Wednesday, August 5, 2015

[Hana 1y] Hana 1y2m

5 August 2015
budak Hana masuk 1 tahun 2 bulan.

Tepat 1 tahun 2 bulan,
Baru dapat berjalan dengan jayanya!
Tahniah Hana!

Selfie


Tiap-tiap hari saya balik kerja,
disambut dengan jeritan excited dia...

Sekarang ni, belum sempat nak tanya " Siapa buat?" " Mana sakit?"
Dia awal-awal lagi akan pukul kepala sendiri sambil buat bunyi...
Tak kira mana sakit pun dia akan tunjuk kepala yang sakit...
hehehe...comel sangat!!




Kalau kita keluar rumah tak bawa dia, dia akan melalak!
Dah pandai...Dah tahu jalan tu best!!


Hari lahir sawsomi jatuh pada bulan puasa...so tak dapat pergi celebrate kat Chili's....





Paling suka Ilyas dan Hana tidur...macam-macam gaya...







Pakai baju Frozen...
Hana tengok gambar Frozen di baju sawbebe, then dia tengok gambar Frozen di bajunya,...then dia tepuk-tepuk gambar Frozennya dan tunjuk baju sawbebe...


Hari raya di kampung...











minum susu sama-sama...




Mesyuarat tingkap





kalau nampak kita nak ambil gambar, dia akan buat "PEACE"




Semuanya baik-baik
Alhamdulillah

Terima kasih Tuhan

2 comments:

  1. assalamualaikum.Puan,camne dengan hana sekarang?anak ketiga saya disyaki ada hirschsprung.adakah hana masih kembung selepas melakukan pembedahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Alhamdulillah Hana sihat...
      Selepas Hana buat pembedahan, dia dah boleh buang air besar dengan normal...perut pun dah tak kembung...
      Sekarang anak mizi ada di hospital?
      ini facebook saya : Saw Hui Foon Abdullah

      Delete