Friday, May 30, 2014

dateline dan deadline

kenapa kena ada dateline dan deadline?

Penat tau!!
Penat dok kejar dateline dan deadline dalam semua urusan....

Tuesday, May 27, 2014

Thank You 阿嫂



Setiap tahun,
阿嫂 (ah sou), cleaner office akan bagi bak chang / glutinous rice dumpling vegetarian kepada saya dan juga officemate...
Tapi selalunya saya yang dapat paling banyak..
kakakakaka
mungkin dia pun tau susah mau cari yang halal...
so,
dapatlah saya makan untuk lepaskan 'dendam' terhadap bak chang!!


Yang ini adalah Kee-Chang atau Alkaline Dumpling. Sangat sesuai dimakan sirap gula melaka. Tapi saya tak tahu nak buat sirap gula melaka, maka saya buat kaya pandan...sedap juga!!!


Demi kee-chang, semalam saya gigih kacau kaya pandan...buat eksperimen kaya pandan versi large...Fuhhh...nasib baik jadi!!


Resepi Kaya Pandan SawSawlady Versi Large
[Untuk Rujukan Diri Sendiri Di Masa Depan]

Bahan-bahan :
Telur 3 Biji
Santan 225 ml
Jus daun pandan 175ml
Gula 20 sudu makan


Monday, May 26, 2014

Resepi Mango Sago (Sagu Mangga)

Terbeli mangga yang masam macam neraka...
luaran yang kuning-kuning keemasan yang begitu mengoda,
isinya bukan sikit-sikit punya masam...
tapi  memang masam kaw kaw punya...

nak buang sayang...
Tinnnnnnng [dapat idea...sel-sel otak sedang berhubung]
buat Mango Sago ataupun dalam bahasa cina ialah 芒果西米露 dan nama bahasa melayunya ialah Sagu Mangga...


Resepi 芒果西米露 di SINI (dalam bahasa Cina)
Resepi Mango Sago di SINI (dalam bahasa English)
Resepi Sagu Mangga di SINI (dalam bahasa Melayu)

saya ubah resepi sikit-sikit

Bahan2 :
200 gm biji sagu ( kecil ) [saya bubuh 50g]
2 biji mangga saiz sederhana
1 cwn susu cair [tak bubuh]
3/4 cwn susu pekat [tak bubuh]
1/2 biji mangga untuk hiasan [saya gantikan dengan bebola tepung pulut / glutinous rice ball]
[santan 100-200 ml]

Cara penyediaan :
1. Cuci biji sagu dan toskan.
2. Didihkan air yang mencukupi di dalam periuk, kemudian masak biji sagu sehingga jernih.
3. Sejat biji sagu dan lalukan di bawah air paip utk membuang kanji. Toskan..
4. Blend kan isi mangga, susu sejat dan susu pekat.
5. Campurkan biji sagu dan bahan yg dikisar, gaul rata dan isikan ke dalam bekas.
6. Hias dengan isi mangga yang didadu m dan sejukkan sebelum dimakan


saya is mengidam tang yuan...nak buat sendiri malas...

....so beli ready made punya...dalam kebetulan isi mango...tapi...tapi...tapi...tak menepati citarasa tekak saya...rasanya esok lusa saya nak 'so ee' laaa

saya sangat suka makan sagu!!!


* Disebabkan mangga yang masam, maka manisan ini tidak dilayak digelar manisan...Ia adalah Masam-san!!! Tapi satu periuk licin dikerjakan saya dan sawsomi!!!

Friday, May 23, 2014

[7y] Bila cinta tak dihargai

13 May 2014 @ Exam Week

Dalam kesuntukan tak cukup masa nak ulangkaji buku,
sawbebe masih lagi sempat nak lukis surat cinta kepada 'boy friend'
[Dia cakap ada 5 orang boy yang suka pada dia]

Sawbebe cakap, the next day dia nak hadiahkan kepada boy yang bernama 'Hermi Jay'.
Saya ada nasihat dia,
jangan buat macam tu,
nanti mak Hermi Jay terkejut...
[terkejut melihat gadis zaman sekarang yang begitu berani dan ganas!!!Sebenarnya saya nak beritahu dia, kita perempuan, kita kena ada rasa malu...biarlah lelaki yang mula dulu dalam perkara-perkara macam ni]















keesokan hari,
balik dari kerja, saya nampak  lukisan cinta ni berada di meja, dengan kehairanan saya pun tanya sawbebe, tak hadiah ke kepada boy tu?
dengan nada yang sedih, sawbebe beritahu boy tu tak terima cintanya!
so, saya pun berpura-pura pujuk dia,
biarlah orang yang tak tau menghargai kita!!
berikan tumpuan pada pelajaran...jangan fikirkan pasal boy friend lagi!!


Fuh...lega hati saya!!!

Thursday, May 22, 2014

[第三胎怀孕日记]meng-advance-kan kerja sebelum bersalin @ week 37

Ahbang boss dah mula resah,
dah 2-3 kali tanya bila saya akan start cuti?!
errr...
saya hanya dapat beri jawapan : 'Kalau hari ni saya pi beranak, esok saya start cuti.'
jawapan yang sangat gengster!!


@ Week 37 ni,
start advance kolum yang boleh advance seperti lirik (siap advance), psiko(siap advance) dan cosplay (baru advance 2 isu)!!!
harap-harap sempat meng-advance-kan kerja!!!

Sunday, May 18, 2014

[7y] 苏菲七岁生日

今天是你七岁的生日,先祝你生日快乐!(也祝自己'母亲节'快乐!)


你期盼已久的生日在你倒计时来到了!你对这天是如此地憧憬,如此地喜悦,如此地欢快。原因只有一个,那就是妈咪答应过你等你7岁你就可以打耳洞。你要穿耳环。。。我家姑娘长大了,开始要扮美美。。。( * 19/5/2014 : 打耳洞先hold住, 因为LG用motor载去学校要带穿helmet,怕会弄到耳朵。)


女儿,有时候daddy和妈咪对你凶了一点,没有对你讲道理,也许在不经意间伤害了你小小的心灵,这都是daddy和妈咪爱你的表现!你能理解吗?以后再遇到什么问题,我们用讲道理的方式解决,我们一起改变,好吗?


daddy和妈咪爱你,daddy和妈咪也爱弟弟。不否认弟弟的确是个小顽皮,常常'欺负'你。每次daddy和妈咪 又会用着句话来压你:'你是姐姐,你大,你要让弟弟'。妈咪这样护着弟弟,让你感到委屈,也让你觉的妈咪爱弟弟不爱你。daddy和妈咪很抱歉,daddy和妈咪以后尽量对你们公平些。


你一直都是一个优秀、聪明的女孩,尽管你现在的学习成绩不是特别好,不要紧!!daddy和妈咪要的是你尽力而为,不容易放弃,而不是还没开始做就讲'不会'。


你有一些不好的学习习惯也要改掉哦,比如说,放学后只想到玩,看电视,不想主动做功课,还有啊,不管是干什么事,你总是会在那里慢条斯理、不慌不忙、根本无法理解时间的紧迫性。即使家daddy和妈咪讲了一大堆道理,你依然我行我素,这简直让daddy和妈咪伤透了脑筋。你要改掉做事慢吞吞的坏毛病哦,女儿,你有信心做到吗?


最后,daddy和妈咪希望你每一天都是平平安安,开开心心,幸福围绕着你。daddy和妈咪和弟弟都爱你!!! (其实弟弟是爱你的,每次你睡了弟弟都会去sayang 亲亲你的脸)














Friday, May 16, 2014

[第三胎怀孕日记] Twin?


Jiran : Besarnya perut u. Twin ke?
Saya : Tak ada lah....Kembar EMPAT!!!






#36week

Wednesday, May 14, 2014

[6y11m] 补课。考试周

补课

10 May 2014
星期六

补马来新年。还有一天要补,在 21 June 2014.
所以 Hari Raya 就有一个星期学校假期!
希望我也不要这么快生,
So,
马来新年还在产假期间!!!






考试周
12 May 2014 - 15 May 2014



刚开学时有去书局买參考书。原本以为要每天在家复习,但是我这个妈咪太懒了,每次教完学校的功课就好像打完一场战,没有精力再做复习了。能做完老师给的功课都偷笑了。



这些參考书,在这个时候终于可以派上场,可以拿来复习准备考试。因为參考书跟著学校課本科目一页页出题目!

但是,临时抱佛脚,真的好累!




Saturday, May 10, 2014

[resepi] Nasi Keladi. Yam Rice. 芋头饭

Ini adalah kekuatan puasa ganti!





Nasi Keladi / Yam Rice Versi SawSawlady
(untuk 2-3 orang)

Bahan-bahan
Sumber Asal  : Eileen Lee

Bahan-bahan:
Beras 300g (basuh dan toskan)
Udang Kering 20g (rendam)
Keladi 150g (potong dadu)
Ayam/daging 100g (saya bubuh ayam)
Air 400ml
Bawang Putih 1 sudu besar
Bawang merah 2 sudu besar
Cendawan (saya tambah cendawan)

Seasonings:
Minyak bijian
Kicap hitam
Kicap cair
garam
perisa

Cara-cara:
1.  Panaskan kuali, masukkan minyak, masak ayam sehingga masak, masukkan 1 sudu minyak bijan.
2.  Tumis bawang putih dan bawang merah.
3.  Masukkan udang kering, keladi dan cendawan.
4.  Masukkan beras
5.  Masukkan Seasonings.
6.  Masukkan air. Masak sekejap dan kemudian tuangkan ke dalam rice cooker untuk dimasak.

Goreng beras.

Masukkan air dan didih sekejap kemudian tuang ke dalam rice cooker untuk dimasak.



#Juadah Berbuka Puasa Yang Simple

Friday, May 9, 2014

[第三胎怀孕日记] Countdown 30 Days

9 May 2014 @ 35 week

Mulai hari ni,
mula countdown 30 hari,
sebab EDD 9 June 2014.....
[Birthday Ilyas 8 June...harap-harap dapat bersalin pada 8 June....AMIN]
selepas 30 hari dah boleh jumpa dengan 'SawBB'


Jantina 'SawBB'?


kali ni....SURPRISE tak nak tau jantina!!
ini semua idea ami aziz!
Betul juga cakap dia,
kalau dah tau jantina,
selama 40 minggu ni pasti 'membosankan'

so,
sekarang tak tahu,
bila orang tanya,
kami cakap tak scan,
orang akan rasa pelik ingat tak scan perut langsung....

sebenarnya,
dah banyak kali scan perut,
3D 4D scan pun dah buat,
cuma tak tanya doktor saja apa jantina 'SawBB'!!!

kalau tanya saya nak bb apa,
saya harap dapat bb girl laaaa...
nanti sawbebe ada kawan nak shopping, mengumpat pasal kakak ipar or mak mertua masing-masing, gosip pasal bini Ilyas...kui kui kui

sawsomi?
dia cakap dia tak kisah!!!
Janji sihat dan cukup sifat!!!!!!





Persediaan?

Lepas bersalin Ilyas,
semua baju mengandung, barang bb dah kasi orang,
konon-konon dah nak stop buat orang laaaa...

mana tau,
bila tengok bb orang lain,
laki bini naik geram,
terus ON balik projek buat orang!
yang tak sangkanya,
begitu cepat pula tuhan bagi rezeki...
sampai kelam kabut kami berdua!!!

kesimpulannya,
start dari kosong...
baju pregnant tak ada,
pakai apa yang ada...
semua barang bb tak ada,
kena beli apa yang patut...

disebabkan tak tau jantina,
maka baju dan barang 'SawBB' adalah warna unisex dan putih saja...

yang tengah sidai ni adalah baju bundle...0-3 bulan...murah-murah belaka dan condition masih bagus...yang lampin-lampin tu saki baki yang dulu Ilyas pakai...


beli 2 helai baju baru kot kot nak keluar jalan-jalan...barut perut pun terpaksa beli yang baru sebab lama punya sudah kasi orang...


buat muka tebal minta CD dengan Nurbaya...semuannya masih cantik-cantik belaka...rezeki bb...


yang ni pula adik ami aziz, ayin bagi...tak payah beli...rezeki lagi...


shopping sikit-sikit barangan keperluan bb dan saya untuk digunakan dalam pantang di Aeon seperti ... [tiba-tiba tak ingat apa yang dishoppingkan] kecuali baju...


beli bb cot kat mudah dengan harga RM150





Benda Yang Tak Buat Lagi?

Sediakan beg ke hospital
Beli herbs yang saya nak diminum dan makan masa pantang



Check Up?

Mulai minggu depan,
kandungan dah masuk 36 week,
tiap-tiap minggu kena pergi check up kat klinik kesihatan!!

ini semalam punya check up...
misi panggil tak ikut giliran...
grrrrrrrr...
menahan kegeraman...
sabar...sabar...sabar...


Dah tulis panjang lebar...
Semoga semuannya selamat dan dipermudahkan.

*duit RM50 cicir*

Pagi ni,
baru perasan duit RM50 cicir!!

RM50 lor!
boleh makan banyak hari lor!!!

Terduduk kat hujung katil,
tubuh badan jadi kaku,
otak jadi blur!!!

Balasan!!
Memang dah niat nak sedekah RM50 kat kawan Zel, mangsa kebakaran kat Kuching,
tapi tak sempat lakukan...


Padan Muka kat diri sendiri!!! 


* Updated :Jumpa dalam tabung. Ilyas masukkan ke dalam tabung!

Wednesday, May 7, 2014

[resepi] Bubur Cha Cha Yang Simple

 5/5/2014 @Monday

 kalau nampak banyak entry tentang masakan,
tak payah rasa terkejut,
ini bermakna saya tengah puasa ganti...
hanya bila saya berpuasa,
baru saya ada kekuatan untuk memasak...



Bubur Cha Cha Versi SawSawlady

bahan-bahan:
3 jenis ubi- keledek ungu, keledek putih (sepatutnya keledek oren), dan keladi
Santan (paket kecil)
Biji Sagu
air yang secukupnya
gula batu
gula pasir
sedikit garam
2 helai daun pandan

steam dulu ubi-ubi

Kemudian, masak sagu sehingga masak...masukkan daun pandan...masukkan ubi...masukkan gula batu...masukkan gula pasir...masukkan santan (dah didih tutup api, jangan didih lama-lama)...masukkan sedikit garam...SIAP

kuah dia terlalu ungu sebab keledek ungu terlalu banyak...hehehehehe



patut diberi nama Bubur Purple


#Juadah Berbuka Puasa Yang Simple 
#摩摩喳喳

[2y10m] Demam Tengah Malam


budak yang suka kiss orang ni,
semalam tengah malam,
tiba-tiba demam panas....
semalamam dia tak boleh tidur,
dan saya pun tak dapat tidur... 
harap-harap just demam manja-manja...
demam nak tukar bulan saja...


Tuesday, May 6, 2014

12 tahun


Tak sangka,
sawsomi masih ingat....
saya?
tak ingat apa-apa pun...

[resepi] KAYA 咖椰


 

saya suka kumpul resepi kaya,
sini copy,
sana copy,
copy sampai tak tau dari mana saya copy...
[habislah...mana tau disaman curi resepi orang]

Jumaat yang lepas,
saya buat eksperimen lagi...

kali ni cuba buat kaya gula hangus,
[eh? ada kaya macam ni?]
dan kaedah double boil...


Resepi untuk rujukan saya di masa depan...
Tidak disarankan untuk ikut resepi ini kerana bahan dan caranya kurang tepat...


Bahan :
* 3 biji telur [ saya guna ayam kampung yang kecil]
* 200 santan pekat
* 150 g gula
[Gaulkan gula dan santan sehingga sebati, kemudian masukkan telur, kemudian tapis]


50 g gula untuk buat gula hangus
[masak gula sehingga jadi warna emas-keemasan]
*Peringatan : Jangan masak gula hangus sampai hangus


2 helai daun pandan





guna ayam kampung yang bapa mertua bagi
[sawsomi singgah semalam kat rumah bapa dia time oy\tw balik dari outstation]






lampu dapur saya terbakar, maka gula saya dah jadi gula hangus!!





masukkan bancuhan *  ke dalam gula hangus


Gunakan kaedah double buih dan masak sehingga kaya jadi pekat.
boleh keluarkan daun pandan bila daun dah layu...


siap







Tak laku!! 
maybe ada bau hangus kot...
or maybe pembakar roti sudah rosak...


Kesimpulannya,
next time buat saja Kaya Pandan...