Saturday, July 23, 2016

Siri Drama Korea 2016 Doctors

(Sumber: Google)


Doctors berkisar tentang perjalanan hidup bekas pelajar gengster yang dibuang sekolah bernama Yu Hye Jung (lakonan Shin Hye) berubah menjadi wanita berjaya dengan sukses sebagai pakar bedah neurosologi.

Kejayaannya itu juga berkat bimbingan guru yang juga mentornya, Hong Ji Hong (Kim Rae Won).

Keakraban hubungan bekas guru dan pelajar yang kemudiannya bertugas di hospital sama turut membuahkan bibit cinta.

Namun, Hye Jung ragu-ragu meluahkan cinta lantaran kisah silam keluarga di mana ibunya membunuh diri hingga menyebabkan dia membenci bapa kandungnya sendiri.

(Dipetik dari manggamedia.com.my)


 (Sumber: Google)

Nota kaki: Baru tengok sampai Episod 2. Terus berangan-angan nak jadi doktor. Hahahaha...
Tapi tulah, sudah terlambat. 
Dulu mak suruh belajar pandai-pandai tak mau dengar, sekarang menyesal macam mahu mati...

No comments:

Post a Comment