Friday, October 31, 2014

[Hana 4m] Syukur Alhamdulilah Hana Sudah Berak

16 October 2014
2 hari selepas operate,
Hana berak sendiri!!
Itu adalah berita gembira bagi semua orang!
Semua orang begitu gembira tahu dia dah boleh berak sendiri!




Terima kasih semua
Berkat doa kalian,
Kini Hana boleh berak sendiri,
tak payah buat rectal wash out lagi!!


mimi cakap,
tak sabar-sabar nak cerita kat Hana bila dia besar nanti,
KEBERAKAN dia amat dinanti-nantikan!!!


Syukur Alhamdulilah




[Hana 4m] Nyamuk yang kejam






Sampai hati U gigit anak I,
I bakar U punya pungkok baru tau kot!!!

Thursday, October 30, 2014

[Hana 4m] 追奶记 Diari Kejar Susu



30/10/2014 @ 4m3w1d


Pada mulanya,
tak nak tulis...
takut timbul kontroversi...

tapi
tapi
tapi
ini my breastfeeding journey
(tiba-tiba ter-speaking)
apa salahnya i catat kat sini,
untuk rujukan (motif?) di masa depan...


i ada pam manual- Avent (zaman sawbebe)
i ada pam elektrik - Spectra 3 (zaman Ilyas)
dan
i berangan-angan nak pakai Medela freestyle!!!
Yang baru memang tak mampu dimiliki,
tak apa,
I beli yg 2nd...

kesimpulannya,
Memang sangat best dan syiok pakai Medela!

Lepas habis pantang,
masuk kerja pam setiap 3 jam,
alhamdulilah kuantitinya boleh tahan lumayan...

Tapi kebelakangan ni,
tak tau laaa Hana dah minum banyak
ataupun susu i dah tak banyak seperti dulu...
maka,
setiap 2 jam i akan pam,
kiri kanan campur dapat 2.5 oz,
(Hana minum 3 oz setiap 1 setengah jam )
kadang-kadang luck ada bagus sikit,
dapat 3- 4oz!!
Time tuang ke dalam storage plastik,
i akan ketuk-ketuk sampai titisan terakhir dan pastikan tak ada susu dalam botol susu...

minum air banyak-banyak?
9am-5pm,
3-4 liter air,
cukup tak?
ataupun perlu tambah?


Milk Booster?
orang makan milk booster ni cakap banyak bagus
i akan laju-laju beli...
orang cakap milk booster tu sangat bagus sampai basah bra,
i pun pantas-pantas klik masuk maybank2u...
tapi hasilnya,
tetap sama...
2 oz
4 oz
3 oz
then
2 oz
terus terang cakap,
i dah putus asa dengan milk booster...


adakah susu badan i tak cukup?
Bila i tanya pada "orang",
"orang" akan cakap tak ada istilah susu badan tak cukup...
set dalam otak SUSU BANYAK SUSU BANYAK
urut payu dara susu boleh keluar memancut
i tau...
i tau...
"orang" tu cuba nak beri galakan kepada i...
i sangat-sangat menghargai

tapi
tapi
tapi kes i ni macam mana nak cerita pula,
apa yang dok main di kepala otak i:
dengan perkataan lain STRESS
(Mau tak stressnya...)
susu perahan macam tu cukupkah kat Hana?
Apa yang patut i buat dengan 12.5 oz yang i dapat tu,
untuk diberikan kepada Hana yang nak 15 oz?


Yang juga turut menyumbangkan kerisauan i ialah :
USUS Hana!!
Usus Hana ni istimewa sikit!!

Sebab itu,
I masih teruskan perjuangan mengepam susu
Berjuang sehingga titisan yang terakhir!
Go Go sawhuifoon Go!!



Salah satu sebab lagi I teruskan mengepam adalah kepelbagaian jenis susu formula membuatkan i pening kepala...
Tadi pergi kat rak susu formula kat kedai ubat cina,
rambang mata dibuatnya...
pelbagai jenama,
pelbagai formula,
harganya?
gulp gulp gulp
telan air liur...
mau gugur semua bulu sawsomi...
balik office segera keluarkan pam susu...


Syukur Alhamdulilah
sampai hari ni (lagi 6 hari nak masuk 5 bulan)
Hana masih minum susu ibu...
(2 minggu di hospital minum susu agak tunggang terbalik dan kelam kabut, Hana kena puasa, then bila boleh minum, nurse ada bagi minum susu tepung hospital then suruh pula saya menyusu Hana, then puasa balik, then susu hospital, then susu badan...bila balik rumah eksklusif susu badan saja)
Walaupun tak tembam mana,
tapi syukur alhamdulillah
sihat sejahtera...


Wednesday, October 29, 2014

[Hana 4m] Upacara Untuk Bayi 4 Bulan

4 October 2014
4 month old

Ini adat / tradisi orang Hokkien,
apabila baby dah masuk 4 bulan,
akan adakan satu upacara ringkas yang dipanggil 'Kui Cou' (baby dah boleh makan)
Biasanya orang tua tua akan sediakan drumstick untuk 'sapu' kat bibir bb sebagai syarat lepas ni bb dah boleh start makan...


 wooooo...makanan sedap ada di depan mata!! 



Drumstick ini disapu pada bibir Hana...



Benda ni sangat sedap!!! saya hisap...hisap...hisap...


Selepas tu ada lagi satu upacara,
upacara hentikan air liur meleleh...
Biskut diikat dengan tali/benang merah akan digantungkan pada leher bb,
then kakak dan abang akan ambil biskut tu makan
(kalau tak ada abang or kakak, sendiri makan biskut itu...hahahahaha)
Untuk hentikan air liur Hana yang mengalir macam air terjun...



 Kakak ambil biskut adik...


Turn abang pula ambil biskut adik ....
Hana : Jangan ambil biskut saya!!!


I tak pernah buat upacara ni kat sawbebe dan Ilyas
tapi yang Hana,
mak dan nenek i nak buat...
memandangkan tak ada bertentangan dengan Islam,
So buat laaa...

Bila i google
Upacara ini dipanggil 收口水 (chiu nua)
juga dipanggil...

收涎 Shou-sian (做四月日)

寶寶滿四個月的那一天,要準備牲禮、紅龜粿、酥餅等供奉神佛祖先,娘家也得和彌月時一樣送頭尾,同時親友也可隨意贈禮;最後,產婦則以湯圓、紅桃或酒宴作為答禮,此即所謂的「做四月日」在做四月日這項禮俗中,最具趣味的就是「收涎」,意思為收起寶寶的口水,為寶寶解決流口水的毛病;另外在做四月日當天,還需用紅線繫結寶寶的手腳,避免寶寶長大後做不正當的事,而成為一個堂堂正正的人。

準備用品:    
牲禮、紅龜粿、酥餅。 外婆須「送頭尾」。    

頭尾用品:    
帽子(金帽徽)、鞋子、帽子、衣服、褲子。
娘家也要和做滿月時一樣「送頭尾」,特別要送褲子,表示寶寶要快快開始學走


作法:   
用12個或24個酥餅穿上紅線,掛在寶寶胸前,由媽咪抱著,並請長輩或親友取酥餅,在嬰兒嘴唇做楷抹狀,再念吉祥話「收涎收乾乾,讓你媽咪明年生男孩,收涎收利利,讓你明年招小弟。」希望借眾人之力,共同祈求寶寶不再流口水,來年再添丁。


ada sajaknya (Baca dalam bahasa Hokkien)

收涎收乾乾,乎你卡緊叫阿爸 收涎收灕灕,乎你大漢好脾氣
Dry up your saliva, so you will call Daddy soon
Dry up your saliva, so you will be a good person

收涎收乾乾,乎你卡緊叫媽
收涎收灕灕,乎你大漢好搖七
Dry up your saliva, so you will call Mummy soon
Dry up your saliva, and listen to your parents

收涎收乾乾,乎你大事小事都不必怕
收涎收灕灕,乎你聽話懂代誌
Dry up your saliva, so you will be a brave one
Dry up your saliva, and know what’s right and wrong

收涎收乾乾,乎你長大做大官
收涎收灕灕,乎你長大勞賺錢
Dry up your saliva, and be a respected person
Dry up your saliva, and you can stand up on your feet soon

收涎收乾乾,乎你聽到打雷不必怕
收涎收灕灕,乎你身體真勇健
Dry up your saliva, so you won’t be afraid when there is a storm
Dry up your saliva, and have good health and a strong body

收涎收乾乾,乎你讀冊認真不懶惰
收涎收灕灕,乎你事事都如意
Dry up your saliva, so you will learn hard
Dry up your saliva, and all your wishes will come true
(credit to kimhern)

Comel kan?
Untuk fun dan syiok syiok saja!!





Tuesday, October 28, 2014

Raya Haji 2014

4 October 2014 - 6 October 2014

Raya Haji tahun ni balik kampung sawsomi di Perak dengan kakak-kakak ipar...
Tak ada apa-apa yang menarik pun yang nak dikongsikan...
yang i dok jerit jerit kat Ilyas dan sawbebe yang main kat luar rumah tu tak payahlah cerita kat sini...
yang anak-anak gaduh-gaduh dengan sepupu mereka pun tak payahlah nak tulis di sini...
yang i jadi ular sawa lagi tak sesuai dikongsikan...




 bubuh gambar ni sebab nak Thank You to Tapah Hospital



Yang nak cerita sedikit tu...
Gel Hana nak buat Rectal Wash Out tu habis,
cari kat farmasi area office tak ada yang jual gel ini,
dan tak cukup masa untuk cari di area lain sebab kakak-kakak iparku sudah tunggu di RnR...
Sampai di Tapah dah maghrib,
memang tak tau mana ada farmasi...
Disebabkan raya hari tu dah ada pengalaman,
So,
kami pun pergi ke Tapah Hospital dengan niat nak beli gel ni...
Tapi Tapah Hospital sangat bagus laaa...
Dia bukan saja bagi gel,
alat-alat lain pun dia bagi sekali...
sayang Tapah Hospital!!!

 bubuh gambar ni sebab i rasa Ilyas I sangat handsome
uweeek


Bubuh gambar ni sebab anak i lompat paling cantik...
uweeek

bubuh gambar ni sebab sawsomi dapat makan sup tulang


 bubuh gambar ni sebab bapa mertua i nak suap Hana makan dan dapat jelingan maut dari i


bubuh gambar ni sebab Ilyas yang ambik gambar ni


 bubuh gambar ni sebab sawbebe nak makan Hana...dan yang paling penting nampak sawsomi di tingkap...


 bubuh gambar ni sebab bapa mertua i senyum


 bubuh gambar ni sebab bapa mertua i sedang bagi pesanan kat Hana agar kuat berdepan dengan ujian Allah...Hana operate 14/10, my bapa mertua operate mata 15/10...Cucu dan atok senasib!!!


 bubuh gambar ni sebab sawbebe kena tangkap dengan atoknya...


 bubuh gambar ni sebab anak-anak i nampak comel
uweeek


 bubuh gambar ni sebab dah tak ada gambar lain nak bubuh



 bubuh gambar ni sebab nak tunjuk kat u all betapa seksanya nak ambik gambar family...Ilyas asyik nak ke depan jadi Ultraman...


 bubuh gambar ni sebab hanya gambar ni yang menjadi...haizzzzz


Nota Kaki :
Ada lagi satu tupperware daging korban tak tau nak masak apa...huhuhuhuhu

Sunday, October 26, 2014

[Hana 4m] Hana Operate - Pull-through Surgery


Masuk saja bulan October,
emosi saya menjadi sangat tidak stabil...
Pandang Hana saja,
saya mesti nak menangis...
Bukan saja saya,
nenek dan mak saya pun sama...

Tapi pada masa yang sama,
saya rasa gembira,
Semoga lepas operate,
Hana dah boleh berak sendiri dan tak perlu buat rectal wash out lagi...





12 October 2014 Ahad
- Admit to ward KK4, Institusi Peadtrik Hospital Kuala Lumpur



Beberapa orang kenalan (awak tahu siapa awak) watsapp saya,
memberi kata-kata semangat kepada saya...
Terima kasih kawan!!
pukul 4 petang,
bila dah nak ke hospital, baru beritahu nenek,
nenek punya menangis,
membuatkan saya lagi down...


 Dah tukar uniform hospital







13 October 2014 (Isnin)  - X-ray

Temujanji : 8 am

Pukul 7 lebih,
nurse dah bawa saya dan Hana ke bahagian X-Ray...
Menurut penjelasan doktor,
sejenis cecair putih akan dimasukkan ke dalam perut.
Cecair putih ini akan memberitahu di mana lokasi usus yang tak ada saraf.
Yang boleh kami buat,
Hanyalah serah kepadaNya,
Selain berdoa ialah berdoa!



Lepas x-ray,
kami tanya doktor yang x-ray tu macam mana dengan usus Hana,
Doktor cakap usus tak ada saraf tu di bahagian bawah saja,
tapi kena refer doktor pakar...



Sebelah petang,
keputusan X-ray dah dapat...
Syukur Alhamdulilah,
usus yang tak ada saraf tu berada di bahagian bawah saja...

Masa doktor datang minta ibu atau bapa tandatangani persetujuan operate,
doktor bagitau kemungkinan jenis surgery yang akan diambil,
1. bedah kat bawah pusat - kalau usus tak ada saraf tu di bahagian bawah
2. bedah kat bawah perut macam orang bersalin caesarean - Kalau usus tak ada saraf berada atas dan panjang.
3. Tebuk perut / stoma untuk keluarkan usus buat sementara waktu - Itu kes kalau usus bengkak dan tak dapat menjalani surgery di atas.


Tengah malam start berpuasa,
3 pagi last minum susu,
4 pagi last minum air kosong



14 October 2014 (Selasa) - Hari Operate
masuk dewan bedah 8am,
keluar 1:30pm
Puasa
Tak berak
mamai
demam panas



Bangun saja dah berada di luar dewan bedah...Tak sure kenapa muka Hana bengkak...

sawsomi yang bawa Hana masuk ke dewan bedah...saya tak ada kekuatan...saat tu saya rela saya yang dibedah bukannya Hana yang baru 4 bulan...

 Dah keluar! Dah keluar! Hana dah keluar!!!




Operate kat pusat saja...syukur alhamdulilah...





Hana genggam jari saya begitu kuat



demam panas...


tidur tapi genggam jari kita


 time ni tengah menangis...



TQ Punitha dan bb datang melawat Hana




15 October 2014 (Rabu)
(Day 2)

masih puasa
tak berak



anak-anak yang ada di rumah



 bapa sawsomi menjalani pembedahan mata di Hospital Teluk Intan

 TQ my aunty dan my cousin datang melawat Hana


sawsomi bawa sawbebe dan Ilyas datang tengok Hana...Sebenarnya saya yang rindu dengan 2 orang budak ni...

16 October 2014 (Khamis)
(Day 3)





6:50am - kentut
6:55am - kentut
7:00am - kentut
10:20am - minum susu 15cc, cabut episral dan tiub oksigen
11:30am - berak yang ditunggu-tunggukan
3:30pm - susu badan 5 minit + 1oz air kosong
7:30pm - susu badan 5 minit
7:50pm - berak (taik yang ditunggu-tunggukan...Alhamdulilah...Terima kasih tuhan)
8:40pm - berak
10:00pm - susu badan 30cc




17 October 2014 (Jumaat)
(Day 4)

Hari ke-4

Terima kasih kawan sawsomi, Imas le sancy dan juga my muallaf sister Alliyah Ng datang melawat Hana



 Bil hospital...Terima kerajaan...



Terima kasih kepada semua orang yang mendoakan untuk Hana,
hanya Tuhan saja yang boleh membalas u all...

Terima kasih juga kepada Hana,
Hana hanya merengek teruk pada hari pertama selepas operate,
doktor cakap ubat bius yang membuatkan dia mamai dan mimpi ngeri dan kejap-kejap menangis...
Hari ke-2 sehingga hari keluar wad,
langsung tak ada masalah saya jaga dia kat hospital...
Alhamdulilah!!!