hari untuk ambil tekanan darah

padan muka saya!!!




maka saya pun berusaha diet...
untuk dapat angka yang cun-cun bila naik atas penimbang...
hehehehehe






7/3/2014 @ 26 week [kot]
Kena minum air gula.

Tips : Jangan minum sikit-sikit. Sila minum sekaligus bagi habis air gula itu!!!

Pasal Catu Air

kecoh!
bukan sikit-sikit punya kecoh,
tapi banyak-banyak punyak kecoh...
kecoh simpan air!!





sepatutnya...sepatutnya...
kawasan tempat tinggal saya air tak ada 2 hari, then air mari 2 hari dan bla bla bla sampai akhir bulan ni...

tapi...tapi...
sehingga hari ni,
rumah saya sentiasa ada air!!

Sekian terima kasih!!!!

Saturday, March 1, 2014

[第三胎怀孕日记] 3D 4D Scan @ 25 Week

saya malas nak tulis dalam bahasa Cina,
tu yang semuanya 3rd pregnancy saya tak tulis...

ingatan saya susut dengan sangat hebat,
saya tulis mana-mana yang ingat...

saya buat appointment kat website entah apa nak buat 3D/4D scan kat klinik Fauziah.
Alasan sebab area ampang dan dekat dengan rumah saya...

so,
pada hari tu,
tiba-tiba SIL (U-G) pula datang rumah time kita orang nak pi buat scan...
so terpaksa tinggalkan tetamu kat DALAM rumah...

appointment saya 5:20pm -5:40pm
sampai klinik Fauziah 5:00pm...
memang ramai ibu ibu mengandung yang tunggu turn nak buat 3D/4D scan...
sawsomi tanya misi kat kaunter,
jumpa sonographer ikut time appointment ke?
misi tu bagitau TAK,
ikut first come fisrt serve,
apa lagi?
sawsomi pun naik angin dengan misi tu,
tanya misi tu so appointment tu untuk apa?
untuk syiok syiok?

[saya tau kenapa sawsomi gelisah, gelisah bukan sebab tak sabar-sabar nak lihat baby, tapi gelisah sebab kakak dia kena tunggu kat rumah...macamlah kami biarkan tetamu tunggu kat luar rumah...haizzz]

akhirnya,
laki bini dok lawan tarik muka kat klinik Fauziah!!!

tunggu
tunggu
tunggu
tunggu


6:30pm kot baru sampai giliran kami,
masuk jumpa sonographer Miss Jezzlyn...
sawsomi tengok dari jauh,
saya pun dah tak ada mood nak scan lagi bila tengok muka sawsomi...

tapi saya tetap nak puji miss Jezzlyn,
kita orang masuk saja,
dia cepat-cepat minta maaf sebab terpaksa tunggu lama...


kesimpulannya ialah,
sawsomi mempengaruhi emosi saya,

saya mempengaruhi emosi baby!

gambar 3D 4D yang dapat ialah muka baby yang serius dan tak puas hati!
[sonographer : muka baby u serius laaa]



















Jantina?
Memang tak tanya,
sebab nak SUPRISE!!!


Bayaran RM120

[Week 8 & 9] BENTO Waktu Rehat


20 February 2014  Thursday


21 February 2014 Friday
Ini Anak Punya

Ini Mak Punya...hahahahahaha



24 February 2014


lepas tu,
membento tergendala sebab Ilyas masuk wad!!!