Friday, August 29, 2014

[June 2014] Hana Di NICU Hospital Ampang (Part 3)

9 June 2014
Monday

Hari ni dah masuk hari yang ke4 Hana di NICU.
I dan sawsomi masih ada peluang untuk bawa Hana balik rumah kan?
Kan?
Kan?

Tengahari saya dah sawsomi pergi ke hospital.
Terkejut kami melihat Hana.
Condition Hana tak jadi baik,
sebaliknya menjadi lebih teruk.












Hana masih lagi NBM (puasa).
Hari ni scan jantung...ada 2 lubang kecil.
Pakar pembedahan orang dewasa bahagian usus doktor Shauqi ambil alih kes Hana sebab pediatric tak ada doktor pakar bahagian usus.
[akhirnya kami jumpa doktor yang bila kami tanya apa masalah Hana dan dia boleh jelaskan kepada kami]
Doktor Shauqi refer kes Hana kepada doktor pakar HKL,
melalui simpton-simpton yang ada pada Hana
mereka syak maybe usus Hana tersumbat...
dan itu adalah penyakit Hirschsprung's Disease.

HAH?
APA BENDA TU?
Nak sebut pun i tak tau,
Nak eja pun i tak tau,
i suruh doktor tu tulis kat kertas...

HIRSCHSPRUNG's DISEASE

Tak pernah dengar pun.
Apa yang main di kepala otak kami ialah
'ini penyakit bahaya ke? Hana boleh selamat ke?'

Doktor Shauqi beritahu kami, 
Hana akan transfer ke HKL.
Tapi malangnya HKL penuh.
Maka doktor Shauqi terpaksa tanya HUKM dan PPUM.
Tapi malangnya sana pun penuh.
So,Hana terpaksa stay kat Hospital Ampang sementara tunggu transfer ke HKL...

Bila boleh transfer ke HKL?
Mungkin tunggu 1 hari...
Mungkin tunggu 2 hari...
Mungkin tunggu 5 hari...
Mungkin tunggu 1 bulan...
Nurse dalam NICU beritahu kami,
bb sebelah Hana telah tunggu 2 minggu masih tak transfer ke HKL sebab tak ada kekosongan...



bibir kering dan tak bermaya


kami laki bini menangis sebaik saja buka baju dan nampak perut Hana yang kembong dan besar...



i cakap dengan tuhan,
jangan seksa my Hana,
kalau tuhan lebih sayang dia,
i rela,
i redha,
untuk lepaskan dia,
asalkan jangan biar dia tanggung derita sakit...

1 comment: