Thursday, May 21, 2015

[resepi] Ayam Masak Merah Yang Sangat Sedap



1st time masak Ayam Masak Merah last year punya bulan puasa,
sawsomi puji SEDAP!
siapa yang nak datang buka puasa,
mesti dia request suruh masak Ayam Masak Merah!
[tapi saya tak pernah pun update kat sini]

2 minggu yang lepas,
link Ayam Masak Merah sifu saya hilang,
2 minggu,
saya google tak dapat cari balik resepi tu...

tapi hari ni ada luck,
dapat jumpa balik link itu!

ini sifu Ayam Masak Merah saya


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - potong sedang
  • 1 batang serai - diketuk
  • 20 tangkai lada kering - rebus dan blend
  • 5 biji bawang merah - ditumbuk
  • 4 biji bawang putih - ditumbuk
  • 1/2 inci halia - ditumbuk
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos cili
  • 1 biji bawang besar - di hiris bulat
  • 1 biji buah tomato (tak letak pun tak pe)
  • Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa
  • Serbuk kunyit - untuk mengoreng ayam
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Air perahan asam jawa

Cara membuat :
  •  Gaul garam dan serbuk kunyit pada ayam 
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Bila minyak panas, gorengkan ayam 
  • Tidak perlu garing, cukup sekadar matikan darah ayah sahaja
  • Ketepikan ayam dahulu
  • Dalam kuali yang lain, panaskan minyak
  • Tumiskan bahan tumbuk dan serai hingga garing
  • Masukkan lada kering yang telah diblend tadi
  • Biar sambil di kacau-kacau lada sehingga lada garing
  • Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan ajinomoto
  • Kacau sebati
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
  • Kacau sebati
  • Masukkan air perahan asam jawa 
  • Masukkan bawang besar yang dihiris bulat dan tomato buah yang dipotong baji
  • Biarkan mereneh seketika
  • Bila kuah mulai memekat, bulehlah di angkat dan dihidangkan



Terima kasih sifu!!

No comments:

Post a Comment