Sunday, July 31, 2016

Resipi Bubur Lambuk Johor Versi Noxxa

Resipi ini abang ipar share kat group WhatsApp, jadi saya tidak tahu resipi ini mahu kredit kepada siapa. Simpan dulu resipi ini, nanti dah ada periuk Noxxa baru masak. Thank you pemilik resipi ini. Saya share ya.


Resipi Bubur Lambuk Johor Versi Noxxa
(Sumber: Perkongsian di group whatsapp)

Bahan:
3 cawan beras
Air penuhkan sehingga 3/4 Pressure Cooker
3 biji kentang potong dadu
1/2 bj carrot potong dadu
Isi ayam dipotong dadu
(Saya potong semua guna Food Processor je)
Santan 1 cwn
Isi udang(kalau suka)
Garam,kiub stock ayam
High Pressure selama 10 min je

Bahan Tumis;
3 bj bwg bsr
5 ulas bwg putih
1 inci halia(semuanya blend)
1 btg serai dititik
Rempah 4 beradik
Serbuk lada hitam
Kesemuanya ditumis darat dan masukkan ke dlm bubur yang telah siap tadi..

Selamat Mencuba!

Cara Mudah Membuat NesLo Panas Yang Sedap Oleh SawSawLady

Cara ini saya temui secara tidak langsung. Atau lebih tepat orang malas akan cari cara yang mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Nescafe 3 in 1
Milo
Air panas

Tuang nescafe 3 in 1 ke dalam cawan


Masukkan 2 sudu Milo ( atau ikut citarasa masing-masing).

Masukkan air panas


Gaul sehingga sebati.


Siap. 
NesLo panas oleh SawSawLady

Saturday, July 30, 2016

10 Resipi Overnight Oats Yang Lazat Untuk Diet

Resepi overnight oats yang lazat dan senang untuk disediakan.


1.Maple PPBB (Pecan Peanut Butter Banana) Overnight Oats



2. Coconut Mango Overnight Oatmeal




3. Ginger Peach Overnight Oatmeal


4.  Choco-Banana Overnight Oat

Untuk peminat coklat



5.   Salted Caramel Mocha Overnight Oats
Untuk pengemar kopi


6.  Blueberry Banana Overnight Oats


 

 

7.  Orange & Vanilla Overnight Oats



8. Strawberries and Chia Seeds Overnight Oats


9.  Apple Overnight Oats


10.  Tropical Overnight Oats
















Friday, July 29, 2016

[Drama Korea] Uncontrollably Fond | 任意依戀 | 함부로 애틋하게



Siri drama Korea 2016 Uncontrollably Fond | 任意依戀 | 함부로 애틋하게 ialah kisah dua rakan muda yang kembali bertemu setelah sekian lama dengan Shin Joon-young (Woo Bin) bergelar bintang K-Pop dan No Eul (Suzy), penerbit dokumentari. 

Uncontrollably Fond | 任意依戀 | 함부로 애틋하게 sudah keluar sampai episod 8. Baru nak start kejar...


Uncontrollably Fond Episod 1 HD (Sarikata Inggeris) | 任意依戀 第1集|
Uncontrollably Fond Episod 2 HD (Sarikata Inggeris) | 任意依戀 第2集|
Uncontrollably Fond Episod 3 HD (Sarikata Inggeris) | 任意依戀 第3集|
Uncontrollably Fond Episod 4 HD (Sarikata Inggeris) | 任意依戀 第4集| DailyMotion
Uncontrollably Fond Episod 5 HD (Sarikata Inggeris) | 任意依戀 第5集|
Uncontrollably Fond Episod 6 HD (Sarikata Inggeris) | 任意依戀 第6集|
Uncontrollably Fond Episod 7 HD (Sarikata Inggeris) | 任意依戀 第7集|
Uncontrollably Fond Episod 8 HD (Sarikata Inggeris) | 任意依戀 第8集|     (Kemaskini 29/7/16)



[Drama Korea] W Episod 4 HD (Sarikata Inggeris)

W | Episod 4


(Kemaskini 28/7/16)

Tanda Dan Simptom Penyakit Difteria






24 Julai 2016, ada lagi kes kematian akibat Difteria. So, kita yang ada anak kecil kena extra berhati-hati dengan penyakit Difteria ini.

Apakah itu Difteria?
Difteria (bahasa Inggeris - Diphtheria, Greek διφθερα (diphthera)—“sepasang gulung kepingan kulit") adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit, dan selaput ( pseudomembrane) pada tonsils, pharynx, dan/atau rongga hidung. Bentuk diphtheria serdahana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk myocarditis (sekitar 20% kes)  dan neuropathy di sisi (sekitar 10% kes). Ia berpunca dari Corynebacterium diphtheriae, bakteria gram-positif organisma anaerobik fakultative.

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.


Tanda dan Simptom Penyakit Difteria
Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan masaalah menelan ("Dysphagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck." Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomyopathi and peripheral neuropathy (sensory type).  Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.
(Sumber: wikipedia)

Rawatan
Bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Thursday, July 28, 2016

Idea Membuat Bento|Bento Sōmen (Mi Jepun)

Semasa mencari bahan,
terjumpa Bento Sōmen. Tapi apa itu Sōmen? Bihun? Mee suah?


Sōmen (素麺 atau そうめん) adalah mi Jepun yang halus dan tipis, dan selalu dijual dalam bentuk kering. Sōmen dibuat daripada tepung gandum dicampur air, garam dapur, dan minyak goreng. Sōmen biasanya dihidangkan sebagai makanan penyejuk di musim panas.  Sōmen yang sudah direbus biasanya disejukkan terlebih dulu sebelum dihidangkan di dalam mangkuk. Sebelum dimakan, sōmen dicelup dahulu ke dalam sos cair (mentsuyu) yang rasanya masin dan sedikit manis. Bahan untuk sos cair tersebut adalah campuran dashi, kicap, dan gula pasir. Sebagai bahan penyedap biasanya ditambahkan hirisan halus daun bawang atau myoga, parutan halia, dan bijan. Pada musim panas, sōmen dihidangkan bersama ais supaya sentiasa sejuk sebelum dimakan.


Cara menghidangkan

Setelah direbus sehingga empuk, sōmen disejukkan secara dicuci dengan air berais atau air yang mengalir. Proses pencucian juga menghilangkan sisa-sisa tepung pada permukaan sōmen. Air untuk merebus sōmen tidak diberi garam, dan kadar garam yang dikandung sōmen menjadi berkurang setelah direbus.
Pelbagai jenis hidangan sōmen:


    - Sōmen kuah (nyūmen)

    Setelah direbus, sōmen tidak disejukkan, melainkan terus dihidangkan panas-panas, atau dimasak bersama bahan-bahan lain seperti mi rebus, miso, atau udon. Di beberapa daerah di Jepun, sōmen kuah merupakan hidangan musim sejuk. Istilah "nyūmen" kemungkinkan berasal dari perkataan"nimen" (煮麺 mi rebus?).

    - Sōmen goreng (sōmin tashā atau sōmin chanpurū) asal Okinawa

    Setelah direbus setengah empuk, sōmen dimasak seperti mi goreng atau yakiudon.

    - Sōmen mengalir (nagashi sōmen)

    Nagashi sōmen merupakan hidangan musim panas. Setelah direbus dan didinginkan, sōmen dihidangkan dengan cara diletakkan dalam aliran air. Batang buluh dibelah dua dan disambung-sambung seperti saluran air. Pangkal batang buluh diletakkan di tempat yang lebih tinggi agar air boleh mengalir. Orang yang ingin memakannya bersedia di sisi aliran air dengan membawa penyepit. Sōmen yang sedang hanyut ditangkap dengan penyepit, dan dicelup ke dalam mangkuk kecil berisi sos cair sebelum dimakan.  (Sumber wikipedia)


Tak ada Somen, kita gantikan dengan bihun saja. Bihun tu goreng putih ataupun buat bihun sup, sup asingkan, nak makan baru tuang sup.
Kita tiru deco dia, tapi bahan-bahan itu kita pandai-pandai ubahsuai.




















(Gambar kredit http://mery.jp/254562)

Anak Kelahiran Negeri Selangor Dapat RM1500

Saya mempunyai 2 orang anak yang lahir di negeri Selangor. Tapi Ilyas terlepas untuk membuat permohonan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Sekarang nak buat permohonan untuk Hana, Hana pun dah 2 tahun 2 bulan. So kena cepat-cepat ini.


Syarat-Syarat Pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor

 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
* Permohonan yang tidak disertakan bersama dokumen sokongan atau tanpa cop pengesahan
(bagi syarat II dan III) akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses.
* Tarikh TUTUP Pendaftaran TAWAS adalah pada Hari Ulangtahun ketiga anak.
(sebelum umur pemohon tiga tahun).


Syarat I
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

Warganegara Malaysia DAN
Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN
Sama ada:-
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor, ATAU
Ibu atau bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU


Syarat II
Permohonan adalah terbuka kepada Anak yang dilahirkan di Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1.  Warganegara Malaysia, DAN
2.  Lahir di Negeri Selangorm mulai 1 Januari 2008, DAN
3.  Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
4. Cop pengesahan Taraf mastautin ATAU


Syarat III
1.  Warganegara Malaysia, DAN
2.  Lahir di luar Negeri Selangor , daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008 DAN
3.  ** Ibu atau bapa yang lahir di daerah negeri yang bersempadan dengan Selangor (Negeri Sembilan, Perak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan sahaja.


Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DITALIAN:
TELEFON: 03-5481 8800
FAKSIMILI: 03-5524 2068

 Laman web TAWAS


*** Boleh juga buat pendaftaran ONLINE, tapi selepas itu kena cetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut:

1. Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
2. Salinan MyKad ibu dan bapa
3. Salinan MyKad penjaga (jika perlu)
4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)
5. Cop Pengesahan Taraf Mastautib (bagi syarat II & III)
6. Surat Pengesahan penyakit Kronik dan masih dalam rawatan (sekiranya anak mempunyai penyakit kronik)

*****Penghantaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 minggu dari TARIKH PENDAFTARAN ONLINE dilakukan dan dihantar ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan











Resipi Lemang Tanpa Buluh

Wow...teruja saya bila tahu boleh buat lemang tanpa buluh. Sebab saya sangat suka makan lemang, hantu lemang....Kalau tiome raya, saya memang makan lemang saja. Lemang kat rumah mertua saya semua saya yang habiskan. Sapu sampai licin.


Resipi Lemang Tanpa Buluh
(Source: Gambar dan Penulisan oleh Hamidah M. Ibrahim|Masak Apa Hari Ini|MAHN)



1/ Tanak pulut susu bersama santan asli & sedikit garam
2/ matikan api bila santan dah kering. Pulut masih separuh masak
3/ Dapatkan 2 jenis daun pisang, yg pucuk muda & yg tua
4/ Balut pulut dgn pucuk muda dahulu dlm keadaan daun melintang
5/ Di bahagian luar balut mcm biasa seperti kuih lopeh
6/ Kukus 30-40 minit
7/ Bila masak, grill sebentar hingga garing bahagian luar daun
8/ Buang daun balut sebelah luar & tinggalkan bahagian daun muda
9/ Bolehlah potong seperti lemang biasa...

Resipi Tuna Sandwich Sedap Dan Mudah|Step by Step Penyediaan Oleh Masam Manis

Tadi cari resipi sandwich yang menjadi viral itu dalam satu group itu...sampai perang mulut sebab orang yang post gambar tidak bagi resipi sandwich...

Fikir positif laaa, orang yang minta resipi mungkin macam saya sandwich pun tak tau buat! Hahahaha Dan orang yang post gambar tak bagi resipi pula mungkin dia pergi ambil kelas kena bayar mahal-mahal dan dia buat untuk berniaga.

Kalau saya jadi dia pun, saya pun tidak kongsi resipi. Nak resipi pergi ambil kelas. hehehehehehe...

Ok...tak mau gaduh-gaduh...saya google saja...terus keluar pelbagai aneka resipi 'Sandwich'...Tapi hati paling berkenan dengan Tuna Sandwich Yang Sangat Sedap! dari kak azlitamasammanis.com. Gambar cantik, penerangan jelas dan siap ada step by step penyediaan lagi. Memang sesuai bagi orang macam saya yang sandwich pun tak tau buat dan kena refer resipi. hehehehehe


Tuna Sandwich Sedap Dan Mudah oleh Azlita Masam Manis.com

 (gambar kredit kepada azlitamasamanis.com)


Bahan-bahan yang diperlukan:

2 tin tuna ~ Solid tuna in oil vergin
~ Isi tuna di tapis dan buangkan minyakknya. Kemudian di lenyek kasar
2 biji telur rebus

Bahan di dadu kecil
1 biji bawang Holland ~ sederhana besar
1/2 biji capsicum merah
1/2 biji capsicum hijau
4 biji cili padi ~ jika suka pedas boleh lebihkan
~ jika tak suka pedas boleh gantikan dengan cili merah, buang bijinya dan cincang halus

Bahan Sos
3 sudu besar mayonis
3 sudu besar Coleslaw
1 sudu teh pewrahan lemon
1 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh garam

2 buku roti wholemeal
kepingan Chesdale
1 batang Japanese cucumber ~ di hiris nipis
Green coral dan red coral
Iceberg lettuce ~ di hiris
Purple Cabage
2 biji tomato ~ di hiris nipis
Sedikit margerine atau butter
* untuk sayuran tu terpulang nak guna sayur apa. Kalau nak guna daun salad pun boleh juga.


Step by Step Penyediaan Tuna Sandwich ditunjukkan oleh kak Azlita Masam Manis


Mula kita sediakan tuna dahulu
Telur yang telah di rebus di kupas kulitnya dan di lenyek halus
Kemudian masukkan tuna yang telah di tapis minyaknya dan di lenyek kasar
Gaulkan adunan ini rata
Kemudian masukkan ladi padi yang di cincang, masukkan bawang holand yang di dadu kecil, capsicun merah dan hijau yang telah di dadu, gaul rata
Masukkan pula coleslaw, mayonis, serbuk lada hitam, garam dan perhan lemon
Gaul rata
Bahan ni bila dah siap anda bpoleh masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Tahan lah 2 , 3 hari.




Cara menyediakan tuna sandwich (Step by Step)

Ambil sekeping roti wholemeal
Sapukan dengan sedikit butter atau margerine
Kemudian letakkan 1 keping chesdale
Letakkan sayur-sayuran pilihan ( ita letak red coral dan green coral )
Kemudian letakkan hirisan timun ( ita guna japanese cucumber )
Dan letakkan hirisan tomato
Kemudian letakkan tuna yang telah kita sediakan tadi, tetak rata-rata
Ita tambahkan hirisan iceberge lettuce
Letakkan i keping lagi roti yang kita telah sapukan butter atau margerin dan kapitkan kedua-duanya
Tekan sedikit atasnya supaya ia padat
Buangkan tepi roti yang keras
Kemudian potong sandwich kepada 2 keping atau 4 keping ikut kesesuaian.
Bolehlah nak potong 4 segi atau 3 segi ikut keselesaan masing-masing.
Tuna sandwich sudah sedia untuk di nikmati.

[Drama Korea] W Episod 3 HD (Sarikata Inggeris)

W | Episod 3


(kemaskini 27/7/16)

Wednesday, July 27, 2016

[Resipi Noxxa] Step By Step Nasi Arab Menggunakan Magic Pot Pressure Cooker

 Nasi Arab Kambing



Nasi Arab Ayam


 NASI ARAB

Bahan-bahan:

1 kg beras basmathi ( Pusa Gold ) or ( 4 cawan )
1 liter air or ( 5 cawan )

2 sudu besar minyak sapi
Or
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak jagung

2 biji bawang holland
( Potong dadu )
2 biji tomato besar
( potong dadu )

1 sudu besar rempah khabsha citra klasik
atau
rempah kurma adabi / idaman suri ( 1 peket kecil )
I kiub ayam
2 helai daun Bay leaf ( jika ada )
1 sudu besar garam
1 ekor ayam potong 4 or 8 ( ikut suka )

Kaedah:
~ Tekan stir fry, tekan on
Masukkan minyak sapi/butter/minyak jagung
~ Tunggu minyak panas, tumis bawang kemudian tomato.
~ Masukkan rempah dan garam.
~ Masukkan ayam gaul sebentar
~ Baru masukkan beras kacau sedikit dan masukkan air
~Offkan stir fry.

Tekan high pressure 3x = 3 minit.
Pastikan titik tombol diatas tutup periuk selaras dgn pressure.

Cukup 3 minit tanda ' 0 ' terus tekan off dan tutup suis periuk.
Biar sampai periuk boleh buka sendiri utk nasi lebih tanak.

_________________________

Salsa nasi arab:

2 pokok daun ketumbar
2 biji bawang holland
3 biji tomato
2 biji perahan lemon
10 biji cili api
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula

* Kisar kasar.
Warna merah tomato dan hijau daun ketumbar seimbang..

Hampir 60kg

Semalam timbang,
lagi 100gram,
60KG!!!

Minggu depan saya diet!!!


[Drama Korea] Doctors Episode 12




Doctors | Episode 12


(kemaskini 27/7/16)

[Drama Korea] W Episode 2

W | Episode 2


(22/7/16)


[Drama Korea] W Episode 1

W | Episode 1


(21/7/2016)

[Drama Korea] W Episode 1

W | Episode 1


(21/7/2016)

[Drama Korea] W Episode 1

W | Episode 1


(21/7/2016)

[Drama Korea] W Episode 1

W | Episode 1


(21/7/2016)

[Drama Korea] W Episode 1

W | Episode 1


(21/7/2016)

Tuesday, July 26, 2016

Siri Drama Korea W

Mimi rekomen siri drama Korea 'W'.



‘W’ adalah drama romantik penuh debar menceritakan kisah hartawan Kang Chul (Lee Jong Suk) dan doktor bedah Oh Yeon Joo (Han Hyo Joo) yang bertemu dalam dimensi berbeza. (sumber astro).


Akan dipertimbangkan memandang hero (Lee Jong Suk) handsome!!






[Drama Korea] Doctors Episode 11

Siri daram Korea - Doctors dah keluar episode 11 (Subtitles Eng)





Monday, July 25, 2016

8 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pokemon GO Malaysia



1. Pokemon ialah...
Untuk memahami sepenuhnya mengenai Pokémon Go, kita kena mengulas serba sedikit sejarah mengenai konsep Pokemon.

Sekitar tahun 1990, seorang pereka permainan video bernama Satoshi Tajiri mewujudkan konsep Pokémon, yang menggabungkan hobi zaman kanak-kanaknya iaitu mengumpul serangga dengan cintanya terhadap permainan video.

Enam tahun selepas Tajiri tampil dengan konsep ini, dengan bantuan Nintendo dan pereka, Ken Sugimori, permainan video Pokémon yang pertama diterbitkan.

Ia kemudian diinspirasi kepada siri animasi TV, pada tahun 1997 di Japan dan pada tahun 1998 di Amerika Syarikat.

Ini menambahkan lagi deman Pokemon dalam kalangan kanak-kanak serta remaja.


2. Fenomena Pokemon GO
Selepas beberapa tahun, permainan watak animasi itu membuat penampilan sekali lagi, sebagai Pokemon Go.

Pokemon Go merupakan satu pengalaman baharu dalam dunia permainan gajet kerana tampil dengan ciri gabungan alam nyata dan sistem navigasi GPS.

Ia membenarkan pemain memburu makhluk menerusi teknologi GPS dan jam telefon pintar yang mengesan lokasi dan waktu pemain

Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi ‘makhluk Pokemon’ seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna untuk mengesan ‘makhluk Pokemon’ di sekeliling mereka (pada skrin telefon) ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.

Tidak kira di mana anda berada, apabila aplikasi Pokemon Go diakses, anda dapat melihat makhluk seperti Bulbasaur, Pikachu, atau Jigglypuff muncul pada skrin seolah-olah sedang bertenggek di bahu jalan, berehat di dahan pokok, atau tersenyum ke arah anda dari sebuah jendela.


3. Bagaimana bermain Pokemon GO?
- Muat turun aplikasi Pokemon Go secara percuma menerusi Android atau telefon pintar Apple.

- Pilih avatar

- Tekan ikon 'PokeStop' yang digambarkan pada peta dan tekan butang itu untuk mendedahkan gambar lokasi dunia sebenar yang anda sedang berdiri.

- ‘Spin’ imej untuk mendapatkan bekalan seperti bola untuk menangkap makhluk animasi.

- Berunsur ke peringkat seterusnya dengan melawat PokeStops dan mengutip Pokemon.


4. Bagaimana mengumpul Pokemon GO?
- Ketika berjalan, teliti peta telefon pintar untuk mencari makhluk animasi itu

- Apabila imej Pokemon muncul pada skrin, tekan pada imej tersebut.

- Tukar ke mod kamera.

- Imbas persekitaran melalui kamera telefon pintar untuk melihat Pokemon.

- Pegang jari pada ikon ‘Pokeball’ di bahagian bawah skrin telefon pintar.

- Leret jari untuk melemparkan ‘Pokeball’ pada Pokemon.

- Kutip Pokemon


5.  Tentang muat turun
Pemburu Pokemon Go di seluruh dunia sedang menanti pelancaran aplikasi itu di negara masing-masing.


6.  Hashtag  #pokemongo di media sosial
Seperti biasa, netizen membawa kemeriahan permainan mudah alih itu ke media sosial.


7.  Peningkatan tahap kecergasan
Ini merupakan satu kebaikan yang terselit di sebalik permainan ini.

Pokemon Go secara tidak langsung meningkatkan kecergasan badan pemain kerana aktiviti yang dilakukan oleh pemain ketika bermain aplikasi ini. 

Mereka sanggup jalan beberapa kilometer atau berlari ke sesuatu sasaran demi mendapatkan objek berkaitan watak animasi tersebut. 


8.  Masalah yang berlaku
Pokemon Go sudah tentu mengelirukan pemain antara dunia nyata dengan paparan skrin mereka.

Sejak ia dilancarkan, pelbagai insiden dilaporkan, antaranya ialah kemalangan jalan raya.

Sudah dua kes dimana pemain menjumpai mayat.

Ada pemain yang dilapor terlibat dengan kemalangan jalan raya demi memburu makhluk sasaran.

Ada juga perompak yang mengambil kesempatan menggunakan lokasi pemain yang di tempat sunyi untuk diserang hendap.

Malah ada pemain yang menangkap Pokemon ketika isteri bersalin.

(Sumber: astroawani)







Saturday, July 23, 2016

[Hana 2y] Speech Therapy

20 Julai 2016
Hana ada temujanji untuk Speech Therapy.

Masa refer kepada Speech Therapy, kalau tak silap masa itu Hana 1 tahun 10 bulan kot, masa tu pergi follow up selepas pembedahan, then doktor terus tulis surat refer Speech Therapy. Bagi budak 1 tahun 10 bulan masih tak boleh sebut "susu", rasanya itu masalah yang sangat serius.

Sampai hari ini 2 tahun 2 bulan, Hana masih tidak sebut "susu".
Hahahaha
Tapi Hana boleh sebut benda lain.
So far perkataan-perkataan ini yang Hana sebut (bangga wo)

- koko (abang)
- kakak
- dedi
- bik/bibik
- Nana (Hana)
- babah
- Yak (berak)
- Pek (Ipad)
- Bibi (Baby)
- lo (Hello)
- Dah (Sudah)
- Nak
- Ni


Hari itu masa 1st temujanji,
so doktor Alia ada buat beberapa tests.
Doktor suruh Hana main puzzle, main masak-masak, main kad...
Alhamdulillah Hana faham semua (kecuali gambar budak lelaki sedang makan ais krim potong)
tapi bila doktor suruh dia buat bunyi, dia buat dont know saja.

Kesimpulan,
Doktor suruh cakap dengan Hana SATU bahasa saja.
(Moyang cakap bahasa Hokkien, bibik cakap bahasa indon, sawsomi cakap bahasa melayu, saya cakap bahasa cina...Patutlah Hana keliru...)
Sekarang untuk memudahkan Hana,
Semua orang cakap BAHASA MELAYU.


***Nota kaki: Next appointment Januari 2017. Harap time tu, Hana dah boleh berceramah dengan doktor.



Di bawah ini sedikit maklumat dengan budak "Kelambatan Bercakap".


(Dipertik dari doktorbudak.com)
Ramai orang bertanya sama ada kelambatan bercakap adalah fenomena biasa terutamanya jika dalam sejarah keluarga, ada ahli keluarga yang juga lambat tetapi kemudian tiada masalah pertuturan. Di peringkat awal, adalah sukar untuk kita mengenalpasti kanak-kanak mana adalah Late Talkers (bermasalah pada mulanya dan kemudian dapat mengejar perkembangan i.e catch up ) dan kanak-kanak mana yang akan mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangka masa yang panjang.

Saya akan menjelaskan mengenai  ’Late Talker’.

‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :

    mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa,
    adalah lelaki,
    dilahirkan dengan kurang berat badan, atau
    dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)

Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah  ’Late Talkers’.

Bagaimanakah ibu bapa dapat mengenalpasti sama ada kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda:

1.       Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).

2.       Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari  sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.

3.       Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah.

Siapa yang akan dapat ’kejar balik’ dalam perkembangan bahasa dan siapa pula tidak dapat? Berikut adalah senarai risiko dan tanda-tanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:

    senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
    mempunyai sejarah jangkitan telinga
    mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
    tidak meniru menyebut perkataan
    hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) and sangat kurang kata kerja (cth: lompat, minum, dll)
    sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain
    sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran
    kelewatan dalam kefahaman bahasa (contoh: tidak faham arahan)
    menggunakan isyarat untuk berkomunikasi

Adakah Late Talkers boleh mengejar bahasa tanpa bantuan atau rawatan? Sebahagian besar daripada mereka nampaknya dapat mengejar perkembangan kanak-kanak lain apabila mereka masuk ke sekolah. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai kesukaran dalam aspek bahasa tertentu seperti tatabahasa, berbanding dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Ini adalah kerana penerimaan rawatan pada usia yang awal akan memberi kesan yang lebih positif.

    Sila jumpa doktor kanak-kanak/pediatrik untuk mendapatkan diagnosa awal
    Sila jumpa Speech-Language Pathologist/Therapist untuk mendapatkan penilaian dan rawatan
    Sila jumpa Audiologist untuk memastikan tiada masalah pendengaran walaupun anda berpendapat bahawa anak anda tiada masalah pendengaran. Ini kerana masalah pendengaran yang ringan (masih boleh mendengar bunyi tetapi kurang jelas) boleh juga memberi kesan kepada perkembangan bahasa dan pertuturan.

(answered by Ms. Yong Ennie )

Siri Drama Korea 2016 Doctors

(Sumber: Google)


Doctors berkisar tentang perjalanan hidup bekas pelajar gengster yang dibuang sekolah bernama Yu Hye Jung (lakonan Shin Hye) berubah menjadi wanita berjaya dengan sukses sebagai pakar bedah neurosologi.

Kejayaannya itu juga berkat bimbingan guru yang juga mentornya, Hong Ji Hong (Kim Rae Won).

Keakraban hubungan bekas guru dan pelajar yang kemudiannya bertugas di hospital sama turut membuahkan bibit cinta.

Namun, Hye Jung ragu-ragu meluahkan cinta lantaran kisah silam keluarga di mana ibunya membunuh diri hingga menyebabkan dia membenci bapa kandungnya sendiri.

(Dipetik dari manggamedia.com.my)


 (Sumber: Google)

Nota kaki: Baru tengok sampai Episod 2. Terus berangan-angan nak jadi doktor. Hahahaha...
Tapi tulah, sudah terlambat. 
Dulu mak suruh belajar pandai-pandai tak mau dengar, sekarang menyesal macam mahu mati...

Saturday, July 16, 2016

Beraya Di Rumah Mak Angkat



Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin



Wednesday, July 6, 2016

Raya 2016


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Friday, July 1, 2016

Resipi Bak Kien Halal Atau Ngor Heong Bak Halal

Resipi ini diambil dari group FB Masak Apa Hari Ini (MAHN), share oleh sis Mary Teo Lee Na. Mohon share ya, sis. Thank you sis.


Resipi Bak Kien Halal (Ngor Heong Bak Halal)
(Source: MAHN - Gambar dan penulisan oleh Mary Teo Lee Na )


Bahan-bahan yang diperlukan (dalam gambarajah)
 1kg Isi ayam dada didadu kecil


 1kg udang didadu kecil


 1 mangkuk bawang merah dicincang halus


 1 mangkuk cendawan shiitake dihiris halus


 1 mangkuk sengkuang dihiris halus


 1 mangkuk carrot dihiris halus


 1 mangkuk daun bawang dihiris halus


 1 labu bawang putih dicincang halus


 Tepung Beras yg mencukupi utk pekatkan campuran


 2 biji telur


Kulit fucuk yg dah dipotong kpd 12 keping

Bahan-bahan:

3 bungkus kulit fucuk (dilipat tiga dan potong dpt 12 keping, lapkan kulit fucuk dgn kain utk buang kotoran melekat)
1kg isi ayam didadu kecil
1kg isi udang didadu kecil
1 mangkuk bawang besar dicincang halus
1 labu bawang putih dicincang halus
1 mangkuk carrot hiris halus
1 mangkuk sengkuang hiris halus
1 mangkuk cendawan shiitake hiris halus
1 mangkuk daun bawang hiris halus
2 biji telur
Sedikit tepung beras utk dicampurkan supaya bahan x basah sgt...
1 sudu besar 5 rempah campuran (5 spices)
2 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cuka putih
5 sudu besar sos kicap cair
1 sudu besar serbuk pati ayam
Sedikit gula, lada sulah dan garam secukup rasa...



 Semua bahan2 mentah dicampurkan dan gaul rata, last baru masukkan telur dan tepung utk pastikan campuran x terlalu basah


 Dua sudu besar utk satu keping kulit fucuk


 Hasil selepas selesai balut dan ready utk digoreng


 Selesai goreng sejukkan sblm masuk peti utk frozenkan


 Selesai goreng ditoskan


Tadaaa hasilnya


Cara-cara membuatnya:
Gaulkan semua bahan mentah terlebih dahulu baru last masukkan telur dan tepung.. bila bahan mentah x basah sgt biarkan perap selama 1 jam baru start balut..
1 keping fucuk masukkan 2 sudu besar dan balut mcm buat popia... tepi kulit sapukan air tepung utk.melekatkannya..
Minyak yg cukup dan panas utk mengoreng... goreng dgn api sederhana bila minyak dah panaskan