Thursday, October 30, 2014

[Hana 4m] 追奶记 Diari Kejar Susu



30/10/2014 @ 4m3w1d


Pada mulanya,
tak nak tulis...
takut timbul kontroversi...

tapi
tapi
tapi
ini my breastfeeding journey
(tiba-tiba ter-speaking)
apa salahnya i catat kat sini,
untuk rujukan (motif?) di masa depan...


i ada pam manual- Avent (zaman sawbebe)
i ada pam elektrik - Spectra 3 (zaman Ilyas)
dan
i berangan-angan nak pakai Medela freestyle!!!
Yang baru memang tak mampu dimiliki,
tak apa,
I beli yg 2nd...

kesimpulannya,
Memang sangat best dan syiok pakai Medela!

Lepas habis pantang,
masuk kerja pam setiap 3 jam,
alhamdulilah kuantitinya boleh tahan lumayan...

Tapi kebelakangan ni,
tak tau laaa Hana dah minum banyak
ataupun susu i dah tak banyak seperti dulu...
maka,
setiap 2 jam i akan pam,
kiri kanan campur dapat 2.5 oz,
(Hana minum 3 oz setiap 1 setengah jam )
kadang-kadang luck ada bagus sikit,
dapat 3- 4oz!!
Time tuang ke dalam storage plastik,
i akan ketuk-ketuk sampai titisan terakhir dan pastikan tak ada susu dalam botol susu...

minum air banyak-banyak?
9am-5pm,
3-4 liter air,
cukup tak?
ataupun perlu tambah?


Milk Booster?
orang makan milk booster ni cakap banyak bagus
i akan laju-laju beli...
orang cakap milk booster tu sangat bagus sampai basah bra,
i pun pantas-pantas klik masuk maybank2u...
tapi hasilnya,
tetap sama...
2 oz
4 oz
3 oz
then
2 oz
terus terang cakap,
i dah putus asa dengan milk booster...


adakah susu badan i tak cukup?
Bila i tanya pada "orang",
"orang" akan cakap tak ada istilah susu badan tak cukup...
set dalam otak SUSU BANYAK SUSU BANYAK
urut payu dara susu boleh keluar memancut
i tau...
i tau...
"orang" tu cuba nak beri galakan kepada i...
i sangat-sangat menghargai

tapi
tapi
tapi kes i ni macam mana nak cerita pula,
apa yang dok main di kepala otak i:
dengan perkataan lain STRESS
(Mau tak stressnya...)
susu perahan macam tu cukupkah kat Hana?
Apa yang patut i buat dengan 12.5 oz yang i dapat tu,
untuk diberikan kepada Hana yang nak 15 oz?


Yang juga turut menyumbangkan kerisauan i ialah :
USUS Hana!!
Usus Hana ni istimewa sikit!!

Sebab itu,
I masih teruskan perjuangan mengepam susu
Berjuang sehingga titisan yang terakhir!
Go Go sawhuifoon Go!!



Salah satu sebab lagi I teruskan mengepam adalah kepelbagaian jenis susu formula membuatkan i pening kepala...
Tadi pergi kat rak susu formula kat kedai ubat cina,
rambang mata dibuatnya...
pelbagai jenama,
pelbagai formula,
harganya?
gulp gulp gulp
telan air liur...
mau gugur semua bulu sawsomi...
balik office segera keluarkan pam susu...


Syukur Alhamdulilah
sampai hari ni (lagi 6 hari nak masuk 5 bulan)
Hana masih minum susu ibu...
(2 minggu di hospital minum susu agak tunggang terbalik dan kelam kabut, Hana kena puasa, then bila boleh minum, nurse ada bagi minum susu tepung hospital then suruh pula saya menyusu Hana, then puasa balik, then susu hospital, then susu badan...bila balik rumah eksklusif susu badan saja)
Walaupun tak tembam mana,
tapi syukur alhamdulillah
sihat sejahtera...


1 comment: