Monday, March 10, 2014

[6y9m] Pelajar Yang Bernama Mohd Shah

Ada seorang boy melayu kat kelas sawbebe,
Nama Mohd. Shah
memang nama ni selalu terkeluar dari mulut sawbebe...
Mohd. Shah macam ni,
Mohd. Shah macam tu...

Jumaat lepas,
sawbebe bagitau,
Mohd. Shah tendang perut sawbebe masa sawbebe sedang menyapu sapu...

Bagi kami,
sawbebe ni memang kuat main...
dan mungkin  Mohd. Shah ni terkasar...

Tapi,
sawbebe dengan tegasnya cakap,
dia tak main dengan Mohd. Shah ni...
Mohd. Shah ni tiba-tiba datang tendang perut dia,
dan dia menangis sebab terlalu sakit!

So,
pagi ni,
saya wakilkan sawsomi pi sekolah berjumpa dengan guru kelas sawbebe...
dan rupa-rupanya Mohd. Shah ni memang pelajar bermasalah yang memeningkan kepala para cikgu di sekolah!
Dah banyak kali cikgu call parent dia,
tapi parent buat dunno saja!

sawsomi bagi warning kat Mohd. Shah,
kalau dia buat lagi sawbebe,
sawsomi nak 'AJAR' dia!!
Nasib baik bukan saya yang pergi,
kalau tak, hari ni saya dah 'AJAR' dia sebab dia bukan saja 'belasah' sawbebe,
budak-budak lain dalam kelas,
tak kira lelaki ataupun perempuan,
semuannya dia 'belasah'!!



No comments:

Post a Comment