Saturday, March 1, 2014

[第三胎怀孕日记] 3D 4D Scan @ 25 Week

saya malas nak tulis dalam bahasa Cina,
tu yang semuanya 3rd pregnancy saya tak tulis...

ingatan saya susut dengan sangat hebat,
saya tulis mana-mana yang ingat...

saya buat appointment kat website entah apa nak buat 3D/4D scan kat klinik Fauziah.
Alasan sebab area ampang dan dekat dengan rumah saya...

so,
pada hari tu,
tiba-tiba SIL (U-G) pula datang rumah time kita orang nak pi buat scan...
so terpaksa tinggalkan tetamu kat DALAM rumah...

appointment saya 5:20pm -5:40pm
sampai klinik Fauziah 5:00pm...
memang ramai ibu ibu mengandung yang tunggu turn nak buat 3D/4D scan...
sawsomi tanya misi kat kaunter,
jumpa sonographer ikut time appointment ke?
misi tu bagitau TAK,
ikut first come fisrt serve,
apa lagi?
sawsomi pun naik angin dengan misi tu,
tanya misi tu so appointment tu untuk apa?
untuk syiok syiok?

[saya tau kenapa sawsomi gelisah, gelisah bukan sebab tak sabar-sabar nak lihat baby, tapi gelisah sebab kakak dia kena tunggu kat rumah...macamlah kami biarkan tetamu tunggu kat luar rumah...haizzz]

akhirnya,
laki bini dok lawan tarik muka kat klinik Fauziah!!!

tunggu
tunggu
tunggu
tunggu


6:30pm kot baru sampai giliran kami,
masuk jumpa sonographer Miss Jezzlyn...
sawsomi tengok dari jauh,
saya pun dah tak ada mood nak scan lagi bila tengok muka sawsomi...

tapi saya tetap nak puji miss Jezzlyn,
kita orang masuk saja,
dia cepat-cepat minta maaf sebab terpaksa tunggu lama...


kesimpulannya ialah,
sawsomi mempengaruhi emosi saya,

saya mempengaruhi emosi baby!

gambar 3D 4D yang dapat ialah muka baby yang serius dan tak puas hati!
[sonographer : muka baby u serius laaa]



















Jantina?
Memang tak tanya,
sebab nak SUPRISE!!!


Bayaran RM120

No comments:

Post a Comment