Sunday, May 31, 2015

[resepi] Donut Topping Coklat

Saya buat donut lagi!!
Donut Topping Coklat








Resepi Donut
(uli dengan bread maker)

Step 1:
Hidupkan yis
75ml air suam
2 sudu besar gula
1 ¾ sudu kecil yis mauripan


1st time yis saya hidup dengan jayanya



Step 2 :
Dalam bekas pengguli, masukkan semua bahan basah.
1 biji telur + ½ sudu kecil garam (kacau dalam bekas lain)
2 sudu besar susu pekat
1 ½ sudu besar shortening / marjerin

Step 3 :
Selepas masukkan bahan basah, masukkan bahan kering pula.
280 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh custard powder

Step 4:
Set No.8. Biar breadmaker jalan sampai akhir. Masa yang diambuil ialah 1:30 jam.

Step 5:
Doh yang dah kembang, pukul-pukul bagi keluar angin. Kemudian boleh buat bentuk. Biarkan donut kembang kali kedua.








Step 6:

Goreng dengan minyak yang banyak dan api yang kecil. Tabuh gula. Siap.

bersedia untuk disalut dengan coklat



Donut frozen
kalau nak simpan frozen....goreng donut sekejap...bila nak makan goreng semula...

*saya guna tepung gandum, testur donut agar kasar berbanding dengan tempoh hari sayan guna tepung high protein. 
**Kali ni juga saya masukkan custard powder, itu resepi kedai bakery. So donut jadi kuning kekuningan!



Resepi Topping Coklat
Sumber : http://sue-hasue.blogspot.com/2011/06/resepitopping-donut-coklat-dan-susu.html

100g coklat masakan-dihiris/potong kecil2
1 sudu teh mentega/marjerin
1 sudu besar whipping cream
Chocolate rice secukupnya

Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler(panaskan bekas tahan panas di atas periuk yang berisi air),masukkan coklat ke dalam bekas tersebut dan cairkan(kacau dengan hand whisk).
  2. Masukkan mentega dan whipping cream dan kacau sehingga halus dan sebati. sedia untuk digunakan.



Note:Kalau dah beku,boleh laa panaskan balik guna kaedah yang sama










No comments:

Post a Comment