Sunday, August 31, 2014

Tugu Negara

16 August 2014
Saturday


Buku teks Bahasa Malaysia sawbebe ada picture Tugu Negara.
dan Ilyas adalah sangat kagum dengan gambar tu sehingga tak habis-habis tanya pasal Tugu Negara!

Memandangkan terlalu senang,
kami pun angkut kanak-kanak pergi tengok Tugu Negara!


















Hana pun sangat baik dan OK bila bawa jalan-jalan!!!!
Lain kali boleh bawa lagi








Selamat Hari Merdeka


Saturday, August 30, 2014

Apa itu Penyakit Hirschsprung (Hirschsprung's Disease)?








PENGENALAN DAN DEFINISI
Penyakit Hirschsprung juga dikenali sebagai Aganglionic megacolon kongenital, yang merupakan penyebab utama penyumbatan usus pada bayi.


Imej X-ray pesakit Hirschsprung
Penyakit Hirshsprung adalah penyumbatan yang berlaku pada usus besar yang terjadi disebabkan pergerakkan usus besar yang terhad kerana sebahagian daripada usus besar tersebut tidak memiliki system saraf seperti pleksus Auerbac dan pleksus Meissner yang mengendalikan pergerakan ototnya. Ketiadaan sel-sel saraf tersebut mengakibatkan gangguan pada pergerakkan peristaltik sehingga terjadi penyumbatan dan seterusnya menyebabkan pembesaran serta pengembungan yang berlebihan pada usus yang lebih proksimal.

SEJARAH
Penyakit Hirscsprung telah disebutkan untuk pertama kalinya oleh Ruysch pada tahun 1691. Namun begitu, seorang doktor yang berasal dari Denmark bernama Harald Hirschsprung telah dianggap berjasa dalam melaporkan secara jelas gambaran penyakit ini dan selanjutnya menggunakan namanya, sejak laporannya pada Society of Paediatrics di Berlin pada tahun 1886. Harald Hirschsprung menjelaskan dua kes kematian pesakitnya yang masing-masing berusia 8 dan 11 bulan yang menderita akibat pengembangan usus yang sangat besar serta disertai jangkitan radang (enterocolitis). Hirschsprung mempostulasikan bahwa penyakit tersebut merupakan penyakit congenital yang terdapat pada pesakit sejak lahir lagi dan mempengaruhi keseluruhan usus. Robertson pula menyatakan bahawa penyakit megacolon kongenital yang dimaksudkan oleh tersebut adalah diakibatkan oleh gangguan peristaltik usus kerana kukurangan ganglion pada tahun 1938. Pelbagai teori telah terbit untuk menjelaskan penyakit tersebut termasuk bahawa hal ini disebabkan oleh bawaan kelahiran (kongenital) pada usus yang mengembang, penyumbatan usus distal yang menyebabkan pengembangan dan pengembungan di bahagian usus proksimal, jangkitan, dan ketidak seimbangan sistem saraf. Swenson mengajukan suatu hubungan antara aganglionosis pada usus dan kegagalan relaksasi usus, dan memperhatikan fakta bahawa bahagian usus distal merupakan tempat terjadinya penyumbatan dan pengembungan. Swenson dan Bill menjelaskan mengenai teknik mereka untuk membuang rectum dan rectosigmoid pada tahun 1948. Swenson dan Neuhauser pula menjelaskan kepentingan penggunaan barium enema dalam mengukuhkan diagnosis. Duhamel memodifikasi prosedur tadi untuk menghindari pembedahan pada bahagian hadapan (anterior). Prosedur Duhamel selanjutnya dimodifikasi oleh Martin untuk menghilangkan masalah terbentuknya fecaloma yang menyebabkan sumbatan pada segmen rektum yang tersumbat. Soave menjelaskan mengenai endorectal pull-through (penarikan endorektal secara langsung) tanpa anastomosis pada tahun 1964. Boley pula mengajukan prosedur yang sama namun dengan suatu anastomosis coloanal primer juga pada tahun 1964.

TABURAN
Penyakit Hirschsprung kebiasaannya terjadi pada nisbah 1 dari setiap 5000 bayi yang lahir. Pendapat dan sumber lain pula mengatakan bahwa penyakit ini terjadi pada nisbah 1 dari 1500 hingga 7000 bayi yang baru lahir. Penyakit ini adalah 5 kali lebih senang terjadi pada bayi lelaki dan kadang-kadang terjadi bersama penyakit kongenital lain seperti Down Sindrome.

ETIOLOGI
Ketiadaan sel-sel ganglion pada lapisan submukosa (Meissner) dan pleksus myenteric (Auerbach) pada usus bahagian distal merupakan tanda patognomonis untuk penyakit Hirschsprung. Okamoto dan Ueda mempostulasikan bahawa hal ini adalah disebabkan oleh kegagalan pemindahan sel-sel neural crest vagal servikal dari esofagus ke anus dari minggu ke 5 - 12 kehamilan. Teori terbaru mengajukan bahawa neuroblasts mungkin wujud namun gagal untuk berkembang menjadi ganglia dewasa yang berfungsi disebabkan mereka mengalami gangguan sewaktu bermigrasi.

GEJALA DAN TANDA
Gejala dan tanda bagi penyakit Hirschsprung adalah bermacam-macam berdasarkan keparahan dari kondisinya. Kadang-kadang,gejala dan tanda ini muncul segera setelah bayi lahir. Pada saat yang lain, mereka mungkin saja tidak kelihatan sehingga bayi membesar dan menjadi remaja ataupun dewasa.
Gejala dan tanda yang ditemui pada bayi yang baru lahir adalah:
Dalam jangka waktu 24-48 jam, bayi tidak dapat mengeluarkan Meconium ( najis pertama bayi yang berbentuk seperti pasir berwarna hijau kehitaman). Selain daripada itu, mereka akan mengeluarkan muntah yang berwarna hijau iaitu cecair hempedu dan juga mengalami masalah pembesaran perut (perut menjadi buncit).
Gejala dan tanda yang ditemui pada masa pertumbuhan ( usia 1-3 tahun ) adalah:
Tidak dapat meningkatkan berat badan
Konstipasi (sembelit)
Pembesaran perut (perut menjadi buncit)
Cirit-birit (diarrhoea)
Demam dan kelelahan adalah tanda-tanda yang merujuk kepada radang usus kecil dan dianggap sebagai keadaan yang serius dan dapat mengancam nyawa.
Gejala dan tanda yang terdapat pada anak yang berusia 3 tahun ke atas adalah:
Konstipasi (sembelit)
Kotoran berbentuk pita
Najis berbau busuk dan disertai demam
Pembesaran perut (perut menjadi buncit)
Pergerakan usus yang dapat dilihat oleh mata kasar seperti gelombang
Menunjukkan gejala kekurangan gizi (failure to thrive) dan kandungan sel darah merah yang rendah

PATOLOGI DAN PATOFISIOLOGI
Neuropatofisiologi bagi penyakit Hirschsprung adalah rumit dan belum sepenuhnya dapat difahami. Usus normal menerima sistem persarafan secara intrinsik dari sistem persarafan parasympathetic (cholinergic) dan sympathetic (adrenergic). Serabut saraf cholinergic menyebabkan rangsangan pada usus (kontrasi) dan menghalang sphincter ani, sedangkan serabut-serabut adrenergic menghalang usus (relaksasi) dan mengaktifkan sphincter. Sebagai tambahan, terdapat satu lagi sistem saraf intrinsik enterik yang luas di dalam dinding usus sendiri yang tersusun dikenali sebagai ‘serabut saraf penghalang, non-adrenergic non-cholinergic (NANC)' yang berfungsi dalam pengaturan sekresi intestinal, pergerakan usus serta pertahanan mukosa. Sel-sel ganglion mengkoordinasikan aktiviti otot usus dengan mengimbangkan isyarat yang diterima dari serabut saraf adrenergic dan cholinergic, dan dari serabut penghalang intrinsik (enterik) NANC. Pada Hirschsprung's disease, sel-sel ini tidak dijumpai sehingga koordinasi kontraksi dan relaksasi pada usus tidak terjadi. Ketiadaan serabut saraf penghalang NANC dari sistem saraf enterik dan transmitter neuropeptidanya menyebabkan spasme pada usus.. Peptida Vasoaktif intestinal (VIP) adalah relaksan utama pada sphincter ani internus; VIP-mengandungi serabut-serabut saraf yang tidak terdapat pada usus aganglionik pesakit Hirschsprung. Nitric oxide (NO) adalah suatu neurotransmitter dalam saraf penghalang NANC, menyebabkan relaksasi pada usus. Penghasilan NO secara normalnya terdapat pada plexus enterik dalam usus. Kekurangan NO- dan serabut saraf yang mengandungi VIP pada usus aganglionik pesakit Hirschsprung mungkin merupakan faktor utama dalam patofisiologi penyakit ini.

DIAGNOSIS
Diagnosis bagi penyakit Hirschsprung dapat dilaksanakan berdasarkan gejala dan tanda serta melalui pemeriksaan fizikal. Bayi yang tidak dapat mengeluarkan meconium dalam jangka waktu 24-48 jam adalah berisiko menghidapi penyakit ini. Hal ini adalah kerana 99% daripada bayi yang normal akan mengeluarkan meconium dalam jangka waktu 24-48 jam. Selain daripada itu, diagnosis bagi penyakit ini juga dapat dilaksanakan melalui tisu biopsi pada bahagian yang dicurigai dan dinilai secara patologis anatomis seperti rectum. Suatu biopsi aspirasi atau biopsi rektal full-thickness menunjukkan ketiadaan sel-sel ganglion pada lapisan submucosa dan/atau pleksus myentericus pada dinding rektal mengukuhkan lagi diagnosis penyakit Hirschsprung. Pembesaran serabut saraf dalam dinding usus juga akan dapat ditemui. Diagnosis bagi penyakit ini juga dapat dilakukan dengan bantuan barium enema atau anorectal manometry melalui kaedah radiografi yang dilaksanakan menerusi sinar-X (X-Ray). Pemeriksaan awal yang penting pada bayi adalah penggunaan barium enema pada rectum dan usus yang masih belum mendapatkan pengubahsuaian (modifikasi). Pada umumnya, bahagian rektum yang sempit sehingga bahagian rektum yang normal yang menuju ke usus proksimal yang mengembang akan dapat dilihat. Penggunaan barium enema sangat bermanfaat untuk diagnosis pada bayi dan anak-anak. Namun begitu, tingkat ketepatannya hanya 80% pada bayi. Barium yang tersekat dan terkumpul dalam usus bayi pada suatu radiografi sepanjang tempoh 24-jam akan mengesahkan diagnosis.

RAWATAN DAN PERUBATAN
Seperti penyakit congenital yang lain, pesakit yang menghidap penyakit Hirschsprung ini amat memerlukan diagnosis klinikal dan intervensi terapi secepat mungkin untuk mendapatkan hasil terapi yang bagus dan berkesan.
Preoperatif (sebelum pembedahan)
Diet
Pada jangka masa preoperatif, bayi dengan penyakit Hirschsprung ini menderita masalah kekurangan gizi yang disebabkan oleh penyumbatan pada usus besar yang menghalang proses penyerapan nutrisi. Sebahagian besar daripada mereka memerlukan resulsitasi cairan dan nutrisi secara parenteral.Kaedah parenteral ini dapat dilakukan dengan menyuntik bayi menggunakan picagari (syringe) bertujuan untuk meyalurkan resulsitasi cairan dan juga nutrisi kepada bayi tersebut. Meskipun demikian, bayi yang telah didiagnosiskan melalui suction rectal biopsy boleh diberikan larutan rehidrasi oral.
Terapi farmakologik
Terapi farmakologik pada bayi dan anak-anak yang menghidap penyakit ini adalah dimaksudkan untuk mempersiapkan usus atau untuk terapi bagi merawat komplikasinya yang terbit pada masa akan datang. Cara mempersiapkan usus adalah dengan dekompresi rectum dan kolon melalui serangkaian pemeriksaan dan pemasangan irigasi tuba rectal dalam tempoh 24-48 jam sebelum pembedahan. Antibiotik secara oral dan intravena diberikan dalam beberapa jam sebelum pembedahan.
Operatif (pembedahan)
Hal ini adalah bergantung kepada jenis segmen yang terlibat. Sekiranya segmen yang terlibat adalah berbentuk short dan long, maka kolostomi dapat dilakukan terlebih dahulu dan beberapa bulan kemudian baru dilakukan operasi definitif dengan kaedah Pull Though Soave, Duhamel mahupun Swenson. Kolostomi adalah pembuatan lubang pada dinding perut yang disambungkan terus ke hujung usus besar.
Postoperatif (selepas pembedahan)
Pada awal jangka masa postoperatif sesudah PERPT (Primary Endorectal pull-through), pemberian makanan peroral dimulakan segera untuk membantu penyesuaian (adaptasi ) usus dan penyembuhan anastomosis. Pemberian makanan rata-rata dimulai pada hari kedua setelah operasi dijalankan dan pemberian nutrisi enteral secara penuh dimulakan pada pertengahan hari ke empat pada pesakit yang sering muntah pada pemberian makanan.

KOMPLIKASI
Secara garis besarnya, komplikasi pasca tindakan bedah penyakit Hischsprung dapat dikategorikan kepada kebocoran anastomose, stenosis, enterocolitis dan gangguan fungsi sphincter.
Kebocoran anastomose
Kebocoran anastomose pasca operasi dapat disebabkan oleh ketegangan yang berlebihan pada garis anastomose, vaskularisasi yang tidak mencukupi pada kedua tepi sayatan hujung usus, jangkitan dan abses sekitar anastomose serta trauma colok dubur atau businasi pasca operasi yang dikerjakan terlalu gopoh dan tidak berhati-hati. Antara manifestasi yang terjadi akibat kebocoran anastomose ini adalah bermula dari abses rongga pelvic( punggung ), abses intra-abdominal, peritonitis, sepsis dan kematian.
Stenosis
Stenosis yang terjadi pasca tindakan operasi pula dapat disebabkan oleh gangguan penyembuhan luka di kawasan anastomose, serta prosedur bedah yang dipergunakan. Stenosis sirkuler biasanya disebabkan komplikasi prosedur Swenson atau Rehbein, manakala stenosis posterior yang berbentuk bujur pula adalah kesan akibat daripada prosedur Duhamel. Stenosis memanjang biasanya disebabkan oleh prosedur Soave. Manifestasi yang terjadi dapat berupa distensi abdomen, enterokolitis hingga fistula perianal.
Enterokolitis
Enterokolitis merupakan komplikasi yang paling berbahaya, dan dapat mengakibatkan kematian.

sumber : halaqah.net

Friday, August 29, 2014

[June 2014] Hana Di NICU Hospital Ampang (Part 3)

9 June 2014
Monday

Hari ni dah masuk hari yang ke4 Hana di NICU.
I dan sawsomi masih ada peluang untuk bawa Hana balik rumah kan?
Kan?
Kan?

Tengahari saya dah sawsomi pergi ke hospital.
Terkejut kami melihat Hana.
Condition Hana tak jadi baik,
sebaliknya menjadi lebih teruk.












Hana masih lagi NBM (puasa).
Hari ni scan jantung...ada 2 lubang kecil.
Pakar pembedahan orang dewasa bahagian usus doktor Shauqi ambil alih kes Hana sebab pediatric tak ada doktor pakar bahagian usus.
[akhirnya kami jumpa doktor yang bila kami tanya apa masalah Hana dan dia boleh jelaskan kepada kami]
Doktor Shauqi refer kes Hana kepada doktor pakar HKL,
melalui simpton-simpton yang ada pada Hana
mereka syak maybe usus Hana tersumbat...
dan itu adalah penyakit Hirschsprung's Disease.

HAH?
APA BENDA TU?
Nak sebut pun i tak tau,
Nak eja pun i tak tau,
i suruh doktor tu tulis kat kertas...

HIRSCHSPRUNG's DISEASE

Tak pernah dengar pun.
Apa yang main di kepala otak kami ialah
'ini penyakit bahaya ke? Hana boleh selamat ke?'

Doktor Shauqi beritahu kami, 
Hana akan transfer ke HKL.
Tapi malangnya HKL penuh.
Maka doktor Shauqi terpaksa tanya HUKM dan PPUM.
Tapi malangnya sana pun penuh.
So,Hana terpaksa stay kat Hospital Ampang sementara tunggu transfer ke HKL...

Bila boleh transfer ke HKL?
Mungkin tunggu 1 hari...
Mungkin tunggu 2 hari...
Mungkin tunggu 5 hari...
Mungkin tunggu 1 bulan...
Nurse dalam NICU beritahu kami,
bb sebelah Hana telah tunggu 2 minggu masih tak transfer ke HKL sebab tak ada kekosongan...



bibir kering dan tak bermaya


kami laki bini menangis sebaik saja buka baju dan nampak perut Hana yang kembong dan besar...



i cakap dengan tuhan,
jangan seksa my Hana,
kalau tuhan lebih sayang dia,
i rela,
i redha,
untuk lepaskan dia,
asalkan jangan biar dia tanggung derita sakit...

Thursday, August 28, 2014

[7y3m] Exam Week

Kenapa exam so awal ya?
Bukan exam akhir tahun patut buat bulan 10 or bulan 11 meh?


Sekali lagi i sedar,
i memang tak sesuai jadi cikgu!
dan
i sangat x1000000000 bersyukur i bukan cikgu!!
dan
i is tabik spring kepada cikgu!!!!



 nak berak baru nak gali lubang!!


Ilyas sentiasa ada di kanan kiri depan belakang untuk kacau sawbebe!!


Nota kaki :
Pagi ni,
selepas salam me,
sawbebe cakap dengan i,
谢谢妈咪教苏菲读书!
[terima kasih mummy ajar sufei]
T_T
Terharunya!!!
berbaloi semalam i ambil 1/2 day ulangkaji dengan dia!!!

Wednesday, August 27, 2014

Doa Selamat Untuk Hana

8 August 2014
Friday
I jemput kawan-kawan muallaf i datang rumah i baca doa selamat untuk bb Hana. Selain baca doa selamat, dapat juga kami gathering dan beraya...

Sedang sibuk masak kat dapur untuk tetamu,
[masak kari ayam dan sayur campur saja.]
tiba-tiba sawsomi call,
Mula-mula i guna speaker,
dia suruh i offkan speaker,
dia suruh i dengar baik-baik,
OK! I dengar!!! U cakap!!!
I ACCIDENT KAT SUNGKAI! TAPI I OK!!
Dia cakap dia accident kat Sungkai masa otw nak balik ke KL?
Otak i terus jadi kosong,
badan mengeletar...



Sedang menyusukan Hana dalam bilik sementara nak tunggu tetamu sampai,
tiba-tiba mimi yang merupakan salah seorang tetamu telah ketuk pintu,
I hairan, awalnya dia sampai.
dia menangis dan bercakap entah apa benda,
serahkan kunci office dan belah
otak i mengambil masa untuk tafsir balik apa yang dia cakap tadi...
Then,
barulah i faham
Dia kena balik Alor Star sebab mak dia kritikal!!
kami kan bff,
mestilah sama-sama ditimpa masalah...


Doa selamat terpaksa dijalankan walaupun tuan rumah [sawsomi] tak ada,
terima kasih kepada Aliyah & co dan Aisyah Tan Peggie & Co.

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar!

tuan rumah tak ada, maka suami Aisyah Tan Penggie terpaksa mengetuai acara doa selamat


Mahadi dan Aliyah Ng sekeluarga


orang rumah Faizal Akib


kanak-kanak melayan kanak-kanak


anak Saw Hui Foon dan anak Aliyah Ng


My Ilyas sedang suap Habibi makan...sendiri pun kena orang suap, ni ada hati nak suap orang lain pula...


Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungiNya



kereta sawsomi yang total lost...Alhamdulillah dia selamat!! Terima kasih tuhan!!

Tuesday, August 26, 2014

[June 2014] Hana di NICU Hospital Ampang (Part 2)

8 June 2014
Sunday

nasi goreng hospital

nak share sikit pengalaman tinggal di hospital ampang.
dah tak macam dok kat Malaysia,
orang luar lagi ramai daripada rakyat Malaysia,
Toilet macam cilakak
Pantry macam syaitan,
Banyak kali i nampak ada seorang Indon tu ambik susu, buah dari pantry...
kalau orang lain dah makan,
bolehlah u ambik kalau dia tak minum susu or makan buah,
ni sah-sah orang lain sibuk dok jaga anak kat NICU,
u kat sini pula sibuk ambik makanan orang lain.
*%^$@#@!#%& betul




Condition bb Hana:
Perut membesar. Disebabkan dia masih lagi muntah, maka satu tiub dimasukkan ke dalam mulut dia untuk sedut lendir ke dalam plastik khas...
2 masalah ini membuatkan dia kena puasa balik.
Drip water.
Doktor ambil darah, check buah pinggang sama ada berfungsi ataupun tidak dan then nak x-ray...

Apa?
Dah masuk hari ke-3 baru nak buat semua ni?
bukan ke 1st day masuk ke dalam NICU dah kena buat apa yang patut!!!

Bila minta penjelasan kenapa sekarang baru nak buat semua ni?
Mereka cakap ada sesetengah budak ambik antibiotik dah boleh sembuh...








Disebabkan bb Hana puasa,
maka I request dengan sawsomi nak balik rumah...
dia asyik pujuk i stay teman bb,
tapi hati i tak kuat,
i tak boleh harung semua ni seorang diri...
i takut i boleh gila
i nak juga balik rumah!



Tanjong Family Day

23 August 2014
Saturday

company sawsomi buat family day kat Sunway Lagoon...
anak-anak lompat bintang lor !!!




i dan sawsomi last pergi Sunway Lagoon time i pregnantkan sawbebe [2006]...
sekarang sawbebe dah 7 tahun...

















sawbebe dah berani main benda-benda yang mencabarkan









sawsomi tolak Ilyas dari atas, sawbebe sambut Ilyas dari bawah. kesudahannya ialah Ilyas menangis ketakutan...








sambil main air sambil dengar lagu sambil tengok orang menari dalam air





sawbebe dok lalu 88 kali...Ilyas haram sekali pun tak berani lalu...





Sunday, August 24, 2014

[June 2014] Hana di NICU Hospital Ampang(Part 1)

6 June 2014
Friday

Anniversary i dan sawsomi yang ke-8.
i tau dia sedih.
dia pun tau i sedih.
tapi masing-masing tidak menunjukkan kesedihan.
sebab kami tau,
kami tak boleh buat apa-apa selain berdoa dan terus berdoa.
Doa supaya bb Hana cepat sembuh, cepat balik rumah...


Terima kasih kepada my SIL dan my muallaf sister datang melawat i walaupun tak dapat tengok bb...

mereka makan satay. mereka makan satay. mereka makan satay depan i. tak malu ke kat i? hurm...


Aliyah, me dan maisyarah...sayang aisyah tak ada!!


Condition bb Hana:
NBM (puasa)
Drip water



7 June 2014
Saturday


Chiat datang,
bawa mak i dan nenek i.
maka bermulalah episod i berpantang dengan mak i.
huhuhuhu

menu berpantang


Hospital call,
bagitau NICU ada katil kosong untuk i.
I boleh bermalam di NICU untuk breastfeed bb Hana. 
Yeay!
Hana tak payah puasa.



bilik untuk mak-mak di NICU supaya mereka dapat menjaga or breastfeed anak-anak mereka.






 Pam susu pukul 8pm








 Pam susu lagi...selain pam susu, i pun tak tau nak buat apa...
nak tidur tak boleh lena
risau dengan bb
rindu dengan anak-anak di rumah




 Condition bb Hana masih lagi sama. 
Muntah lendir, perut kembong dan tak berak. Tapi doktor benarkan dia minum susu sebab perut dia tak terus membesar...


 rawatan yang diberi antibiotik dan drip water sebab doktor pun tak pasti apa penyakit





jangan ambil gambar!! please





i panggil dia 'baby' 'baby' (sebab masa tu tak decide lagi nak bubuh nama Hana), so dia buka mata...i tau penglihatan dia kabur lagi, tapi i rasa dia macam pandang i...dia tau i ni mak dia, i sedang panggil dia...










hanya boleh duduk di sini dan pandang dia...


room mate i yang anaknya kuning.


dah tidur. 
jangan risau, mummy teman bb di hospital...
walaupun bilik mummy jauh sikit, tapi setiap jam mummy datang tengok bb ok...

tidur bb...tidur laaa...
cepat cepat sihat tau...so kita boleh balik rumah tau...

Condition bb Hana:
Siang doktor bg minum susu, tapi dia masih muntah so tengah mlm terpaksa puasa semula.



Nota Kaki :
sebelum ni
kita ingat kitalah yang paling kasihan, paling malang, paling tidak bertuah
tapi,
apabila berada di hospital,
barulah kita tau,
kitalah paling bertuah sebab masalah kita adalah kacang saja kalau dibandingkan dengan masalah orang lain.
maka bersyukurlah dengan apa yang timpa pada kita.
jangan merungut!
hanya perlu bersabar dan jangan berhenti berdoa



#Updated
18 July 2014
Appointment dengan Klinik Pakar Pediatric
Result Biopsy Confirmed Hirchsprung's Disease.
X-ray 13 Oct 2014
Operation 14 Oct 2014