Sunday, January 31, 2016

Daging Goreng Kunyit Yang Senang Dimasak Dan Sedap

Saya 1st time masak daging goreng kunyit...
saya memang takut masak daging sebab daging liat dan susah lembut...

Tapi,
sawsomi super sangat makan daging...
dan masalahnya dia beli daging batang pinang sampai 1 kilo...
huhuhuhu

Daging masak blackpepper
Daging masak kicap
Daging masak serai

Akhirnya saya cuba daging goreng kunyit....



Ambil resepi ini dari ENYABDULLAH. Dan kemudian mendapati MASAM MANIS pun ambil resepi Daging Goreng Kunyit dari ENYABDULLAH...

Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Senang Dan Sedap

Bahan-bahan :
600 gm daging (saya guna daging batang pinang)
2 - 3 inci kunyit hidup - tumbuk 
1-2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia - hiris nipis (saya tak bubuh sebab halia kehabisan)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
2 ulas bawang besar
Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
Cili merah - hiris nipis (saya tak bubuh)
Minyak secukupnya
Garam

Cara :


Daging dihiris nipis. Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.


Kemudian masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi. (Peringkat ni boleh sediakan awal-awal)


Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih sedikit) dan buka api. Goreng daging seketika dengan minyak tu. Masukkan garam jika perlu.


Akhir sekali masukkan sayur kacang, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!



Feedback dari sawsomi : Daging empuk, lembut...dan sedap!!
Kembang hidup kembang buntut!!
TQ pemilik resepi

Saturday, January 30, 2016

[Bento] Bekal Ke Sekolah January 2016 Week 4


25 January 2016
Cuti Hari Thaipusam
Bento sawsawlady pun cuti juga!


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


26 January 2016
Lempeng - repeat




27 January 2016
Roti Telur + French Fries




28 January 2016
Mee Goreng + Fish ball goreng







29 January 2016
Sepatutnya bekalkan donut,
tapi donut kat kedai roti habis...
so, buat nasi goreng.

Nasi goreng + sosej + nugget





Nota kaki :

Walaupun selalunya tak habis makan,
tapi tiap-tiap pagi Ilyas akan tanya "Ilyas makan apa?"

Saturday, January 23, 2016

✈ Hantar Saudara Mara Pergi Umrah ✈

Angelina Sarah dan adik-beradiknya pergi umrah. 
So, kita orang hantar Angelina Sarah ke airport 





 

 Alamak blur pula


 





Geram tengok baby

Friday, January 22, 2016

[Bento] Bento Ke Sekolah Week 3 January 2016

Plan nak buat bento/ bekal macam ni untuk weekend ni...


 Gigih lukis...



18/1/16
Lollipop Sandwich Tak Jadi
 Pasal apa jadi macam ini...





19/1/16
Nasi Ayam


Ilyas cakap tak sedap...
Tapi memang tak sedap pun,
nasi tak berapa masak...


20/1/16
Roti Sosej Bersalut Telur + Jagung + Agar-agar





Dah lupa siapa punya bento/bekal...
Yang agar-agar Hello Kitty untuk perempuan
Yang agar-agar Iron Man dan Captain America untuk lelaki


21/1/16
Pasta + Nugget + Agar-agar


 Pasta...anak-anak tak habis makan...
Ilyas cakap tak sedap, asyik nugget saja



 Hana curi makan


22/1/16
Nasi Goreng Cina + Roti Telur

 Nasi goreng cina untuk sawbebe dan sawsomi


 Roti Telur untuk Ilyaas dan saya
Yang ni dia suka, 
so licin


Saturday, January 16, 2016

[Bento] Tiba-Tiba Dapat Kerajinan Untuk Buat Bekal Untuk Anak



8/1/16

Dah 4 hari sekolah baru ada kekuatan nak buat bekal anak untuk bawa ke sekolah.
1st day buat lempeng saja


11/1/16
 Pasta + mini sosej


12/1/16
 Roti sosej telur


13/1/16
 Bihun Goreng


14/1/16
 Donut ball + mini sosej



15/1/16
Kek Pisang + Jambu air

Friday, January 15, 2016

Balik Last Pula

Kecoh pasal...
orang balik last tak tutup lampu dan tak kunci pintu tingkat 2!!


Tuesday, January 12, 2016

Balik Awal

Kes 'apek' belum aman damai lagi,
datang satu kes pula

Ani bagitau ada orang complaint,
orang Kxxxx balik awal, turun ke bawah sebelum pukul 5:30pm!

Mesin thumbprint dah 5;30pm,
jam orang yang complaint dan juga majikan baru pukul 3pm kot!!!

Tuesday, January 5, 2016

[Hana 1y] Hana 1y7m

5 January 2016,
Hana dah masuk 1y7m!
Masih tak boleh bercakap...
Dia nak benda, dia tunjuk dan cakap 'ah aaah aaaaah'
Dia panggil kakak dia - ma
Dia panggil abang dia - ma
Dia panggil bibik dia -ma
Dia panggil chor chor dia - ma
Dia panggil bapa dia - ma
Dia panggil mak dia - ma







Ni kat Desa Water Park 



Ni ikut sawsomi outsation ke Penang


Kucing dia...


bangun pagi dah nak rebut shawl dengan saya...


Desaw waterpark...familyday company sawsomi




Follow up appointment di Pediaktrik, HKL pasal Hirschsprung's Disease
sepatutnya October 2015, tapi tak perasan dan kena buat appointment baru...
Aklhamdulillah, 
Semuanya baik-baik walaupun berat dia hampir-hampir 10kg


Serene Saw, my cousin kahwin





Pose bila nampak saya pegang hp...