Friday, March 4, 2016

Permohonan Pendaftaran Untuk Kemasukan Murid Tahun Satu Sesi Persekolahan 2017 Dan 2018

Nak daftar bagi Ilyas...Ilyas dah nak masuk darjah 1...Cepatnya masa berlalu....!!!



Nasib baik sawbebe bawa balik surat ni...barulah saya teringat kena daftar untuk Ilyas...Terima kasih kepada pihak sekolah sawbebe yang prihatin!!


Ambil perhatian:

Aplikasi Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL) aplikasi sistem ini telah ditutup ( daftar untuk sawbebe Tahun 1)

So...so...so...

Pendaftaran baru tahun 1 bagi sesi 2017-2018 akan menggunakan aplikasi sistem yang baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT).

Memang sangat mudah...Butiran peribadi kita di-link-kan dari JPN. So tak payah susah-susah nak isi peribadi anak dan kita lagi... (tapi ada perkara yang kena isi juga, contohnya maklumat pra sekolah anak-anak...)




Langkah 1 :

KLIK LINK BAWAH NI :

Aplikasi Sistem Permohonan Online Ke Tahun Satu Bagi Negeri Selangor Dan Putrajaya Ambilan Tahun 2017/ 2018


Langkah 2 :



Mak mak dan pak pak atau penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak/ jagaan mereka ke tahun 1.


Langkah 3 :
- Isi / semak butiran anak. Then klik SIMPAN
- Isi / semak butiran bapa dan mak. Then klik SIMPAN
- Pilih sekolah. Then klik SIMPAN.
- Last sekali PENGAKUAN.
(ingat-ingat-lupa)


Langkah 4 :
HANTAR. siap.


Mana siap lagi, PRINT pendaftaran online ini  bersama-sama dengan dokumen sokongan (asal dan salinan) ke sekolah yang dipohon.

Dokumen sokongan yang diperlukan (sekolah cina) :
1. SATU (1) set Maklumat Pendaftaran Online yang dicetak
2. Sijil Lahir Asal
3. SATU (1) salinan fotostat Sijil Lahir kanak-kanak (Sila tulis nama cina)
4. Dokumen pengesahan alamat ( Bil air, bil elektrik atau bil telecom)
5. Salinan kad pengenalan mak dan bapa / penjaga (asal + salinan)
6. 2 sampul surat putih (4" x 9") yang bersetem 60 sen dengan alamat sendiri.
7.  Sijil nikah/ pendaftaran perkahwinan/ hak penjagaan anak (asal dan salinan)


Tarikh : 1 March 2016 - 31 April 2016 (hari Isnin hingga Jumaat)
Masa : 8:30am - 4:30pm ( pergi sebelum kerani/ cikgu sekolah berehat atau selepas berehat)









No comments:

Post a Comment