Friday, May 23, 2014

[7y] Bila cinta tak dihargai

13 May 2014 @ Exam Week

Dalam kesuntukan tak cukup masa nak ulangkaji buku,
sawbebe masih lagi sempat nak lukis surat cinta kepada 'boy friend'
[Dia cakap ada 5 orang boy yang suka pada dia]

Sawbebe cakap, the next day dia nak hadiahkan kepada boy yang bernama 'Hermi Jay'.
Saya ada nasihat dia,
jangan buat macam tu,
nanti mak Hermi Jay terkejut...
[terkejut melihat gadis zaman sekarang yang begitu berani dan ganas!!!Sebenarnya saya nak beritahu dia, kita perempuan, kita kena ada rasa malu...biarlah lelaki yang mula dulu dalam perkara-perkara macam ni]















keesokan hari,
balik dari kerja, saya nampak  lukisan cinta ni berada di meja, dengan kehairanan saya pun tanya sawbebe, tak hadiah ke kepada boy tu?
dengan nada yang sedih, sawbebe beritahu boy tu tak terima cintanya!
so, saya pun berpura-pura pujuk dia,
biarlah orang yang tak tau menghargai kita!!
berikan tumpuan pada pelajaran...jangan fikirkan pasal boy friend lagi!!


Fuh...lega hati saya!!!

1 comment: