Friday, October 10, 2014

[resepi] Rendang Daging

bapa mertua dan mak mertua bagi daging korban,
mati kutu tak tau nak masak apa...




Resepi Rendang Daging

Asal : rinnchan

Bahan-bahan :
300gm daging lembu, dipotong kecil2
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Kerisik secukupnya
2 helai daun kunyit, dihiris

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
10 tangkai cili kering, direndam dalam air dahulu
Air secukupnya utk mengisar

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar.
2. Masukkan daging.
3. Masak sehingga daging lembut.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Terus kacau dan biar
hingga kuah pekat.
5. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masak hingga agak garing dan naik bau wangi kerisik.
6. Taburkan hirisan daun kunyit.


No comments:

Post a Comment