Sunday, June 21, 2015

2015 Ramadhan Day 4


Dugaan besar bulan puasa ialah terpaksa berdepan dengan budak ini.
Ilyas : mummy, air puasa tak?
saya : Puasa! Ilyas puasa tak?
Ilyas : PUASA (jawab dengan penuh keyakinan sambil minum air kotak)
KURANG HASAM!!!

Di dalam bulan puasa,
sebelum Ilyas makan apa-apa,
dia akan tanya : Roti puasa tak? Nasi puasa tak? Tomato puasa tak? Cili puasa tak? Pisang puasa tak? Ais krim puasa tak? Susu puasa tak?



 sawbebe tengah tolong masak kuih sagu kukus

 Menu berbuka puasa hari ini ialah bubur lambuk free dari Hotel De Palma Ampang dan beli roti john dengan bro pasar ramadhan.
Hari ni saya hanya buat agar-agar (sawbebe request),  kuih sagu kukus dan air 3 jenis.


This year dia lebih kuat daripada last year!!
Cuma kena tahan kerenah dia tak larat nak buat kerja sekolah dan hanya larat tengok kartun!

No comments:

Post a Comment