Thursday, July 28, 2016

Anak Kelahiran Negeri Selangor Dapat RM1500

Saya mempunyai 2 orang anak yang lahir di negeri Selangor. Tapi Ilyas terlepas untuk membuat permohonan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Sekarang nak buat permohonan untuk Hana, Hana pun dah 2 tahun 2 bulan. So kena cepat-cepat ini.


Syarat-Syarat Pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor

 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
* Permohonan yang tidak disertakan bersama dokumen sokongan atau tanpa cop pengesahan
(bagi syarat II dan III) akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses.
* Tarikh TUTUP Pendaftaran TAWAS adalah pada Hari Ulangtahun ketiga anak.
(sebelum umur pemohon tiga tahun).


Syarat I
Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

Warganegara Malaysia DAN
Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN
Sama ada:-
Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor, ATAU
Ibu atau bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU


Syarat II
Permohonan adalah terbuka kepada Anak yang dilahirkan di Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:
1.  Warganegara Malaysia, DAN
2.  Lahir di Negeri Selangorm mulai 1 Januari 2008, DAN
3.  Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
4. Cop pengesahan Taraf mastautin ATAU


Syarat III
1.  Warganegara Malaysia, DAN
2.  Lahir di luar Negeri Selangor , daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008 DAN
3.  ** Ibu atau bapa yang lahir di daerah negeri yang bersempadan dengan Selangor (Negeri Sembilan, Perak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

**Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan sahaja.


Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DITALIAN:
TELEFON: 03-5481 8800
FAKSIMILI: 03-5524 2068

 Laman web TAWAS


*** Boleh juga buat pendaftaran ONLINE, tapi selepas itu kena cetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut:

1. Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
2. Salinan MyKad ibu dan bapa
3. Salinan MyKad penjaga (jika perlu)
4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)
5. Cop Pengesahan Taraf Mastautib (bagi syarat II & III)
6. Surat Pengesahan penyakit Kronik dan masih dalam rawatan (sekiranya anak mempunyai penyakit kronik)

*****Penghantaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 minggu dari TARIKH PENDAFTARAN ONLINE dilakukan dan dihantar ke alamat berikut:
Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan











No comments:

Post a Comment