Tuesday, January 27, 2015

[Hana 7m] Gigi Pertama Hana



semua orang bersorak Hana dah ada gigi!!


Siaplah u all!!
Orang pertama dan orang kedua yang akan digigit ialah mummy dan Ilyas!!

Saturday, January 24, 2015

Kesilapan teknikal Astro; free tonton semua channel Astro

Sedang menonton The Sound Of Music @ HBO

Kisahnya begitu, 
Bil astro selalunya sawsomi auto debit guna cimb,
Yang nak dijadikan cerita,
Ada seorang staff astro tu sampai 6 kali auto debit,
Mula-mula sawsomi dapat sms cakap transaction tak berjaya (masa tu dia tak tau lagi 6 kali)
So, sawsomi pun suruh saya buat pembayaran dulu.
3 hari kemudian,
Sawsomi pi cucuk duit, duit dia kering kontang
Apa lagi, terkejut macam monkey!
Call bank, 
Bank bagitau astro hold pembayaran yang astro buat tu...
Yang nak buat cerita ialah,
2 hari kemudian, 
Semua transaction BERJAYA!!
Huhuhu
Sawsomi telah bayar langganan astro 1 tahun advance!!!
January - December 2015 punya bill dah dibayar!
Hebat tak hebat?

So,
Kesimpulan cerita ini,
Duit advance tu akan dipulangkan,
Dan untuk mententeramkan jiwa pelanggan yang alami terkejut monkey,
Pihak astro memberi free semua channel selama 3 bulan!
Apa lagi?
Pesta lompat bintang lor!

Friday, January 23, 2015

integrity


"Reputation is who people think you are, but integrity is who your really are"

haiz
haiz
haiz




Wednesday, January 14, 2015

[resepi] Kerabu Daun Pegaga SawSawlady Style

ini resepi nenek saya!

Kerabu Daun Pegaga siam style





bahan-bahan :
pinggan hijau - udang kering, serai, limau nipis
cawan biru - santan(masak sekejap)
mangkuk biru - cili, bawang merah, belacan
mangkuk kuning - kerisik
pinggan coklat - daun pegaga





then,
gaul gaul gaul








 2 ikat daun pegaga boleh makan untuk lunch dan dinner


kerabu daun pegaga




Tuesday, January 13, 2015

penat jaga hati orang

asyik kita yang kena jaga hati orang,
orang?
tak pedulikan perasaan kita langsung...

apa yang kita dapat?
SAKIT HATI!!


Penat laaa!
Letih laaa!

Monday, January 12, 2015

PMS bulan ini teruk

Dari hari sabtu lagi,
mudah marah dan naik angin terhadap perkara yang remeh temeh,
sensitif dan tak dapat nak kawal emosi,
rasa diri tidak dihargai,
rasa nak menangis pula...
semua tak kena
rasa macam nak tendang semua orang!!





[7y] SawBebe Darjah 2


2015,
sawbebe darjah 2.

saya dan sawsomi pergi sekolah tengok dia juga,
pergi tengok kelas dia yang dok kat tingkat paling tinggi!
risau...

belajar rajin-rajin dan hati kena happy ke sekolah tau!!





Monday, January 5, 2015

tahun baru,
rambut baru!!

[Hana 7m] Hana is 7 month old



masa Hana 6 bulan,
dia dah boleh mengesot,
tapi dia more to nak merangkak!
dan 6 bulan juga,
Hana secara rasminya boleh duduk!!

6 bulan adalah bulan makan,
Dah start kasi Hana makan solid food...

mulakan dengan pisang dan betik,
tapi dia reject kedua-duanya...

then bagi apple,
reject juga
last-last terpaksa bagi bubur nasi,
Tekak dia macam mami dia,
suka nasi!
Kita dengan nasi tidak boleh dipisahkan!!!
kan Hana kan!!




Gambar dari 5 December 2014





dengan gunakan alasan Hana nak makan, maka saya berjaya membeli benda ni



Puree Pisang
 Hana tak nak makan pun
Tahap kekecewaan saya tu macam nak langgar dinding...
takut kena perli dengan sawsomi sebab beli hand blender tapi anak tak nak makan pun makanan blend...



Puree Papaya
Hana juga tak nak makan


 first time makan solid food


 muka tak nak makan puree pisang









3 keping gambar di atas tu saya pun dah lupa apa benda...
rasanya ada apple,
tapi Hana tak nak makan juga





last-last terpaksa beli ikan bilis yang super halus tu, goreng tanpa minyak then blend halus-luas (saya tau saya blend tak halus)




bubur nasi + serbuk ikan bilis
Hana suka!




 Ini pula homemade chicken stock...
goggle saja...melambak-lambak resepi kat internet...
Yang saya buat punya, simple punya
bahan-bahan ada :
tulang-tulang ayam
carrot
sedikit halia
setengah biji bawang besar
2 batang celery
air
saya masak dengan slow cooker sampai keluar bau keluar rasa.










 ini bubur carrot + homemade chicken stock




 saya bukan nak puji anak saya, tapi Hana sangat pandai makan...
kalau makan bubur, sekejap saja sudah habis.
dia makan dengan sangat gelojoh

 

 Hana dengan pakciknya


 Hana dan nenek









Semoga terus membesar dengan sihat!!!

Thursday, January 1, 2015

2015

Tahun 2015,
pasti tahun yang lagi baik!!