Monday, January 5, 2015

[Hana 7m] Hana is 7 month old



masa Hana 6 bulan,
dia dah boleh mengesot,
tapi dia more to nak merangkak!
dan 6 bulan juga,
Hana secara rasminya boleh duduk!!

6 bulan adalah bulan makan,
Dah start kasi Hana makan solid food...

mulakan dengan pisang dan betik,
tapi dia reject kedua-duanya...

then bagi apple,
reject juga
last-last terpaksa bagi bubur nasi,
Tekak dia macam mami dia,
suka nasi!
Kita dengan nasi tidak boleh dipisahkan!!!
kan Hana kan!!




Gambar dari 5 December 2014





dengan gunakan alasan Hana nak makan, maka saya berjaya membeli benda ni



Puree Pisang
 Hana tak nak makan pun
Tahap kekecewaan saya tu macam nak langgar dinding...
takut kena perli dengan sawsomi sebab beli hand blender tapi anak tak nak makan pun makanan blend...



Puree Papaya
Hana juga tak nak makan


 first time makan solid food


 muka tak nak makan puree pisang









3 keping gambar di atas tu saya pun dah lupa apa benda...
rasanya ada apple,
tapi Hana tak nak makan juga





last-last terpaksa beli ikan bilis yang super halus tu, goreng tanpa minyak then blend halus-luas (saya tau saya blend tak halus)




bubur nasi + serbuk ikan bilis
Hana suka!




 Ini pula homemade chicken stock...
goggle saja...melambak-lambak resepi kat internet...
Yang saya buat punya, simple punya
bahan-bahan ada :
tulang-tulang ayam
carrot
sedikit halia
setengah biji bawang besar
2 batang celery
air
saya masak dengan slow cooker sampai keluar bau keluar rasa.










 ini bubur carrot + homemade chicken stock




 saya bukan nak puji anak saya, tapi Hana sangat pandai makan...
kalau makan bubur, sekejap saja sudah habis.
dia makan dengan sangat gelojoh

 

 Hana dengan pakciknya


 Hana dan nenek









Semoga terus membesar dengan sihat!!!

No comments:

Post a Comment