Monday, October 31, 2016

[RESEPI NOXXA] Bihun/Mee Hoon Goreng NOXXA versi SAWSAWLADY

Bihun / Mee Hoon Goreng NOXXA versi SAWSAWLADY


Satu lagi resepi NOXXA kena simpan untuk memudahkan saya membuat rujukan di masa akan datang...iaitu BIHUN/MEE HOON GORENG NOXXA VERSI SAWSAWLADY kegemaran seisi keluarga...


Mari mencatat sebelum lupa...

Bihun / Mee Hoon Goreng NOXXA versi SAWSAWLADY

Bahan-bahan:
1 bungkus 400g bihun cuci dan tos kering
2 ulas bawang merah cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
Ayam dada/ udang/ sotong
Sayur
2 1/2 cawan air

Bahan Sos: Gaulkan dengan sedikit air
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu putih KFC garam
sedikit perasa

Set STIR mode
Masukkan sedikit minyak, 
then tumis bawang merah dan bawang putih
sehingga naik bau 
or kekuning-kuningan.


Masukkan ayam/ udang or sotong...
saya guna ayam sebab masa itu peti ais ada ayam saja...

Kemudian masukkan sayur.
Kobis dan carrot.
Kacau-kacau sekejap saja.


 Masukkan bahan sos dan 2 1/2 cawan air.

Masukkan bihun.  


 Gaul bihun sehingga rata dengan sos

P.S: Saya offkan STIR MODE


 Set STEAM 2 kali


 Jangan lupa tombol ini. 
Pusing ke STEAM


 Sebaik saja periuk NOXXA berbunyi tanda siap masak (faham tak?), 
cepat-cepat gaulkan dengan chopstick kayu untuk elak kerak di bawah


 Ini rupa selepas siap masak, 
panjang-panjang bihun...
Cantik!!
Memang puas hati!!

P.S: Saya pernah set STREAM 5 kali, bihun jadi putus-putus dan hancur-hancur

Ada juga kerak-kerak macam ini

Sedap!!
Sendiri masak sendiri puji...hehehe





Monday, October 24, 2016

[sawbebe 9y] Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

sawsomi: Kenapa keputusan awal tahun dan pertengahan tahun teruk? Kenapa akhir tahun ok pula?
sawbebe: Sebab daddy janji nak beli Barbie! Jadi sufei buatlah baik-baik!

Ish Ish Ish
Budak sekarang sangat materialistic dan realistic!
















Sunday, October 23, 2016

[Resepi Low Carbs] Coleslaw Low Carbs versi SawSawLady

Ya,
saya sedang diet.

Sudah 23 hari diet,
tapi hari ini cheat day
hahahaha

Saya buat "Diet Tak Makan Nasi Dan Pengambilan Gula"
So far,
berat dari 62 kg menjadi 57kg.


Semalam (22/10/2016) baru buat senaman berjalan kaki.
Sebab...
berat dah turun tapi stamina tak ada.
So, 
saya akan mulakan senaman berjalan kaki dan mengawal pemakanan saja.

Eh? Lari tajuk pula...

Sebenarnya nak buat entry Coleslaw Low Carbs versi sawsawlady sebelum hilang ingatan.




Resepi Coleslaw Low Carbs versi sawsawlady

Bahan-bahan:
1/2 biji kobis
1/2 batang carrot
6 sudu makan mayonis
3 sudu sour cream
1 sudu cider vinegar
1 titik stevia
sikit garam


 Saya guna separuh saja...
then yang bahagian keras pun saya tak guna...



 Selepas dipotong halus-halus


 apa-apa brand mayonis pun boleh...
kalau dapat yang carbs rendah lagi bagus...



 beli kat giant RM6 ++



cuka


 Stevia


 Gaulkan semua bahan sehingga sebati


SIAP
Sedap dimakan sejuk sejuk

Thursday, October 13, 2016

[Periuk NOXXA] Bubur Nasi Kosong NOXXA versi sawsawlady

sawbebe demam dan sakit tekak, dia request nak makan bubur.
Resepi bubur nasi ini saya ambil dari periuknoxxa.blogspot,
tapi saya buat bubur nasi kosong dan ayam rebus saja.


Bubur nasi kosong dan ayam rebus yang dicalitkan



2 pot beras (Basuh dan tos kering)
18 pot air
Set mod HIGH PRESSURE 15 kali


*Peringatan: 2 pot terlalu banyak, lain kali kena masak 1 pot saja

Wednesday, October 12, 2016

[Periuk NOXXA] Nasi Ayam Hainan Mudah NOXXA versi sawsawlady

Ini kali kedua saya masak nasi ayam hainan dengan menggunakan periuk NOXXA.
Memang mudah dan senang.

Nasi ayam Hainan mudah NOXXA versi sawsawlady


 Saya menggunakan pes nasi ayam Hainan brand ini. 
Beli di Giant, 
Harga: RM6++



4 pot beras (Basuh dan tos)
5 pot air (*selepas itu tambah 1/2 pot lagi sebab nasi tidak berapa masak)
2 helai daun pandan

(*Peringatan: Next time air 5 1/2 pot)


 Set mode STEAM, tekan 7 kali
(*Peringatan: Next time try STEAM 10 kali pula)



 Tapi nasi tidak berapa masak, so tambah STEAM 3 kali lagi.
(Nasi masak tapi di bawah nasi menjadi berkerak sikit)


Anak saya tidak suka ayam kukus, so saya buat goreng macam ini saja...
Bahan perap serbuk lada putih, sos tiram sikit, gula dan sikit garam. 
Saya perap semalamam.
The next morning, saya goreng ayam ini dulu, 
kemudian lap-lap inner pot dengan tisu dapur 
then masak nasi pula.


Ini gambar kicap untuk makan dengan nasi ayam Hainan yang kurang jelas...tangan menggeletar 

Bahan-bahan sos kicap versi sawsawlady:
sos tiram - 2 sudu makan
kicap manis - 3 sudu makan
air - 5 sudu makan
gula - 1 sudu makan

Sos cili saya tak buat sebab anak-anak saya tidak makan pedas. hehehehe


 Habis satu periuk walaupun nasi berkerak
Review: sawbebe cakap nasi kali ini lagi sedap dari nasi tempoh hari


Nasi ayam Hainan mudah Noxxa versi sawsawlady

Wednesday, October 5, 2016

[Periuk NOXXA] Telur Rebus Tanpa Air NOXXA

Sebelum beli NOXXA, pernah nampak orang rebus telur dengan NOXXA. Tapi bila Google tak jumpa jumpa...

So, terpaksa trial and error.


 1. Mula-mula, alas dengan tisu dapur. Lebih kurang 2-3 keping.


Ini tisu dapur yang saya maksudkan
(Photo: Google)


 2. Kemudian, basahkan tisu dapur.


 3. Cuci telur bersih-bersih dan masukkan telur.


 4. Tutup penutup. Set mode High Pressure. Tekan 2 kali. Tekan ON. 
(Pastikan tombol berada di PRESSURE)


5. Telur rebus NOXXA.  
Ini kes potong panas-panas, itulah tak cantik.



Semalam saya rebus telur lagi!




Nota kaki:
Mula-mula saya set HP 1 kali. Telur menjadi 'medium'. So, saya tambah lagi HP 1 kali. Barulah telur menjadi 'hard'. (Refer gambarajah di bawah)



Thursday, September 22, 2016

[Periuk NOXXA] Daging Masak Black Pepper Perencah Berlada Hitam Maggi NOXXA Versi sawsawlady

Tajuk yang so panjaaaaaaaang,
tapi masak 10 minit saja.



Daging Masak Black Pepper Perencah Berlada Hitam Maggi NOXXA Versi sawsawlady

Bahan-bahan:

Daging- 1 bekas taufufa
Perencah Berlada Hitam Maggi - 2 sudu  *Kena bancuh dengan air suam
Cili benggala
Bawang Holland
Daun bawang

Cara Memasak:
1. Gunakan mode STIR FRY, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan atau naik bau.
2. Masukkan daging. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan air bancuhan perencah.
4. Setting mode HIGH PRESSURE, tekan 10 kali. Tutup penutup.
5. Bila masa masak HIGH PRESSURE sudah tamat, lepaskan wap. Setting mode STIR FRY, masukkan bawang holland, cili benggala dan daun bawang. Goreng sekejap.
6. Siap untuk dihidang.




sayang nak buka plastik itu...hehehehe


Mana pergi bawang holland dan daun bawang saya?
Sebenarnya begini...
saya sudah tersilap langkah...
sepatutnya bawang holland, cili benggala dan daun bawang tu masuk last.
tapi saya awal-awal sudah kasi masuk.
Jadi bila dah HIGH PRESSURE,
semuanya sudah layu selayunya
So,
tuan-tuan dan puan-puan,
abang, kakak dan adik...
bahan aksesori itu masuk last,
OKAY?!



Memang lembut...
selalunya saya guna dapur gas - 30 minit nak kasi daging lembut. 
Ini 10 minit saja, daging sudah lembut!!!

2 mangkuk nasi tambah
burppppp



Tuesday, September 20, 2016

[Periuk Noxxa] Mee Goreng Noxxa Senang Dimasak Sedap Dimakan


 Main kutu periuk Noxxa. Dan akhirnya bulan ini turn saya. Ingatkan nak simpan di bawah katil tunggu periuk Noxxa ini beranak anak periuk Noxxa, tapi janji terpaksa ditepati (Alkisahnya semasa mahu main kutu periuk Noxxa, saya telah menaburkan janji masak hari-hari supaya sawsomi meluluskan permainan kutu noxxa). Saya amat menyesal dengan diri sendiri. Bah kata pepatah  'Don't promise when you're happy, Don't reply when you're angry, and don't decide when you're sad.' Peringatan untuk diri sendiri!!

Sebenarnya masa raya haji, periuk noxxa saya ini telah pun dirasmikan dengan memasak Nasi Arab Ayam. Tapi masa itu atas tunjuk ajar abang ipar.

Pagi ini, saya explore sendiri periuk noxxa saya itu. Dan terhasillah Mee Goreng Noxxa.



Resipi Mee Goreng Noxxa versi sawsawlady

rujukan 1: Azie Kitchen
rujukan 2: periuknoxxa.blogspot.my
rujukan 3: Instagram Julia Othman


Bahan-bahan:

Mee kuning 1 paket (Cuci dan tos)
Bawang putih 3 ulas
Isi ayam (macam dalam gambar)
Sayur sawi


Bahan Sos (Gaul):
Sos tiram 1 sudu besar
Sos cili 3 sudu besar
Sos tomato 3 sudu besar
Kicap pekat secukupnya
Garam 1/4 sudu kecil KFC


Air secukupnya




Cara-cara memasak dalam Periuk Noxxa:

1. Guna mode STIR FRY, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau atau kekuningan.
2. Then masukkan ayam. (Kalau ada udang atau sotong, time ini boleh masukkan). Kacau-kacau sampai ayam masak. Kemudian masukkan bahan sos dan sedikit air.
3. Masukkan mee kuning, kacau sehingga rata dengan sos.
4. Tutup periuk dengan penutup, tukar setting kepada mode HIGH PRESSURE. Set selama 3 minit.
5. Lepaskan wap. Barulah penutup boleh dibuka.
6. Sedia untuk dihidang.







Bekal untuk sawbebe, sawsomi dan saya


* Mee goreng saya ini ada sedikit hangus. Mungkin air terlalu sikit. 
So next time kena lebihkan air sikit.