Friday, September 19, 2014

[resepi] Puding Laici

masa buat doa selamat Hana,
Aisyah Tan Peggie bawa satu periuk punya puding laici,
sedap sangat!
apa lagi,
minta resepi dengan dia...



 lembut macam tau fu fa...tau fu fa perisa laici
sedap! sedap!
sendiri masak sendiri puji!!!




bahan-bahan :
serbuk agar-agar 7gm (resepi asal 5gm) RM1.50
gula (ikut kemanisan masing-masing)
1.5 liter air
1 tin susu cair RM2.40
1 tin laici (asingkan buah dan air. Airnya masak sekali)

cara-cara :
masukkan air, masukkan serbuk agar-agar. Bila dah didih, masukkan gula. Tutup api, masukkan susu cair dan air laici. Last masukkan buah laici yang dicarik-carik.Then tuang ke dalam bekas, tunggu dah tak panas barulah masukkan ke dalam peti ais sebab sedap dimakan sejuk-sejuk.


Bahan yang simple,
senang nak masak,
yang penting SEDAP!!!


Peringatan no.1 : Jangan masukkan susu cair awal-awal, nanti puding anda jadi macam muntah baby.
Peringatan no.2 : Jangan masukkan serbuk agar-agar bila air dah panas, nanti serbuk agar- agar anda jadi berketul-ketul!

No comments:

Post a Comment