Monday, August 18, 2014

[June 2014] it's a girl

gambar semalam (17/8/2014)

Alhamdulilah Hana dah 2 bulan dan 14 hari.

5 June 2014
Thursday


Memperkenalkan my 3rd bb - Hana Sofea Saw. Semua orang cakap macam muka Ilyas, tapi i tengok kanan kiri atas bawah, tak sama pun...Baiklah, I mengakui I memang tak pandai tengok muka...

I tak post gambar BB sama ada di FB ataupun di sini...Bukan sebab pantang larang ataupun apa-apa....tapi i tak ada 'hati' nak share apa-apa...I  mengumpul kekuatan selama 2 bulan ++ untuk menulis entry ini.

Mengandungkan Hana adalah suatu perkara yang sangat menggembirakan. Bila kami laki bini decide nak ada anak lagi, dalam 2-3 bulan syukur alhamdulilah i dah kena buatan orang. Then memandangkan lepas ni dah nak stop kilang buat anak, maka i sedaya upaya untuk tidak tahu jantina kandungan ini.

Selain alahan yang teruk pada awal pregnancy, uri bawah dan sering mengantuk di waktu kerja, i tak alami apa2 masalah semasa mengandungkan Hana...

Bila dah masuk week 38, memang dah tak sabar2 nak tunggu bb keluar...cirit birit pun teruja (ohya...di akhir-akhir mengandung ni i asyik cirit birit aje...perut memulas macam nak beranak...tu yang teruja tak ada pasal)...tapi bb tak keluar2 pun...

Pada 4 jun, i rasa bb dalam perut kurang bergerak pada siang hari... Sebagai langkah berjaga-jaga, lepas isyak i dan sawsomi pergi ke hospital ampang untuk menjalani pemeriksaan. 


Lepas register and bla bla bla... Bila sampai turn i, mula2 doktor 'muda' yang periksa i, lepas tu doktor 'tua' pula yang periksa i. Mula-mula doktor 'tua' ultrasound perut dulu... Lepas tu dia seluk, Then dengan excited dia bagitau me " dah boleh bersalin!" 
"Apa?" i blur. 
"Dah buka 4cm." 

i dengan blur blur keluar bagitau sawsomi yang tunggu kat luar...dia pun blur macam i...

mestilah blur... ingat pergi buat pemeriksaan saja, tiba-tiba dah boleh beranak...kami tak bawa apa-apa pun. So sawsomi terpaksa balik rumah bawa beg bersalin (Nasib baik i sempat prepare)

Sekarang punya Hospital Ampang sangat best, si isteri ditolak masuk saja labor room, si suami dah boleh teman di sisi si isteri... Dulu masa bersalin Ilyas, sawsomi hanya boleh masuk labor room bila i dah start teran nak beranak...


So, lebih kurang 11.30pm i ditolak ke labor room...
Kemudian air ketuban dipecahkan...selepas sejam i masih tak rasa sakit...then nurse pun induce...OMG!!!
Kemudian dah pukul 2am, i masih tak rasa sakit...
Then pukul 3am...kesakitan tu semakin dirasai...sakit sampai macam berguling-guling...
Sawsomi asyik suruh i sabar... Kalau masa tu i ada pistol, rasa orang yang pertama i tembak adalah sawsomi...

Berehat sekejap...tarik nafas dalam-dalam...tengok dulu gambar yang i curi curi ambil masa baru masuk bilik bersalin...time ni i berlagak banyak-banyak sebab tak rasa sakit...

nurse yang sangat berpengalaman berjaya jumpa urat untuk dicucuk..i tabik spring kat nurse itu




ayat yang i belajar di FB untuk mengurangkan kesakitan!! di saat puncak kesakitan, i dah tak ingat apa-apa ayat lagi...



sawsomi...muka mengantuk



Then rasanya  3:40am kot (i dah sakit 40 minit)...i rasa macam nak berak sangat-sangat...i jerit kat sawsomi, i nak berak...Sawsomi suruh i tahan jangan berak dulu, nanti busuk katil hospital...dia segera pergi panggil nurse sebab takut i berak atas katil...
Nurse masuk dan seluk... Dia suruh i teran... dia cakap i dah boleh beranak...

Bab teran ni i memang gagal...orang lain 3 kali teran anak boleh keluar, i 30 kali teran anak pun belum tentu boleh keluar...teran sampai i give up...


5 jun 3:50am...akhirnya i berjaya meneran keluar bb...fuh lega!!! I menagntuk sangat-sangat...macam nak terlena aje...
 

Then kedengaran suara sawsomi bercakap "bb girl" 
So, teka teki selama 39 week dan 3 day telah terjawab. 


It's A Girl!!!
It's A Girl!!!
It's A Girl!!!

50 minit selepas dilahirkan

Nampak tak ada luka kat dahi Hana!! Masa kat labor room, nurse tunjuk kat i luka tu...nurse cakap Hana yang cakar sendiri...


Lepas jahit i and bb ditolak ke kali lima labor room sebab nak bagi bilik kepada orang lain pula ...kita orang very lucky dapat bilik second class yang ada aircond.



Lepas lahir, BB breast feeding OK...
tapi lepas tu dia asyik tidur dan enggan hisap susu...Nurse ingat i tak tau nak breastfeed, dia siap tunjuk ajar macam mana nak breast feed...kena main main pipi bb bla bla bla... Keadaan yang menakutkan selain tak mau hisap susu ialah BB muntah lendir darah...mula-mula ingat  sedut tak bersih...so dia loya sebab ada cecair dalam badan dia dan enggan hisap susu...




dari handphone sawsomi masa dia datang melawat








Satu lagi masalah besar iaitu dah hampir 24 jam bb masih tak berak. Kan bb dikehendaki berak taik hijau hitam dalam masa 24 jam. Selagi tak berak, selagi tak dibenar keluar wad. i dah semakin panik...


kalau tak 5 Jun dah boleh balik rumah, tapi disebabkan BB tak berak, maka kena stay 1 hari lagi kat hospital...




6 Jun 2014
Masa doktor datang check BB, doktor mendapati bb memang tak nak hisap jarinya dan perut bb kembong besar dan bb tak berak. 
 


tak nak susu dan berbuih-buih mulut dia...dia sangat-sangat tak sihat dan kami pula tak tau apa sakit dia...hanya tuhan saja yang tahu betapa seksanya hati kami


asyik tidur saja



Kesudahannya...
I boleh balik rumah...
BB ditahan di NICU!!!

1st time i masuk ke NICU, 
memang terkejut...
sana sini monitor...
bunyi beep dan sangat bising...
doktor dan nurse ada di mana-mana saja...

i sangat takut,
badan i sangat lemah lepas bersalin,
i sangat letih,
tapi i nak tau apa masalah dengan bb i...

namun tak ada seorang yang boleh beritahu i dan sawsomi...

NICU




Excited dah tak ada, yang ada hanyalah risau dengan bb yang tak tau hidap penyakit apa...

6 hari di NICU Hospital Ampang (lagi 8 hari di HKL) ...apa yang i buat ialah menangis, menangis dan menangis...Hanya 1 malam saja i teman bb di NICU, kemudian i request nak balik rumah sebab i tak ada kekuatan untuk stay di sana...sekurang-kurangnya bila i balik rumah, hati i terhibur sikit tengok sawbebe dan Ilyas...


i tak dapat nak terus tulis lagi...bila i terfikir balik time tu, i macam tak boleh nak bernafas...hati i sedih sedih sedih sangat...sedih tengok keadaan bb yang sakit...i tak tau apa penyakit bb i...doktor pun tak dapat cari punca penyakit bb...Semuanya hanya serah kepada tuhan....


Stop dulu... Bila i dah ada bersedia, i tulis lagi....






No comments:

Post a Comment