Wednesday, July 27, 2016

[Resipi Noxxa] Step By Step Nasi Arab Menggunakan Magic Pot Pressure Cooker

 Nasi Arab Kambing



Nasi Arab Ayam


 NASI ARAB

Bahan-bahan:

1 kg beras basmathi ( Pusa Gold ) or ( 4 cawan )
1 liter air or ( 5 cawan )

2 sudu besar minyak sapi
Or
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak jagung

2 biji bawang holland
( Potong dadu )
2 biji tomato besar
( potong dadu )

1 sudu besar rempah khabsha citra klasik
atau
rempah kurma adabi / idaman suri ( 1 peket kecil )
I kiub ayam
2 helai daun Bay leaf ( jika ada )
1 sudu besar garam
1 ekor ayam potong 4 or 8 ( ikut suka )

Kaedah:
~ Tekan stir fry, tekan on
Masukkan minyak sapi/butter/minyak jagung
~ Tunggu minyak panas, tumis bawang kemudian tomato.
~ Masukkan rempah dan garam.
~ Masukkan ayam gaul sebentar
~ Baru masukkan beras kacau sedikit dan masukkan air
~Offkan stir fry.

Tekan high pressure 3x = 3 minit.
Pastikan titik tombol diatas tutup periuk selaras dgn pressure.

Cukup 3 minit tanda ' 0 ' terus tekan off dan tutup suis periuk.
Biar sampai periuk boleh buka sendiri utk nasi lebih tanak.

_________________________

Salsa nasi arab:

2 pokok daun ketumbar
2 biji bawang holland
3 biji tomato
2 biji perahan lemon
10 biji cili api
1 sudu besar garam
5 sudu besar gula

* Kisar kasar.
Warna merah tomato dan hijau daun ketumbar seimbang..

No comments:

Post a Comment