Thursday, July 28, 2016

Idea Membuat Bento|Bento Sōmen (Mi Jepun)

Semasa mencari bahan,
terjumpa Bento Sōmen. Tapi apa itu Sōmen? Bihun? Mee suah?


Sōmen (素麺 atau そうめん) adalah mi Jepun yang halus dan tipis, dan selalu dijual dalam bentuk kering. Sōmen dibuat daripada tepung gandum dicampur air, garam dapur, dan minyak goreng. Sōmen biasanya dihidangkan sebagai makanan penyejuk di musim panas.  Sōmen yang sudah direbus biasanya disejukkan terlebih dulu sebelum dihidangkan di dalam mangkuk. Sebelum dimakan, sōmen dicelup dahulu ke dalam sos cair (mentsuyu) yang rasanya masin dan sedikit manis. Bahan untuk sos cair tersebut adalah campuran dashi, kicap, dan gula pasir. Sebagai bahan penyedap biasanya ditambahkan hirisan halus daun bawang atau myoga, parutan halia, dan bijan. Pada musim panas, sōmen dihidangkan bersama ais supaya sentiasa sejuk sebelum dimakan.


Cara menghidangkan

Setelah direbus sehingga empuk, sōmen disejukkan secara dicuci dengan air berais atau air yang mengalir. Proses pencucian juga menghilangkan sisa-sisa tepung pada permukaan sōmen. Air untuk merebus sōmen tidak diberi garam, dan kadar garam yang dikandung sōmen menjadi berkurang setelah direbus.
Pelbagai jenis hidangan sōmen:


    - Sōmen kuah (nyūmen)

    Setelah direbus, sōmen tidak disejukkan, melainkan terus dihidangkan panas-panas, atau dimasak bersama bahan-bahan lain seperti mi rebus, miso, atau udon. Di beberapa daerah di Jepun, sōmen kuah merupakan hidangan musim sejuk. Istilah "nyūmen" kemungkinkan berasal dari perkataan"nimen" (煮麺 mi rebus?).

    - Sōmen goreng (sōmin tashā atau sōmin chanpurū) asal Okinawa

    Setelah direbus setengah empuk, sōmen dimasak seperti mi goreng atau yakiudon.

    - Sōmen mengalir (nagashi sōmen)

    Nagashi sōmen merupakan hidangan musim panas. Setelah direbus dan didinginkan, sōmen dihidangkan dengan cara diletakkan dalam aliran air. Batang buluh dibelah dua dan disambung-sambung seperti saluran air. Pangkal batang buluh diletakkan di tempat yang lebih tinggi agar air boleh mengalir. Orang yang ingin memakannya bersedia di sisi aliran air dengan membawa penyepit. Sōmen yang sedang hanyut ditangkap dengan penyepit, dan dicelup ke dalam mangkuk kecil berisi sos cair sebelum dimakan.  (Sumber wikipedia)


Tak ada Somen, kita gantikan dengan bihun saja. Bihun tu goreng putih ataupun buat bihun sup, sup asingkan, nak makan baru tuang sup.
Kita tiru deco dia, tapi bahan-bahan itu kita pandai-pandai ubahsuai.




















(Gambar kredit http://mery.jp/254562)

No comments:

Post a Comment