Saturday, November 29, 2014

[resepi] Daging Batang Pinang Masak Kicap Masin SawSawLady

Ini masakan orang malas






Hanya perlukan 3 bahan di bawah ni untuk perap daging
Gula sikit, white pepper sikit, kicap masin sikit...
perap dalam setengah jam...then panaskan kuali dengan sedikit minyak...masukkan daging dan masak sehingga masak dan ala-ala garing...then mangkuk tadi yang perap daging tu, masukkan sedikit kicap pekat dan kicap masin dan sikit air, then bila dah nak siap, buka api besar, tuangkan air ini ke dalam kuali...kalau nak ada kuah, jangan masak terlalu lama...kalau macam kami yang nak kering, biarkan air tadi tu kering sikit baru tutup api...
eh? faham ke?

sawbebe suka dan Ilyas yang cerewet pun suka...
saya akan gunting kecik-kecik then gaul dengan nasi untuk mereka...2 kali tambah nasi yooo...



Friday, November 28, 2014

[June 2014] YeaY! Mari Kita Pulang Ke Rumah

18 June 2014 @ 14 days old

Hari ini 18 June 2014 adalah hari baby Hana pulang ke rumah....

 Beratur nak buat rectal wash out dan mandi



Pagi doctor datang round ward, dan Hana dibenarkan pulang ke rumah!!!!
Apa lagi?
Lompat bintang laaaaa....

Tapi,
time tengah proceed untuk discharge,
tiba-tiba Hana demam panas...
Oh Tidak,
semalam pun demam,
tu yang semalam tak boleh balik kena tahan lagi,
pagi dah tak demam,
tengahari demam balik...
nurse cakap
mungkin bilik panas.
ya, i nak bagitau,
bilik memang panas,
panas macam oven...





So, separuh bogelkan Hana supaya suhu badan turun...









Akhirnya,
dapat pulang ke rumah juga!
Tak sabar-sabarnya nak tunjuk kat Hana,
rumah dia,
nenek dia,
kakak dia,
abang dia...
seperti yang i cakap kat Hana masa di hospital...
i tak pernah rasa begitu bagus dalam hidup i,
terima kasih tuhan untuk hari ni



Perjumpaan rasmi

[June 2014] Cabut tiub dan akhirnya Hana diserahkan kepada saya

16 -17 June 2014 @ 12 days old
Hari ke-11 Di Hospital


Hana dah 5 bulan nak masuk 6 bulan,
tapi update baru Hana 12 days old...



Saya watsapp gambar ni kepada sawsomi,
suruh dia tengok apa yang hilang?

sawsomi reply : "Alhamdulilah, dah cabut semua tiub"

Ya!
Ya!
Tiub air, tiub nutrition dah cabut...




opsss
sendiri terkejut tengok muka sendiri yang besar macam tray
.
.
 saya boleh dukung Hana tanpa perlu berjaga-jaga tiub ini tiub itu yang dicucuk kat badan Hana...



Petang tu, Hana diserahkan kepada saya di wad KK8...11 hari menunggu, akhirnya saya dapat jaga anak saya...










kami syiok sendiri

Wednesday, November 26, 2014

[7y] Cosplay as Anna from Frozen





Kostum beli kat taobao,
kalau tak silap, rm45 kot delivery sampai ke Malaysia...

Sunday, November 23, 2014

[Hana 5m] Fasa Percubaan

saya tahu saya telah buat yang terbaik

Wednesday, November 19, 2014

[Resepi] Sambal Udang Petai Nenek SawSawLady



Saya hidangkan sambal udang petai di atas ni kat sawsomi,
saya cakap saya yang masak,
tapi sawsomi tak percaya saya yang masak...
hehehe


Dari A-Z saya yang buat,
Tapi dari A-Z ditunjuk ajar oleh nenek saya!!!



Step by Step Sambal Udang Petai untuk rujukan diri sendiri di masa depan :

2 batang serai


 3 cili besar merah  2 cili kecil merah

 belacan sebesar ibu jari

3 ulas bawang merah



bahan-bahan di atas saya tumbuk tak halus, so nenek tumbuk lagi...
nenek cakap kalau malas blend saja [macam boleh baca isi hati saya saja nenek ni]



panaskan minyak...berapa banyak? agak-agak saja, asalkan cukup untuk tumis-menumis...

 tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi...
**Petua nenek saya: sisa-sisa kat lesung tu jangan dibuang, gaulkan dengan air, nanti masukkan untuk dimasak sekali.


 kemudian masukkan udang

masukkan petai


masukkan air asam jawa (ikut tekak masing-masing, yang suka masam, boleh extrakan air asam), sedikit gula, sedikit garam



SIAP


sawsomi 2 kali tambah nasi!!!

Friday, November 14, 2014

[Hana 5m] Genap Sebulan Operation

Hari ni genap sebulan Hana operate buang usus yang tak ada saraf.
dalam sebulan ni,
hanya 12 Oct tak buang air besar...

bagi budak-budak lain,
mungkin mak-mak tak risau,
tapi bagi Hana,
I is very the risau...
risau sampai nak bawa Hana pi hospital,
tapi syukur 13 Oct awai-awai pagi lagi dah men-tahi!!!


1st time rasa car seat...menikmati sehingga terlena...



Selepas itu menyedari bahawa nikmat yang sebenarnya ialah didukung...maka menangis dari mula destinasi sampai tamat destinasi...


perbezaan camera 360 dan tak ada camera 360 :






tak payah nyatakan...masing-masing ada jawapan...










syukur Alhamdulilah,
semuanya baik-baik!!!

Wednesday, November 5, 2014

[Hana 5m] Hana is 5 months old

5 November 2014
Hana 5 bulan






saya suka hisap jari saya


 bila ada masa lapang, saya akan hisap ibu jari kaki saya...


chor chor saya cakap, saya nak minta adik lagi! 


 bila saya tak meragam, sayalah budak paling comel di dunia ini


 jangan paksa saya senyum bila saya tak nak senyum


saya suka minum susu mummy saya (motif)