Tuesday, March 22, 2016

 HANGUL  한글 (Part 1)




Bahasa Korea dipanggil sebagai Hangugmal  (한국말) atau dalam bahasa formal, Hangugeo (한국어). Tulisan Korea dikenali sebagai Hangul (한글) yang bermaksud “tulisan (글) yang hebat (한)”.

Hangul ialah abjad untuk Bahasa Korea yang berbeza dari sistem logographic Sino-Korean (Hanja). Hangul merupakan skrip untuk Korea Utara, Korea Selatan dan Wilayah Autonomi Korea Yanbian di China. Ia kini juga dijadikan sistem tulisan bahasa Cia-Cia yang ditutur di Pulau Buton, Sulawesi, Indonesi.

Hangul mempunyai 28 jamo (자모/aksara ) pada asalnya namun 4 daripadanya tidak digunakan lagi. Kini, hanya terdapat 24 aksara yang diguna saja.

10 huruf vokal (vowel) + 14 konsonan (consonant) = 11172 corak/pola (pattern)

Hangul dicipta pada zaman pemerintahan Raja Sejong di era Dinasti Choson (1393-1910). Raja Sejong, pencipta Hangul dianggap sebagai pemimpin agung dalam sejarah Korea. Sebelum Hangul dicipta, Korea menggunaka sistem penulisan yang dipinjam daripada karakter bahasa Cina yang dikenali sebagai Hanja (한자/漢字). Hanja ialah istilah Korea bagi huruf bahasa Cina.

Pada tahun 1446, abjad Korea yang pertama dikenali sebagai Hunmin-chongum. Ketika diumumkan pada peringkat awal oleh Raja Sejong, Hunmin chongum mempunyai 28 aksara, dan 24 daripadanya masih digunakan sehingga hari ini.


 Konsonan Hunmin chongum:
 ㄱ (g), ㄴ (n), ㄷ (d), ㄹ (l/r), ㅁ (m), ㅂ (b), ㅅ (s), ㅇ (null/ng), ㅈ (j), ㅊ (ch), ㅋ (k), ㅌ (t), ㅍ (p), ㅎ (h)


 Vokal Hunmin chongum:
 ㅏ (a), ㅓ (eo), ㅗ (o), ㅜ (u), ㅡ (eu), ㅣ (I), ㅑ (ya), ㅕ (yeo), ㅛ (yo), ㅠ (yu)




 *Fakta menarik tentang Hangul*


 1.Terdapat 24 jamo (자모/ aksara) di dalam sistem abjad Hanhul: 14 konsonan dan 14 vokal. Setiap jamo dibungkan bersama menjadi blok suku kata.


 2.Bentuk vokal berdasarkan 3 elemen: Manusia (ㅣ), Bumi (ㅡ) dan langit(). Dalam Hangul moden, titik berubah kepada garisan pendek (short line).
 (Bersambung...)



Credit : Nana_Seul

#sawhuifoon
#belajarbahasakorea
#notabelajarbahasakorea
#notasawhuifoonbelajarbahasakorea


No comments:

Post a Comment