Friday, March 14, 2014

#PRAYFORMH370


 Dah seminggu (8 March 2014, Sabtu) MH370 hilang...
masih lagi berharap ada keajaiban yang berlaku supaya kesemua mereka yang berada di dalam pesawat dapat ditemui dan pulang dengan selamat...



Ada juga ikut sikit-sikit perkembangan pencarian MH370 di internet dan TV,
yang selebihnya ialah perbincangan dengan MiMi di office,
Rasanya kerajaan kita dan MAS dah lakukan yang terbaik dalam misi pencarian dan membantu ahli keluarga mangsa...
rasa simpati melihat abang MAS, abang Tommy Page, abang Hishamuddin dan lain-lain ditujukan soalan dungu oleh media...

semua agama under one roof




dalam ke-serius-an kerajaan kita dan kerajaan negara lain yang turut menghulurkan bantuan mencari MH370,
terdapat juga bomoh yang membuat aksi yang sungguh-sungguh dungu dan memalukan Islam di kalangan non muslim dan sekaligus di antarabangsa...haizzzzzz




saya juga kagum melihat anak-anak orang lain yang mengambil berat dengan kehilangan MH370,
melukis pesawat MH370...
mengarang karangan MH370...
tanya mak bapak tentang perkembangan MH370...
sawbebe?
cuma hari pertama kehilangan MH370,
dia tanya apa tu PESAWAT?
lepas tu,
dah tak ambil tau dah...
semalam saya sambil menonton astro AWANI, saya pun beritahu kat sawbebe,
kapal terbang tak jumpa lagi...
dalam hati saya,
saya berharap dia akan cakap something doa ke, simpati ke, menangis akibat sedih dengan kehilangan MH370...
mana tau dia cakap 'Kapal terbang dah hancur, jumpa orang saja'
Kejam betul!!!
saya tak berani nak tanya lebih-lebih lagi....
memang kita semua dah ada persediaan berdepan dengan situasi yang paling buruk,
tapi kita masih berharap ada keajaiban...



Hari ni mama dan sis akan bertolak ke Beijing dengan AA,
PoPi...PoPi mereka selamat pergi dan selamat pulang!!


No comments:

Post a Comment