Sunday, October 26, 2014

[Hana 4m] Hana Operate - Pull-through Surgery


Masuk saja bulan October,
emosi saya menjadi sangat tidak stabil...
Pandang Hana saja,
saya mesti nak menangis...
Bukan saja saya,
nenek dan mak saya pun sama...

Tapi pada masa yang sama,
saya rasa gembira,
Semoga lepas operate,
Hana dah boleh berak sendiri dan tak perlu buat rectal wash out lagi...





12 October 2014 Ahad
- Admit to ward KK4, Institusi Peadtrik Hospital Kuala Lumpur



Beberapa orang kenalan (awak tahu siapa awak) watsapp saya,
memberi kata-kata semangat kepada saya...
Terima kasih kawan!!
pukul 4 petang,
bila dah nak ke hospital, baru beritahu nenek,
nenek punya menangis,
membuatkan saya lagi down...


 Dah tukar uniform hospital







13 October 2014 (Isnin)  - X-ray

Temujanji : 8 am

Pukul 7 lebih,
nurse dah bawa saya dan Hana ke bahagian X-Ray...
Menurut penjelasan doktor,
sejenis cecair putih akan dimasukkan ke dalam perut.
Cecair putih ini akan memberitahu di mana lokasi usus yang tak ada saraf.
Yang boleh kami buat,
Hanyalah serah kepadaNya,
Selain berdoa ialah berdoa!



Lepas x-ray,
kami tanya doktor yang x-ray tu macam mana dengan usus Hana,
Doktor cakap usus tak ada saraf tu di bahagian bawah saja,
tapi kena refer doktor pakar...



Sebelah petang,
keputusan X-ray dah dapat...
Syukur Alhamdulilah,
usus yang tak ada saraf tu berada di bahagian bawah saja...

Masa doktor datang minta ibu atau bapa tandatangani persetujuan operate,
doktor bagitau kemungkinan jenis surgery yang akan diambil,
1. bedah kat bawah pusat - kalau usus tak ada saraf tu di bahagian bawah
2. bedah kat bawah perut macam orang bersalin caesarean - Kalau usus tak ada saraf berada atas dan panjang.
3. Tebuk perut / stoma untuk keluarkan usus buat sementara waktu - Itu kes kalau usus bengkak dan tak dapat menjalani surgery di atas.


Tengah malam start berpuasa,
3 pagi last minum susu,
4 pagi last minum air kosong



14 October 2014 (Selasa) - Hari Operate
masuk dewan bedah 8am,
keluar 1:30pm
Puasa
Tak berak
mamai
demam panas



Bangun saja dah berada di luar dewan bedah...Tak sure kenapa muka Hana bengkak...

sawsomi yang bawa Hana masuk ke dewan bedah...saya tak ada kekuatan...saat tu saya rela saya yang dibedah bukannya Hana yang baru 4 bulan...

 Dah keluar! Dah keluar! Hana dah keluar!!!




Operate kat pusat saja...syukur alhamdulilah...





Hana genggam jari saya begitu kuat



demam panas...


tidur tapi genggam jari kita


 time ni tengah menangis...



TQ Punitha dan bb datang melawat Hana




15 October 2014 (Rabu)
(Day 2)

masih puasa
tak berak



anak-anak yang ada di rumah



 bapa sawsomi menjalani pembedahan mata di Hospital Teluk Intan

 TQ my aunty dan my cousin datang melawat Hana


sawsomi bawa sawbebe dan Ilyas datang tengok Hana...Sebenarnya saya yang rindu dengan 2 orang budak ni...

16 October 2014 (Khamis)
(Day 3)





6:50am - kentut
6:55am - kentut
7:00am - kentut
10:20am - minum susu 15cc, cabut episral dan tiub oksigen
11:30am - berak yang ditunggu-tunggukan
3:30pm - susu badan 5 minit + 1oz air kosong
7:30pm - susu badan 5 minit
7:50pm - berak (taik yang ditunggu-tunggukan...Alhamdulilah...Terima kasih tuhan)
8:40pm - berak
10:00pm - susu badan 30cc




17 October 2014 (Jumaat)
(Day 4)

Hari ke-4

Terima kasih kawan sawsomi, Imas le sancy dan juga my muallaf sister Alliyah Ng datang melawat Hana



 Bil hospital...Terima kerajaan...



Terima kasih kepada semua orang yang mendoakan untuk Hana,
hanya Tuhan saja yang boleh membalas u all...

Terima kasih juga kepada Hana,
Hana hanya merengek teruk pada hari pertama selepas operate,
doktor cakap ubat bius yang membuatkan dia mamai dan mimpi ngeri dan kejap-kejap menangis...
Hari ke-2 sehingga hari keluar wad,
langsung tak ada masalah saya jaga dia kat hospital...
Alhamdulilah!!!

No comments:

Post a Comment