Tuesday, October 7, 2014

[JUNE 2014] Hana Di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur

12 June 2014 @ 8 days old
Hari ke-7 di Hospital

Sawsomi outstation ke Penang,
saya stay diam-diam kat rumah saja.
 Menu berpantang saya hari ke-8


Malam, sawsomi bagitau...
Dia call WAD KK9,
nurse bagitau condition Hana lebih baik dari semalam,
Hana dah diberi susu,
tak puasa lagi!!!
Syukur Alhamdulillah!!!



13 June 2014 @ 9 days old
Hari ke-8 di Hospital

walaupun sawsomi suruh saya tunggu dia,
tapi saya dah tak sabar-sabar nak jumpa dengan Hana...
saya dan mak saya dan sawbebe naik teksi ke hospital.
Hanya saya dibenar masuk,
yang lain-lain tunggu kat luar.

terima kasih tuhan!
terima kasih banyak-banyak!



Hana kelihatan macam baby baby lain saja,
mukanya merah-merah,
dah tak macam baby sakit...
Nurse suruh saya susukan Hana,
terima kasih Tuhan,
Hana boleh hisap susu dengan baik sekali,
dia tidak lagi tolak tak nak susu...
Terima kasih banyak-banyak Tuhan,
Terima kasih kerana mempermudahkan semua urusan...
I LOVE YOU SO MUCH TUHAN
terima kasih banyak-banyak juga kepada doktor dan nurse kat situ sebab merawat Hana,
buat rectal wash out untuk Hana supaya perut dia tak kembong,
supaya dia tak muak dan boleh minum susu...
hati rasa banyak lega bila tengok keadaan Hana yang semakin baik...


P.S :
Hana menjalani Rectal Biopsy iaitu mengambil sampel usus dengan alat khas untuk mengesan Hirschsprung Disease...


1st time sawbebe jumpa adiknya...itu pun di sebalik kaca saja...hanya mak bapa saja yang dibenar masuk ke dalam wad, yang lain-lain boleh melawat bb melalui cermin saja. 



menu berpantang saya hari ke-9

bila dah tau Hana semakin baik, mak saya pun baru ada semangat nak jahit cadar dan sarung bantal untuk Hana...

1 comment:

  1. salam.. sy baru terjumpa blog akak ni.
    kisah anak akak yg sakit sama macam anak ke-3 sy.dan dirawat oleh IPKHKL .yg mempunyai kepakaran berkaitan usus kanak-kanak.dan sekarang alhamdullah anak sy sudah sihat..dah setahun lebih berlalu kisah itu.
    saya cuma nak tanya anak akak hana..sudah keluar wad kk9 ke..sekarang macam mana..sudah sihat ya.Harap perjalanan akak sekeluarga dan hana si comel tu sihat sentiasa.

    ReplyDelete