Friday, July 29, 2016

Tanda Dan Simptom Penyakit Difteria






24 Julai 2016, ada lagi kes kematian akibat Difteria. So, kita yang ada anak kecil kena extra berhati-hati dengan penyakit Difteria ini.

Apakah itu Difteria?
Difteria (bahasa Inggeris - Diphtheria, Greek διφθερα (diphthera)—“sepasang gulung kepingan kulit") adalah penyakit saluran pernafasan pada bahagian atas dengan ciri-ciri perit leher, demam sedikit, dan selaput ( pseudomembrane) pada tonsils, pharynx, dan/atau rongga hidung. Bentuk diphtheria serdahana mungkin terhad hanya pada kulit. Kesan luar biasa mungkin termasuk myocarditis (sekitar 20% kes)  dan neuropathy di sisi (sekitar 10% kes). Ia berpunca dari Corynebacterium diphtheriae, bakteria gram-positif organisma anaerobik fakultative.

Difteria adalah jangkitan bakteria yang berpunca daripada Corynebacterium difteria (C. difteria). Penyakit ini menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka. Tanda-tanda yang dapat dirasakan ialah sakit tekak dan demam secara tiba-tiba disertai tumbuhan membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.


Tanda dan Simptom Penyakit Difteria
Bentuk pernafasan memiliki tempoh pengeraman 2–5 hari. Permulaan penyakit biasanya secara perlahan-lahan. Simptom termasuk lesu, demam, sakit kerongkong serdahana dan masaalah menelan ("Dysphagia"). Kanak-kanak yang dijangkiti mengalami simptom yang termasuk mual, muntah, sejuk, dan demam yang tinggi, sungguhpun sesetengah tidak menunjukkan simptom sehingga jangkitan telah berkembang lanjut. Dalam 10% kes pesakit mengalami bengkak di bahagian leher, biasanya digelar "leher lembu/bull neck." Kes ini biasanya dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi.

Tambahan kepada simptom pada tempat jangkitan (sakit kerongkong), pesakit mungkin mengalami tanda-tanda lebih umum, seperti lesu, pucat, dan degupan jantung pantas ("Tachycardia"). Simptom ini disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomyopathi and peripheral neuropathy (sensory type).  Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.
(Sumber: wikipedia)

Rawatan
Bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

No comments:

Post a Comment