Sunday, August 24, 2014

[June 2014] Hana di NICU Hospital Ampang(Part 1)

6 June 2014
Friday

Anniversary i dan sawsomi yang ke-8.
i tau dia sedih.
dia pun tau i sedih.
tapi masing-masing tidak menunjukkan kesedihan.
sebab kami tau,
kami tak boleh buat apa-apa selain berdoa dan terus berdoa.
Doa supaya bb Hana cepat sembuh, cepat balik rumah...


Terima kasih kepada my SIL dan my muallaf sister datang melawat i walaupun tak dapat tengok bb...

mereka makan satay. mereka makan satay. mereka makan satay depan i. tak malu ke kat i? hurm...


Aliyah, me dan maisyarah...sayang aisyah tak ada!!


Condition bb Hana:
NBM (puasa)
Drip water



7 June 2014
Saturday


Chiat datang,
bawa mak i dan nenek i.
maka bermulalah episod i berpantang dengan mak i.
huhuhuhu

menu berpantang


Hospital call,
bagitau NICU ada katil kosong untuk i.
I boleh bermalam di NICU untuk breastfeed bb Hana. 
Yeay!
Hana tak payah puasa.



bilik untuk mak-mak di NICU supaya mereka dapat menjaga or breastfeed anak-anak mereka.






 Pam susu pukul 8pm








 Pam susu lagi...selain pam susu, i pun tak tau nak buat apa...
nak tidur tak boleh lena
risau dengan bb
rindu dengan anak-anak di rumah




 Condition bb Hana masih lagi sama. 
Muntah lendir, perut kembong dan tak berak. Tapi doktor benarkan dia minum susu sebab perut dia tak terus membesar...


 rawatan yang diberi antibiotik dan drip water sebab doktor pun tak pasti apa penyakit





jangan ambil gambar!! please





i panggil dia 'baby' 'baby' (sebab masa tu tak decide lagi nak bubuh nama Hana), so dia buka mata...i tau penglihatan dia kabur lagi, tapi i rasa dia macam pandang i...dia tau i ni mak dia, i sedang panggil dia...










hanya boleh duduk di sini dan pandang dia...


room mate i yang anaknya kuning.


dah tidur. 
jangan risau, mummy teman bb di hospital...
walaupun bilik mummy jauh sikit, tapi setiap jam mummy datang tengok bb ok...

tidur bb...tidur laaa...
cepat cepat sihat tau...so kita boleh balik rumah tau...

Condition bb Hana:
Siang doktor bg minum susu, tapi dia masih muntah so tengah mlm terpaksa puasa semula.



Nota Kaki :
sebelum ni
kita ingat kitalah yang paling kasihan, paling malang, paling tidak bertuah
tapi,
apabila berada di hospital,
barulah kita tau,
kitalah paling bertuah sebab masalah kita adalah kacang saja kalau dibandingkan dengan masalah orang lain.
maka bersyukurlah dengan apa yang timpa pada kita.
jangan merungut!
hanya perlu bersabar dan jangan berhenti berdoa



#Updated
18 July 2014
Appointment dengan Klinik Pakar Pediatric
Result Biopsy Confirmed Hirchsprung's Disease.
X-ray 13 Oct 2014
Operation 14 Oct 2014

No comments:

Post a Comment