Saturday, September 27, 2014

[resepi] Saya dan Bread Maker Buat Pertama Kalinya

Orang lain ada Bread Maker,
i pun mesti kena ada Bread Maker,
walaupun i tak tau apa benda tu Bread Maker...
( sebelum beli, i ingat Bread Maker itu mesin untuk pukul tepung jadi doh saja! Jangan ketawa...i tak halalkan)

Oleh itu,
bila dah terbeli Bread Maker Tesco dengan harga sales RM199.50 (25 September 2014),
benda yang i buat bukannya roti,
tapi K.A.Y.A
gila tak gila?!



tak sabar-sabar nak rasmikan...


dapat voucher. Hari pembelian lupa nak redeem, so semalam terpaksa buat kerja dua kali pi redeem voucher pula


ini resepi asal




resepi suruh 'masukkan semua bahan'...


Then, resepi suruh tekan fungsi 9...


 (bubuh gambar kecik-kecik dah laaa)
APA BENDA NI? bila i pi jenguk kaya i, dah jadi begini...Dah resepi suruh masukkan semua bahan, dia tak suruh kacau atau pukul...so, i pun masukkan semua bahan TANPA PUKUL DAN KACAU SEHINGGA SEBATI lor!! u tengok telur i masak dengan begitu cantik!!

apa lagi, malam-malam buta i terpaksa segera melenyapkan segala bukti kegagalan...5 biji telur, 300 ml santan, 180 g gula 3 helai daun pandan...selepas segala-galanya dah dimasukkan ke dalam tong sampah, bread maker disimpan di dalam almari... i pun buat seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku dan pergi tidur...The next day buat-buat lupa dengan apa yang telah berlaku...


Saya dan Bread Maker Buat Kali Keduannya...
Di sebalik setiap kejayaan mesti ada kegagalan...so malam semalam tunggu semua dah orang tidur i eksperimen ini bread maker lagi...kali ni, belajar dari kesilapan dan saya pukul telur dan kacau semua bahan sehingga sebati...


 resepi asal no.2



RESEPI :

AMARAN : TOLONG JANGAN IKUT RESEPI INI, KALAU NAK GUNAKAN RESEPI INI JUGA, SEMUA AKIBAT DITANGGUNG SENDIRI, I TIDAK BERTANGGUNGJAWAB, TAU!!

350ml santan
18 sudu putih gula
50ml jus daun pandan
5 biji telur

Pukul telur. Kacau semua bahan sebati. jangan lupa pasang paddle. tekan fungsi 9 (Bread Maker Tesco). Biarkan kaya sejuk, kemudian blend kasi halus.  Siap!!

ON fungsi 9 buat jam itu...selepas setengah jam i pi jenguk kaya i, break maker berbunyi macam washing machine...so, i pun baca buku panduan...ALAMAK, terlupa pasang paddle!! Aduh!!! Apa lagi, penuh dugaan nak pasang paddle itu dengan dibanjiri kaya...


selepas 1 jam 20 minit...(bubuh gambar kecil-kecil)...kaya dah terhasil...macam muntah Ilyas pun ada!! Kali ni ikut resepi yang no.2 yang kena blend...i dah sangat mengantuk tak boleh nak tunggu kaya sejuk dan blend lagi...ZzzzzzZZZZzzzzzz...tidur dulu


Pagi ni bila dah blend, kaya pula terlalu terlalu terlalu cair...tak tau nak buat macam mana...putus asa dan kecewa yang sangat-sangat...tapi sayang pula nak buang, so cuba guna cara manual iaitu masak di atas api dan kacau sampai kaya jadi pekat...

Nasib baik berkesan!!!


Akhirnya dapat juga kaya yang dibuat dengan Bread Maker!!!


Nota kaki : Tolonglah! i merayu kepada mereka yang bagi resepi kepada beginner yang macam i ni...bagilah resepi yang complete dari A-Z, jangan skip mana-mana langkah!!
Kesimpulannya, buatlah kaya dengan cara tradisional!!! walaupun penat berdiri dok kacau kaya, tapi lagi senang daripada gunakan Bread Maker...Inilah pengalaman i yang tidak ternilainya...Fuh! kesat peluh!

Sekian terima kasih!!!







Friday, September 26, 2014

Sofea. Hana. Ilyas





tak sangka,
dah ada 3 orang anak

Monday, September 22, 2014

buat-buat rajin meh?

"cuti-cuti weekend",
merajinkan diri untuk mengosongkan peti ais dengan :



memasak asam pedas dengan resepi kakak ipar mimi!
membuat popia nestum dengan kulit popia yang beli puasa hari tu!
membuat pulut panggang dengan inti yang makcik sawsomi bagi raya hari tu!




alamak! terlupa ambil pulut panggang yang balut dengan hodoh sekali buat kenang-kenangan!!!

Friday, September 19, 2014

[resepi] Puding Laici

masa buat doa selamat Hana,
Aisyah Tan Peggie bawa satu periuk punya puding laici,
sedap sangat!
apa lagi,
minta resepi dengan dia...



 lembut macam tau fu fa...tau fu fa perisa laici
sedap! sedap!
sendiri masak sendiri puji!!!




bahan-bahan :
serbuk agar-agar 7gm (resepi asal 5gm) RM1.50
gula (ikut kemanisan masing-masing)
1.5 liter air
1 tin susu cair RM2.40
1 tin laici (asingkan buah dan air. Airnya masak sekali)

cara-cara :
masukkan air, masukkan serbuk agar-agar. Bila dah didih, masukkan gula. Tutup api, masukkan susu cair dan air laici. Last masukkan buah laici yang dicarik-carik.Then tuang ke dalam bekas, tunggu dah tak panas barulah masukkan ke dalam peti ais sebab sedap dimakan sejuk-sejuk.


Bahan yang simple,
senang nak masak,
yang penting SEDAP!!!


Peringatan no.1 : Jangan masukkan susu cair awal-awal, nanti puding anda jadi macam muntah baby.
Peringatan no.2 : Jangan masukkan serbuk agar-agar bila air dah panas, nanti serbuk agar- agar anda jadi berketul-ketul!

[3m15d] rezeki Hana

Dah lama nak buat entry ni,
tapi asyik tangguh, tangguh dan tangguh...
akhirnya pagi ni berjayaq mengumpul kesemua gambar dan siapkan entry ini!!!


Terima kasih ah ma
Terima kasih mama
Terima kasih Wei Chiat & wife
Terima kasih Wei Sern
Terima kasih Hui San
Terima kasih Kak Yati
Teri kasih Izan
Terima kasih ahkak garang
Terima kasih my colleuge
Terima kasih Aisyah Tan Peggie
Terima kasih 2 jim & Serene
Terima kasih family mak angkat
dan
Terima kasih juga kepada mereka yang doa untuk Hana

Semoga Hana kita cepat sembuh!!!
















Wednesday, September 17, 2014

[June 2014] Hana Di NICU Hospital Ampang - Institut Pediatrik HKL (Part 5)

11 June 2014
Wednesday
Hari ke-6

Tik Tok Tik Tok
Masa berjalan...
Kami menunggu Hana dipindahkan ke HKL!!!


Sedang bertungku....
Tina-tiba,
Dalam pukul 10 pagi macam tu,
nurse Hospital Ampang call i,
dia suruh i datang ke hospital,
doktor nak cakap dengan kami.
Bila tanya nak cakap pasal apa,
dia hanya suruh kami datang ke hospital dulu.
i terus campak tungku,
dan drive ke hospital dengan mak i.

Oh! Tuhan!
Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu,
betapa nervousnya i...
i dah tak tunggu sawsomi walaupun dia suruh i tunggu dia...
macam-macam yang dok main di kepala otak,

Bila sampai NICU,
doktor masih lagi ward round tak habis,
lepas tengok bb,
hati baru tenang sikit,
so duduk sambil tunggu doktor dan sawsomi.

Dalam pukul 12 lebih,
baru dapat bercakap dengan doktor pakar yang handle kes Hana.

Doktor pakar beritahu kami,
hari ni Hana akan dipindahkan ke HKL.
syukur alhamdulillah
syukur alhamdulillah
syukur alhamdulillah
terima kasih Tuhan
terima kasih banyak-banyak Tuhan
Menurut doktor pakar,
dalam 3-4 petang Hana akan dibawa ke HKL!
tapi sebelum tu,
Hana kena masuk drip nutrition terlebih dulu...

so,
kami balik rumah siap-siapkan barang bb dan barang i..
dalam pukul 2pm,
kami balik semula ke hospital

tunggu
tunggu
tunggu
tunggu

pukul 5pm baru nak hantar Hana ke HKL!
Tak apa! Tak apa!
Take ur time!!
Janji hantar...

penjelasan nurse,
lepas masuk drip nutrition,
kena x ray balik...
then nak pasang icubator pun ambil masa...
ok! ok!
tak apa...
i faham...

Hana dimasukkan ke dalam incubator dan dihantar ke HKL dengan ambulans...
kami pula sendiri drive ke HKL...








Bil hospital : RM145

sampai saja Institut Pediatrik HKL,
Hana dimasukkan ke WAD KK9,
diletakkan di unit depan sekali yang memerlukan permerhatian daripada nurse...
Kami pula disuruh tunggu doktor...
sementara tu,
sawsomi pergi register...

Masa sawsomi pergi register,
doktor jumpa dengan i dan memberi penjelasan tentang penyakit Hana
Penyakit Hirschsprung / Hirschsprung's Disease
Dia lukis-lukis usus bagi i tengok,
then
bagitau i kenapa perut boleh bengkak dan kembong,
usus yang tak ada saraf tak boleh kembang dan kecut
so najis tak boleh lalu,
Bila najis tak boleh lalu, maka akan tersekat dan kembong di bahagian atas,

dia akan buat Rectal Wash Out kat Hana,
kalau najis boleh keluar,
maka tak perlu tebuk perut,
then lepas buat biopsy,
confim Hirschsprung, maka kena buat operation untuk buang usus yang tak ada saraf
tapi itu cerita 3-4 bulan kemudian...

i macam faham dan macam tak faham...
Tapi sekurang-kurangnya dah ada sedikit gambarajah tentang penyakita Hana...

Masa kami tunggu untuk register dan penjelasan dari doktor,
nurse telah buat rectal wash out dan perut Hana tidak begitu kembong lagi...

Oh! Tuhan!
Terima kasih banyak-banyak!
Terima kasih banyak-banyak kerana mempermudahkan semua urusan Hana!!

ingatkan i boleh stay dengan Hana
Tapi nurse cakap tak perlu,
tunggu bila Hana dah tak puasa
barulah i boleh datang stay kat wad sebelah...

Sampai rumah dah 10 lebih,
baru makan,
baru minum,
baru berehat,
itulah cara i berpantang!!!









Friday, September 12, 2014

[3m7d] A Quick Update

11 September 2014
Thursday


Pagi ni buat rectal wash out,
masih tak ada najis.
Ini adalah hari ke-4 buat wash out tak keluar najis.
Hati banyak sedih,
apa pula yang bakal berlaku pada Hana ni?




Tuhan!
Tuhan!!
Tuhan!!!
Saya tidak kuat!!!
Serius,
sangat-sangat tak cukup kuat!!!!


************


1st time dengar cik Hana kita kentut!!
Tak kira apa pun ujian-Nya,
i tetap teruja dengar kentut Hana!!!

***********


Sepatutnya 10 September ada injection 3 bulan,
tapi disebabkan Hana selsema dan batuk,
doktor telah tangguhkan ke 17 September.
Berat 2 bulan : 4.9kg
Berat 3 bulan : 5.6kg
Naik sikit saja!

Apa? hari-hari saya minum susu dengan begitu banyak pun baru naik 700gram?!


bluek...Hurm


Thursday, September 11, 2014

[June 2014] Hana Di NICU Hospital Ampang [Part 4]

10 June 2014
Tuesday
Hari ke-5


SAYA TERINGIN SANGAT NAK DUKUNG HANA





Belum transfer ke HKL,
HKL masih tak ada kekosongan,
Condition masih sama,
perut kembong,
muntah lendir,
dan maka kena puasa!


my hp catatan:
NBM & drip
Continue antibiotic
Rectal wash 2 x


Friday, September 5, 2014

Usah dengki

jangan percaya dengan apa yang anda lihat dengan mata kasar,
kami bukannya semewah yang anda sangkakan.

kami tinggal di atas rumah kedai yang kena panjat tangga sampai peluh basah ketiak yang milik bank.
kami bawa kereta kebangsaan yang dah berusia 10 tahun ke atas yang milik bank.
kami ada hutang yang banyak sebab zaman muda-muda memboros.
kami punya gaji cukup-cukup sampai akhir bulan dan kadang-kadang negatif kalau ada kos di luar jangkaan.
kami makan ayam giant yang sekilo RM5.99.
kami makan sayur pasar malam yang 3 ikat RM5.
kami makan buah dokong yang 2 kilo RM5.
kami pakai baju bundle/ produk sampingan filem
kami tak kisah anak-anak kami pakai baju terpakai orang lain asalkan tak koyak.
kami sekali-sekala cuti-cuti Malaysia.
kami tak mampu shopping di KLCC.
kami punya anak minum susu Dutch Lady.
namun,
kami bersyukur dengan apa yang ada...

Tapi,
kesyukuran ini apabila dikongsikan telah disalahfahamkan.
Kami seolah-olah suka menunjuk dengan apa yang kami ada.

Actually tak boleh salahkan orang lain,
mungkin gaya percakapan kami yang menujukkan kami seolah-olah riak,
nampaknya,
kami kena berhati-hati apabila bercakap.






Tuesday, September 2, 2014

[2m28d] My Hirschsprung's Baby



syukur alhamdulillah!